"Ya ya Raeez dengan suami awak pernah cerita. Saya yang lupa. Eh dah makan ke belum ni? Kalau belum jemputlah dulu." Ralit berbual, aku menyuruh mereka makan terlebih dahulu.

"Sayang.." Satu suara datang menyampuk. Tengku Faiq Khalis, bekas suami Hayfa.

"Puas abang cari, kat sini rupanya. Pergi lah makan dulu, nanti sambung berbual. Riel, come here. Kita makan aiskrim" Faiq mendukung Riel, lalu dia berpaling ke arahku.

"Selamat pengantin baru Ashi. Tahniah, semoga kekal bahagia. Doakan kami pula ya, dalam proses nak bersatu balik." Kata Faiq lembut.

"Insyaallah, semoga semuanya dipermudahkan. Aamin. Jemput makan ya. Saya nak pergi dekat Raeez kejap" Aku mengundur diri.

Aku sampaikan sudah terlupa tentang Raeez dan Adam. Bagaimana mereka agaknya, bergaduhkah?

"Adam.." Tegurku membuatkan perbualan mereka berdua terhenti.

"Adik..duduk sini" Adam menepuk kerusi kosong disebelahnya.

"Korang berdua tak gaduh kan?" Soalku sangsi. Namun mereka berdua nampak tenang.

Adam menggeleng. "Aku..nak belajar memaafkan orang. Sepatutnya aku tak boleh benci dia. Tengok, dah jadi adik ipar aku dah"

Raeez ketawa kecil. "Who ask you to hate me that much bro?"

"Kan akak dah cakap Ashi, taknak buat untuk kitorang, buat untuk kebaikan Adam. See? Inilah yang kami maksudkan" Vel mencelah tiba tiba.

Aku terdiam sesaat. Barulah aku faham maksud ayatnya itu. Rupanya kalau aku berkahwin dengan Raeez, sekurang kurangnya hubungan Raeez dan Adam bertambah baik. Syukur.

Settle satu masalah!

"Broo! Selamat pengantin baru!" Suara yang agak tidak asing kedengaran berucap melalui mikrofon. Kami mencari punca suara, tak ada pun.

"Korang tengok apa? Sini lah" Tengku Muiz Khalis muncul dengan mic di tangan, sebelah tangan mengangkut speaker.

Aku nampak Raeez memicit dahinya. Serta merta aku faham. Aku tahu bagaimana kelakuan Muiz itu. Masih aku ingat bagaimana dia melompat di atas katil bilik Raeez.

"Brooo! Wassup!"

"My prenddd"

Dua orang lelaki datang. Salah seorangnya Atan seingat aku. Lagi seorang tak kenal.

Raeez memincing tajam ke arah Muiz dan Atan. Mereka berdua ketakutan lalu melambaikan tangan sambil menggeleng kepala dengan laju.

"Kitorang tak bawak dia. Dia yang ikut kitorang. Dia kata kau tak jemput dia sekalipun dia tetap nak ikut" Beritahu Muiz dengan lajunya.

Raeez tak jemput Is ke majlis ini. Budak tu bukannya boleh dijangka. Ada sahaja perangainya, lagi lagi bila dah jumpa geng macam Atan dan Muiz yang sekepala dengannya. Haru biru.

"Ooo tak jemput aku...ooo" Remaja itu mengangguk kepala.

"Macam ni la kawan, dah kahwin bukannya nak jemput aku" sambungnya lagi kedengaran seperti berjauh hati.

"Halahh sudahla, kau dah ada dekat sini dah kan? Walaupun datang tak dijemput. " Atan bercekak pinggang.

"Aku jemput korang berdua jugak ke?" Soal Raeez mendatar ke arah Muiz dan Atan.

Mereka berdua berpandangan seketika sebelum tersengih. "Alaaa.. kata kamceng. Takkan tak jemput kot"

Adam, Vel, dan aku hanya memerhati mereka.

"Ni kawan kawan aku, paling rapat. Kenalkan ni Muiz, Atan, dan Is" Raeez memperkenalkan mereka semua. Kami tersenyum. Lantas kami berbual rancak di situ.

~~~~~~~~

"Girlfriend aku ni cakap nak datang, tak jadi datang pulak" Atan menggumam seorang diri. Kata katanya menarik perhatian kami.

"Kau ada girlfriend? Weh sama lah aku pun! Saja cari awek sorang, pengubat hati." Muiz pula berkata. Aku senyum kelat. Aku sudah tahu kisah hidupnya.

Sungguh tragis, kehilangan cinta pertamanya akibat dibakar hidup hidup oleh lelaki yang sama menculik kakak iparnya, Hayfa.

"Mana, tengok sikit" Celah Ikram. Dia baru sahaja datang. Katanya terlewat sedikit gara gara ada hal yang perlu diselesaikan.

"Dia tak jadi datang jugak. Nama dia Sarah" Muiz membelek telefonnya. Mungkin mencari gambar si gadis.

"Awek aku nama dia Diyana" Atan juga mengambil telefonnya.

"Okey kitorang tunjuk sama sama. Korang nilai yang mana paling cantik"

"1, 2, 3!"

Kami semua fokus pada kedua dua skrin telefon. Semua tiada riak di wajah.

"Sama je muka" Is berkata memecah kesunyian.

"What?!" Atan dan Muiz sama sama terkejut. Mereka berdua bertukar telefon. Ternyata orang yang sama.

"Share awek ke?" Ikram bertanya sebelum ketawa besar.

"Kita kena game daa... Perempuan ni memang- ish!" Marah Muiz dengan wajah memerah.

"Aku baru nak cari pengganti, kononnya boleh ubatkan hati. Agaknya Hani marah kot, sebab tu kena game"

"Aku nak putus dengan dia. Kau! Putus jugak. Kita tak boleh biarkan muka handsome kita dipermainkan begitu sahaja" kata Atan bersemangat.

"Yeahhh. Jom! Cari awek baru kat sini" Mereka berdua bangun lalu meliar di sekitar majlis. Habis semua perempuan mereka kacau. Makcik makcik pun tidak terkecuali.

Macam macam hal.

~~~~~~~~~

Majlis sudahpun tamat. Aku dan Raeez diminta untuk tidur di hotel memandangkan kini sudah larut malam untuk pulang.

Aku membuka pintu bilik. Sejuk kerana aircond sudah lama terpasang memandangkan Raeez yang masuk bilik dahulu. Aku pula dari tadi asyik berlegar di hotel mewah ini.

"Penatnya..." Aku tersandar pada almari pakaian. Tangan aku seluk ke dalam beg mencari pakaian ganti. Raeez masih mandi.

"Pergi mana tadi?" Terbuka luas mataku yang baru terpejam tadi apabila mendengar suara Raeez.

"Jalan jalan dekat pool." Aku bangun dengan malasnya menuju ke bilik air. Sungguh aku penat. Tiada masa untuk berfikir malam ni aku nak tidur mana. Di sofa, di katil atau di dalam bilik air. Mana mana sahaja pun aku rela. Mata memang tak larat mahu dibuka.

"Awak tidur kat sofa ke? " Tanyaku di hadapan pintu bilik air. Bukan aku yang suruh ya, Raeez sendiri yang cakap dia nak tidur di sofa. Tapi katanya sofa itu agak keras.

"Up to you."

Aku berfikir sejenak. "Hmm..tidur lah atas katil. Nanti kalau tidur kat sofa badan awak sakit."

"Rapat ke ja-"

"Jauh" potongku sebelum menutup pintu bilik air. Terasa segar pula bila mandi.

------------------
Sekejap ya dah kawen dah, Izz rushing nak tamatkan cerita ni.




Mr.Mafia Milik AshiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang