𝙱𝙰𝙱 1

235 28 43
                                    

Cahaya yang masuk menyedarkan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cahaya yang masuk menyedarkan gadis itu. Kedua kelopak mata perlahan membuka menyilaukan kornea matanya. Dia bingkas bangun dan melihat jam.

Masih awal lagi.

Alang-alang sudah bangun awal, dia mengemas biliknya sebelum menyiapkan sarapan buat keluarganya.

Sebelum dia melangkah keluar dari bilik, bingkai gambar foto seorang wanita di meja stand sebelah katil diambil dan dicium. Setiap hari dia akan buat begini merindui uminya.

'Umi, Sara rindu umi.'

Sara kembali meletakkan kembali dan turun menyiapkan sarapan pagi.

Dengan senyuman yang terukir beserta cahaya matahari yang masuk melalui tingkap dapur membuat dia senang menyiapkan sarapan untuk mereka.

Lebam di wajah dia abaikan. Ayah bukan selalu pukul dia, kekadang sahaja setelah pulang dari kerja. Mungkin kepenatan, Sara faham.

Ada hari dia tersalah waktu menganggu bapanya. Semenjak umi tiada, ayah tidak seperti dulu lagi.

Ayah menyalahkan dia. Punca dia umi kemalangan.

Tapi, Sara-- tidak tahu apa-apa.

Air mata yang menitis cepat-cepat ditepis dengan tangan.

Kalau ayah nampak mesti dia marah.

Sara membawa hidangan ke meja makan besar. Kerusi makan hanya ada tiga. Ayah, Auntie Farisha dan Rosie.

Dia?

Dia makan di dapur sahaja. Dia sudah biasa makan di dapur. Tidak pernah dia mengeluh mahupun melawan.

Umi sudah pesan. Hormat orang tua walaupun dia memperlakukan kita dengan cara tidak baik. Jadi, Sara menitip pesan uminya.

Setelah di siap menyiapkan sarapan, dia keluar untuk bekerja di warung. Itu harian dia setiap hari. Mencari rezeki untuk dirinya juga menampung perbelanjaan dirinya.

Ayah tidak pernah beri dia duit belanja jadi Sara minta izin untuk bekerja sendiri.

Aunty Farisha?

Dia hanya duduk di rumah sahaja beserta anaknya Rosie.

Sara tahu Rosie ada teman lelaki. Tetapi, itu hanyalah untuk suka-suka dia sahaja.

"Kau ingat eh, kalau ayah tahu aku bawak balik lelaki, kau lah orang pertama aku cari!" Rosie menunjal-nunjal dahi Sara sebelum dia beredar dari situ.

"Sara!"

Sara terkejut. Dia memaling ke sebelah.

"Ish! Kamu ni.. mak cik panggil pun tak dengar duk mengelamun sahaja. Ni bila nak siap asyik termenung je dari tadi." Leter Mak cik Pah seraya melihat Sara yang duduk membungkus nasi lemak baru 3 biji.

"Eh mak cik Pah, sorry. Sara tak sengaja. Jap, lagi sikit." Sara cepat melakukan tugasnya membungkus lalu meletakkan bungkusan yang siap di setiap meja makan kedai.

"Ni.. nanti jangan lupa ambil duit kat atas meja kaunter tu."

"Terima kasih mak cik Pah."

Tanpa sedar ada sepasang mata tajam sedang melihat Sara yang berlalu pergi,

lahir senyuman sinis.

᯽᯽᯽

Ernesto menembak mati-matian musuh-musuhnya. Tidak terkecuali, Nicolo turut membantu. Segala persekitaran dikeliling darah dan tubuh mayat bergelimpangan.

Dewan yang besar dan gah yang tadi meriah dengan jamuan besar syarikat bertukar tragedi. Semua yang hadir ada, tidak dapat melarikan diri. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak.

Kekacauan melanda menyebabkan semua huru-hara. Dapat tahu polis akan hadir mereka terus mengaburkan diri. Mereka terus masuk ke dalam kereta pacuan empat roda.

"Where Vazz?" soal Nicolo sambil melihat ke belakang.

Ernesto tersenyum sinis.

"He died."

Nicolo melihat Ernesto.

"Wouh! You are amazing Daniels."

Ernesto sempat menembak dada kiri musuhnya Vazz dua kali. Dia tahu Vazz tidak akan sempat kejar ke hospital.

He will not.

Dalam peraturan mafia mereka hanya boleh memanggilnya boss. Jika rakannya pula akan memanggilnya Daniels.

Nama sebenar dia adalah Ernesto Daniels. Lelaki bermaskulin dan tubuh yang kuat. Tiada yang berani mendekatinya dan hanya mampu memandang jauh diri lelaki itu.

Kekacakan lelaki itu tidak terlepas mata-mata yang memandang. Siapa yang tak nak jadi kekasih seorang mafia? Semua nak, tetapi mereka takut..

.. takut tersalah langkah.

"Where should we go boss?" Soal Javier, pembantunya yang duduk di hadapan sebelah pemandu.

Dia tersenyum sinis,

"My mansion."

---Vote, vote and vote

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
Vote, vote and vote.

Tuan Daniels (OG)Where stories live. Discover now