Bab 3: Her | D-day

295 31 0
                                    

BEG TANGAN aku selongkar untuk kali yang entah keberapa. Tangan naik menggaru belakang kepala dengan bibir mengeluh sekali lagi. Naik pening kepala aku mencari telefon bimbit yang menghilang entah ke mana.

Dah tiga aku mencari, tapi langsung tak jumpa!

Baik dalam beg tangan, dalam poket seluar, mahupun di pejabatnya. Tetap tak ada. Bukan tak mampu beli telefon baru, tapi telefon aku itu banyak maklumat penting kut! Lecehlah kalau nak kena tukar telefon dan nombor baru!

Aku mengeluh kasar. Duduk di birai katil, bibir digigit perlahan.

Aku yakin, iPhone aku tercicir semasa perlanggaran di KFC beberapa hari lepas. Mesti aku terlepas pandang untuk kutip telefon aku. Terseksa betul aku hidup tanpa telefon sepanjang tiga hari ini. Semua panggilan termasuk panggilan peribadi dan panggilan kerja terpaksa menggunakan nombor pejabat sahaja.

Capai iPad di atas meja, aku membuka skrin keypad dan nombor telefon sendiri didail pada skrin. Sebelum ini, dah banyak kali aku cuba call mmenggunakan iPad, tapi semua panggilanku masuk terus ke dalam voicemail menandakan telefon aku mati.

Tak tahulah sama ada kehabisan bateri, mati disebabkan jatuh dari tanganku semasa perlanggaran atau memang dimatikan secara sengaja.

Ya Allah, harapnya kali ini panggilan aku berjawab.

Sekali lagi, aku mendail nombor telefonku pada skrin iPad dan butang loud speaker ditekan. Mata terpejam rapat dengan hati tak putus-putus berdoa.

Tolonglah jawab. Tolonglah jawab. Tolonglah jawab.

"The number you have...."

Tut!

Aku merengus perlahan. iPad dicampak geram ke atas meja lantas tangan naik menggaru kepala yang dilapisi tudung. Stres!

Nak tak nak, memang kena beli telefon barulah ini nampaknya.

Tok! Tok!

Hilang sekejap perihal iPhone dari kepalaku apabila pintu pejabatku tiba-tiba dikuak dari luar dan wajah mama terpacul bersama senyuman.

Spontan, aku membalas senyuman mama dengan senyuman lebar..

"Mama masuk pejabat? Kenapa? Majlis lagi dua hari aje, kan?" tanyaku sebaik mama duduk berhadapan denganku.

Mama senyum. "Leeya pun, kenapa masuk pejabat? Majlis mama lagi dua hari, sepatutnya Leeya temankan mama kat rumah."

Aku diam. Masalahnya, kalau duduk rumah, aku terpaksa hadap segala persiapan perkahwinan yang ada di rumah itu. Aku yang makin sakit hati membayangkan pernikahan mama dengan Faris nanti.

Tapi mustahillah aku jawab macam itu pada mama.

"Ada kerja sikit kena siapkan. Lagipun, ini majlis mama. Bukan Leeya. Mama yang kena rest cukup-cukup."

"Yalah, tapi inilah masanya mama nak spend time dengan Leeya sebelum majlis. Sebab lepas majlis, mama akan terus ke Paris dengan Faris. Untuk dua minggu. Nanti mama rindu Leeya pula kat sana."

Paris. Bulan madu. Honeymoon.

Perkataan yang sepatutnya 'manis' dan bahagia, tapi sekarang ini, hanya rasa jijik yang ada dalam kepalaku. Namun, aku tetap mengawal riak wajahku. Dengan Faris, bolehlah aku cakap sesuka hati. Depan mama, ada hati yang perlu aku jaga.

"Tak apa. Leeya tak ke mana-mana pun. Lagipun, kalau kita berdua cuti, siapa nak uruskan TBE? Biarlah Leeya settlekan apa yang patut." Suaraku masih lembut bersama senyuman segaris.

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Where stories live. Discover now