- duapuluhsatu // s'p [ k ]

601 35 35
                                    

kirana ;

...

// k's pov //

genap seminggu athena koma .

namun masih tiada tanda athena akan bangun dari koma nya .

aku semakin risau dengan keadaan athena .

hari hari aku menangis merindukan athena .

memikirkan rasa bersalah yang semakin banyak terkumpul di dalam dada .

"kahar . jom . dah sampai hospital ."

aku mengangguk .

aku dan hakeem keluar sebentar untuk membeli makanan buat she .

she dah seminggu tidak berjumpa athena kerana busy dengan kelas tambahan untuk SPM .

jadi hari ini cuti she nak jaga athena sebab doktor dah benarkan penjaga dan pelawat .

"tu she . eh jap . siapa tu ?"

hakeem berkata dan menjuihkan bibirnya ke arah she .

ada dua lelaki sedang duduk membelakangi kami .

terus aku dan hakeem merapati mereka .

"fakhri . ayam . korang buat apa kat sini ?"

aku bertanya setelah aku melihat fakhri dan ayam yang berbual dengan she .

"dia orang datang nak lawat athena .
aku bagitahu dia orang yang athena koma sebab kena langgar dengan perempuan gila ."

she berkata .

"weh dahtu apa jadi dengan perempuan tu ?"

ayam bertanya kepada she .

"masuk tanjung rambutan ."

ringkas she menjawab .

"mhm she boleh ke kalau nak masuk tengok athena ?"

fakhri bertanya dan aku terus mengetap bibir aku .

"boleh . tapi jangan bising bising eh ?"

she berkata dengan senyuman dan fakhri membalas dengan anggukan .

"ha kalau macamtu kita semua masuk sekali lah ."

aku berkata dan kesemua yang di situ terus melihat aku .

"apa ? taknak masuk sudah . tunggulah kat luar ."

aku terus meninggalkan mereka dan masuk ke dalam bilik athena .

cepat cepat aku betulkan kain yang menutupi kepala athena sebelum yang lain masuk .

dapat aku dengar bunyi pintu dibuka .

hakeem , she , fakhri dan ayam merapati athena .

"ya allah kesiannya athena ."

aku lihat air mata ayam hampir gugur , dan fakhri terus menenangkan nya .

"hi thena . aku datang lawat kau ni . bangun cepat tau ? kita orang semua tunggu kau . she rindu kau sangat sangat ."

fakhri berkata kepada thena , dan aku hanya menjeling .

selesai mereka berbual dengan athena , mereka pun keluar untuk pergi makan .

tinggal lah aku berdua dengan athena .

kirana ; abdul kahar [C]Where stories live. Discover now