Darius tanpa meminta izin pamit dengan Estrella, berlari-lari anak ke arahku. “Yes, uncle Xav?” Petah budak lelaki berusia 3 tahun itu menjawab.

Aku merendahkan tubuhnya sambil menopang tangan pada kepala lutut agar ketinggian kami setara. “Apa ayahanda Dar pesan sebelum ayahanda pergi berlayar?” soalku lembut.

“Jaga bonda. Jangan susahkan bonda. Jangan buat bonda marah, penat dan sedih sebab bonda tengah hamil adinda Dar dan sebab ayahanda tak ada untuk jaga bonda.” Darius menjawab dengan ayat yang sama seperti yang Denzell pesan kepadanya empat bulan lalu.

“Dan apa yang Dar dah buat?” Prince Xavier jungkit sebelah keningnya.

Darius menundukkan wajahnya apabila menyedari kesalahannya. “Sorry uncle...” gumamnya perlahan sambil menguis jarinya rasa bersalah.

“Bukan minta maaf dekat uncle. Pergi minta maaf dekat bonda. Kalau tak... uncle report kat ayahanda. Nak?” Aku cuba menggunakan cara paling berkesan sepanjang masa, ugutan. Tahu benar anak kecil itu takut akan ayahandanya.

Mendengar nama ayahanda, Darius mengangkat kepalanya laju. “Jangan! Ayahanda garang. Dar takut...”

Aku menyembunyikan senyuman melihat wajah pucat Darius. Kepalaku mengarah ke Estrella. “Go.

Darius kembali berlari ke arah bondanya. Kaki bondanya dipeluk erat. “I'm sorry, bonda. Jangan marah Dar lagi.” Suara anak kecil itu meminta keampunan. Mata sudah berkaca-kaca kerana membuat bondanya susah hati.

Estrella mengusap rambut anak sulungnya itu. “Jangan buat bonda risau lagi.” Dia titipkan pesanan dengan lembut.

Darius tersenyum lebar lalu mengangguk. “Baik, bonda.” Katanya bagaikan berjanji.

Bibirku spontan menarik senyuman kecil melihat gelagat ibu dan anak itu. Comel. Gumamku dalam hati.

“Pergi jumpa Theo. Minta maaf dekat dia pula kemudian pergi kelas seni. Jangan ponteng kelas lagi.” Suara Estrella berubah tegas semula.

Darius mengeluh sebelum menjawab pasrah, “Okay, bonda.” Sepasang kaki pendek itu terkedek-kedek berjalan masuk ke dalam istana.

Aku melangkah ke arah Estrella. Aku lihat wanita itu tak henti-henti mengusap lengannya. Apabila aku berdiri di hadapannya, aku sarungkan dia baju sejuk yang aku sentiasa bawa ke mana-mana untuknya.

Thanks, Xavier.” Estrella menghulur senyuman nipis kepadaku. Entah dia berterima kasih kepadaku kerana menegur Darius atau kerana menyarungkan dia baju sejuk.

Aku menggeleng perlahan. Lengan Estrella aku rangkul. “You shouldn't be outside here. Mari, aku hantar kau masuk ke dalam istana. Kau boleh jalan tak atau perlu aku dukung?”

Estrella menunduk memandang kakinya yang semakin hari semakin membengkak. Dahulu semasa mengandungkan Darius, dia tidaklah seteruk ini. “Boleh awak papah saya ke bilik? Kaki saya sakitlah.”

“Eh!” Estrella terjerit apabila aku tiba-tiba mencempungnya. Kalut wanita itu melingkar lengannya di leherku.

Aku melangkah ke dalam istana. Pandangan pekerja-pekerja istana diabaikan sahaja. Mereka mahu kata apa, katalah. Aku hanya menjaga apa yang diamanahkan kepadaku oleh Denzell.

Sekilas pandang aku nampak wajah Estrella yang serba salah. “Terima kasih lagi. Maaf sebab dah susahkan awak.”

Itu apa yang dia sering kata sepanjang aku menjaganya tiga bulan ini. Aku tak pernah membalas. Sebaliknya, aku bertanya soalan rutin kepadanya. “Kau dah makan ubat kau?”

Estrella angguk.

Sedar tak sedar, kami sudah berada di hallway luar bilik Estrella. “Baby okay harini? Tak menendang lagi macam semalam?” Persis gaya seorang tabib, aku bertanya lagi.

The Noble HikayatWhere stories live. Discover now