Chap 3 [Kedai Manisan Misteri]

Start from the beginning
                                    

"Ish.. entah-entah nenek tu datang nak balas dendam" Ali yang dari tadi menyemak sudah tergelak mendengar kesimpulan mereka tersebut. Tak sangka mereka percaya benda tahyul macam tu

"Jap jap.. kau kata budak perempuan je mangsa dia. Tak kan dia dendam dengan budak perempuan je.. biasa yang nakal dan hancurkan kedai bukan budak lelaki ke? Cerita kau ni tak masuk akal lah.. Kalau betul nenek yang kau cerita ni dendam dengan budak-budak.. bukan patutnya budak lelaki pun jadi mangsa ke?"

Ali terangguk mendengar kata-kata salah seorang dari mereka itu. "Manalah aku tahu.. aku cerita apa yang aku dengar je.. Mungkin yang buat kacau tu just budak perempuan?"

"Dah lah.. kau ni merepek lah.. jom lah.. rehat dah nak habis. Baik kita masuk kelas sekarang dari dengar cerita mengarut ni"

"Eh tunggu lah aku" suara-suara tersebut makin hilang menjauh. Ali hanya mampu tersenyum kecil. Dia menarik nafas sebelum membuka suara tanpa mengubah kedudukannya. "Sampai bila senpai nak tenung saya tanpa cakap apa-apa? Saya bukan pandai baca minda orang. Saya tak kan tahu apa senpai nak kalau senpai tak cakap"

Tiba-tiba muncul seorang remaja wanita dari balik tembok tersenyum memandang Ali. "Wah.. sejak bila kau tahu aku kat sini?"kagum wanita itu.

Ali menoleh malas pada wanita itu. Badannya disandar pada pembatas bumbung. "Sejak awal mungkin? Siapa senpai ni.. dan apa senpai nak?"

"Wow.. to the point nya. Untuk budak yang baby face, kau ni agak dingin ya. Baiklah nama aku Sera Masumi.. Selamat berkenalan Hibino-kun."

Ali hanya memandang tangan yang terhulur padanya itu. Sorry sis.. aku Islam. Tak main pegang-pegang bukan mahram ni. Sera yang sedar Ali tidak mahu menyambut salamnya hanya mengangkat bahu tidak perduli. Ali menilik jam tangannya sebentar sebelum kembali berkata. "Maaf tapi kelas dah nak mula."

"Oihh.. tak perlu kelam kabut sangat. Chill chill je. Mana kawan kau yang selalu melekat dengan kau tu?"soal Sera cuba berbasa basi

Ali yang sudah tidak tahan dengan Sera memilih membetulkan pakaiannya yang sedikit kusut dan berjalan santai ke arah pintu sebelum Sera sempat menahan lengannya yang berlapik kemeja seragam sekolahnya. Dengan sekali hentakan pegangan Sera terlepas menyebabkan Sera sempat tersentak. Beberapa saat kemudian Ali seakan sedar dengan tindakan kasarnya itu segera meminta maaf. "Gomenasai, Masumi-senpai.. Tapi saya minta jangan sesuka hati sentuh orang macam tu terutama yang berlainan jantina. Saya minta diri dulu kalau senpai takde apa lagi nak cakap dengan saya"

"Ah.. Hibino-kun.. Okey aku minta maaf juga. Salah aku.. baik aku tak kan buang masa kau lagi. Nah"

Ali dengan ragu mengambil sampul surat berwarna coklat tersebut. Sera tersenyum apabila sampul tersebut telah bertukar tangan. Tanpa berkata apa-apa, dia terus pergi meninggalkan Ali yang masih tertanya-tanya. Setelah Sera menghilang dari pandangan, Ali hanya mengangkat bahu tidak perduli dan terus berjalan menuju kelasnya.

***

"Tentei-kun.. Ohayo"

"Ni dah masuk tengahari.."balas manusia di seberang panggilan menyebabkan si pemanggil tertawa kecil. Dia bersiul kecil cuba bermain dengan si penerima panggilan. Conan hanya mampu menghela nafas lelah melayan perangai kebudak-budakkan manusia tersebut.

"Kaito.. kau dah hantar benda tu pada dia kan?"

Kuroba Kaito atau lebih dikenali Kaito Kid tersenyum mendengar soalan dari detektif kegemarannya itu. Dengan nada santai dia membalas "Barang apa ya~~"

"Kaito!"

"HAHAHAHAHA... Tenang tentei-kun. Sudah.. kau boleh harapkan aku.. Tapi boleh aku tanya apa hubungan kau dengan budak Hibino tu?" Ya, Kaito menyamar sebagai Sera Masumi untuk menjadi perantaraan antara Conan dan Ali. Kenapa dalam banyak-banyak orang dia memilih menyamar jadi Sera? Kau tanya dia.. Aku penulis pun tak tahu apa isi otak dia.

🅂🄴🄲🅁🄴🅃 🄰🄶🄴🄽🅃 [[ᴮᵒᵇᵒⁱᵇᵒʸ/ᴱʲᵉⁿ ᴬˡⁱ/ᴰᵉᵗᵉᶜᵗⁱᵛᵉ ᶜᵒⁿᵃⁿ]] (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now