Crush | Bab 11

114 8 5
                                    

BAB 11

HARI SABTU minggu yang berikutnya, Hannah dan keluarganya menerima tetamu dari Kuala Lumpur. Ibu dan bapa Kash datang bersama beberapa ahli keluarga mereka. Kash juga hadir dan duduk di bersama keluarganya. Selepas Hannah bersalaman dengan ibu kepada Kash, dia membawa diri ke dapur untuk menolong kakaknya. Mereka masuk ke dapur untuk menyiapkan air dan makanan yang sudah dimasak pada awal tengahari tadi. Hidangan makan tengahari sudah siap terhidang di ruang makan.

"Kak..." panggil Hannah.

Huda yang sedang mengacau air kordial oren menghentikan perbuatannya. "Kenapa?" tanya Huda dengan hairan.

"Masa Kash tanya pasal adik tu, ada ke dia cakap kenapa dia nak kenal dengan orang?" Dia mahu tahu juga apa yang Kash nampak pada dirinya. Pada Hannah, dirinya biasa-biasa saja. Kash pula orangnya ada rupa dan mana tahu lagi ramai gadis di luar sana mahukan lelaki itu?

"Tanyalah Kash sendiri. Lagi afdal," jawab Huda dengan nakal. Lepas itu dia ketawa tapi perlahan. Bimbang orang-orang di ruang tamu terdengar gelak tawanya.

"Alaa, akak ni tak membantu langsung!" Hannah mendengus sebelum berlalu untuk menatang dulang berisi cawan dan bekas air yang sudah siap dibuat oleh kakaknya. Ruang makan keluarga terhidang makanan dan minuman yang disediakan oleh Hannah dan Huda. Umi pula menjadi ketua cef yang seolah memberi arah kepada anak buahnya di dapur.

Umi menyuruh Huda dan Hannah duduk saja di ruang dapur dan menunggu sehingga mereka selesai berbual. Mereka ikut saja arahan dari umi. Hari ini Hannah mengenakan baju kurung yang moden berwarna biru muda dan selendang warna senada.

Kakaknya Huda juga mengenakan baju kurung moden warna ungu dan tudung bawal warna yang lebih cerah sebagai padanan.

"Abang Nazli dengan Kash tu kawan ke?" tanya Hannah selepas mereka duduk diam di ruang dapur.

"Dorang tu dua pupu, tapi dulu Hiraz tu duduk dengan nenek dia dekat sini. Rumah nenek abang Nazli pun tak jauh dari rumah nenek Hiraz tu, sebab tu mereka rapat dan membesar sama-sama." balas Huda dengan panjang.

"Ohh, faham." Hannah mengangguk.



"TUJUAN kami datang ini nak mengenali anak dara Dr. Hafsham. Anak teruna saya, Hiraz ni orangnya jarang bercerita tentang anak gadis. Jadi bila dia ajak kami datang ke rumah Dr. Hafsham dan Puan Ilya, terkejut saya dan isteri." Encik Ashman Shah, bapa kepada Kash bercerita apabila mereka membuka cerita perihal anak-anak.

Isteri Encik Ashman Shah, Puan Hidayah tersenyum di sisi suaminya. Anak sulung mereka menghabiskan masanya membesar di rumah ibu mertuanya di sini. Kesibukan mereka membuatkan anak sulung mereka tidak rapat dengan mereka. Namun mujurlah Hiraz atau mesra sebagai Kash kini semakin rapat dengan mereka setelah mula bekerja di ibu kota.

Encik Hafsham mengangguk dan senyum mendengar cerita dari bapa Kash. Puan Ilya pula menjadi pendengar setia di sebelah suaminya. Anak bongsunya, Izz Hayyan duduk di ribaannya. Leka bermain game dalam telefon pintar kepunyaannya. Mujur Hayyan jenis mendengar kata apabila diminta untuk berkelakuan baik di depan tetamu.

"Terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya. Anak dara saya Hannah ni pun jenis jarang bercerita pasal bab sebegini. Jadi saya tak kisah sesiapa pun dia nak asalkan baik budi pekertinya, In Shaa Allah semua akan baik-baik saja." balas Encik Hafsham dengan senyuman. Dalam hatinya dia berpuas hati dengan tingkah laku Kash walaupun mereka baru berjumpa. Dia yakin Kash mampu membahagiakan anak dara yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Kash yang duduk di kumpulan keluarganya menjadi pemerhati dan pendengar. Dalam hatinya berdoa agar semua akan berjalan dengan lancar pada hari ini.

"Mari kita makan dulu. Kami ada lah masak untuk tetamu jauh kita ni," ujar Puan Ilya dengan senyuman.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now