KAHAR; TUTOR II.

1.2K 117 363
                                    

MENGHELA NAFAS BERAT- aku hanya menjegilkan mata ke arah Kahar yang terlalu lena tidur di atas kasurku hingga berselubung di dalam selimut kepunyaan aku, anak patung aku pun dia peluk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MENGHELA NAFAS BERAT- aku hanya menjegilkan mata ke arah Kahar yang terlalu lena tidur di atas kasurku hingga berselubung di dalam selimut kepunyaan aku, anak patung aku pun dia peluk.

Habislah selimut aku bau jantan nanti.

Mentang - mentang harini sejuk, dia bantai semua sumber kehangatan.

Patung aku pun dia rembat, padahal dia yang kutuk anak patung aku dulu.

Menarik lengan bajunya, aku bersuara memanggil namanya.

Tidak diberi apa - apa respon, mataku terkebil - kebil melihat wajahnya yang masih lena dibuai mimpi. Menepuk lengan bajunya dengan lebih kuat, aku meninggikan suara serba bisik, "Bangunlah,".

Menggoncang lengannya, dia makin menekankan mukanya kepada anak patungku.

Wah, wah. Melampau.

Mengepal penumbuk, aku bergerak menyerang kepalanya, akan tetapi lengan bajuku di genggam.

"Ngantuk, sejuk," katanya ringkas, lalu menarik semula tangannya selepas dia meletakkan lengan aku di atas ribaku sendiri.

"Tulah, bergaduh lagi tadi petang, tulah, orang lepas percubaan SPM sambung belajar untuk SPM official, dia pergi bergaduh," aku tertawa, sengaja mengungkit benda yang tiada kaitan.

Biasalah, suka cari gaduh.

Mengangkat kepalanya sedikit ke arah aku, dia mengerutkan keningnya. "Tak ada kaitan sia," tidak lama selepas itu, dia tertawa. "Dahla aku yang gaduh, kau yang panik,"

Mengangkat bahu, aku membuka mulut untuk membidas pernyataannya tetapi telefonku berdering menandakan terdapat panggilan yang masuk.

"Siapa tu?" Kahar menongkat kepalanya menggunakan lengan yang ditindih semasa dia tidur sebentar tadi. Menarik telefon bimbitku, aku menunjukkan caller ID yang tertera.

amirr botak.

"Oh, okay. Jawablah? Buka speaker sekali," dia tersengih, masih tidak bergerak dari kasurku. Menjulingkan mata ke atas, aku menekan punat hijau lalu membuka mod speaker.

Demand betul mamat ni.

"Oi, mana," suara Amirr bergema dari speaker telefon bimbitku.

"Bilik, kenapa?" aku membalas ringkas, tidak mengendahkan Kahar yang terlalu fokus meneliti perbualan aku sama Amirr.

Setelah beberapa saat Amirr mendiamkan diri, dia bersuara semula, "Kau free tak? Naim keluar dengan akak dewan makan tu, aku bosan ni,". Sebaik sahaja permintaan Amirr dikatakan, Kahar mengangkat sebelah kening, terus bangkit dari baring untuk duduk, mendekatkan diri ke arah telefonku.

Tertawa sinis, aku menjawab persoalannya dengan nada sarkastik, "Taklah, mahal,"

"Kau, kalau aku bantai kepala kau lepastu baling kau dalam parit, kau jangan tanya kenapa," jejaka yang berada di atas talian tertawa kecil sebelum berdehem. "Jadi?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now