𝐁𝐚𝐛 7 : 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐧 ?

734 68 19
                                    

Mawar dan kawan-kawannya berjalan ke dewan makan. Junior-junior yang berjalan melepasi mereka, memberi salam atau tunduk sedikit tanda hormat. Mawar dan yang lain membalas dengan senyuman. Mereka beratur bersama pelajar yang lain. Pelajar-pelajar yang di hadapan mereka sedar bahawa senior mereka berada di belakang dan mempelawa untuk memberi mereka beratur ke depan. Mawar hanya tesrsenyum dan berkata "takpe". Nampak sangat yang high council Kalista tidak seperti high council Kudrat. Mungkin kerana sikap Mawar dan ahli yang lain yang tidak salah guna kuasa mereka, ramai yang tidak rebel.

Selepas mengambil makanan, ahli high council Kalista duduk di meja yang seakan khas untuk mereka sahaja.

Beberapa minit kemudian, kelihatan Kahar dan kawan-kawannya hadir di dewan makan. Seperti biasa, dia memotong barisan, membuatkan pelajar-pelajar perempuan, yang tidak biasa dengan orang yang biadab, rasa geram. Mawar dan kawan-kawannya yang melihat situasi itu pun rasa geram. 'Eh, eh. Dia orang ni baru dua hari kat sini dah buat sekolah ni macam mak bapak dia punya.' Mawar bermonolog di dalam hati. Secara tiba-tiba, Maya berdiri.

"OI" Maya menjerit. Satu dewan makan terdiam. Mawar dan yang lain hanya melihat aksi Maya, tidak mahu masuk campur kerana mereka tahu Maya seorang yang panas baran. Pelajar-pelajar yang lain juga tidak berani untuk bersuara kerana mereka tahu untuk tidak masuk campur apabila Maya sedang marah. Mereka sendiri takut dengan baran Maya.

"KORANG INGAT NI SEKOLAH BAPAK KAU PUNYA KE ?" jerit si Maya.

"Eh, rilek ah. Bende kecik jer pun" jawab si Zahrin.

Mawar menatap wajah Kahar dengan mata yang tajam. Mereka bertentang mata.

Saja Maya mahu menjerit balik, Kahar berkata kepada Zahrin, "dahlah tu. dah jom gi beratur". Zahrin, Hakeem dan Fahmi memandang Kahar dengan pelik lalu mengikutnya kebelakang barisan. Tidak biasa melihat kapla mereka mengalah.

"woi, chill lah" kata Fiya kepada Maya.

"apa chill chill. kita orang ketua kat sini pun tak cut line junior tau. ingat ape. kat sini takde rules ke? main buat suka hati jer."
leteh Maya. Fiya hanya terdiam kerana betul juga cakap Maya.

Mawar hanya menyirup tehnya. Dia hanya akan bersuara jika situasi jadi teruk, atau ahli yang lain tidak bertindak dengan rational. Dia percaya bahawa untuk perkara kecil, ahli yang lain boleh settlekan. Tapi dia akan kekal awas dengan perbuatan Kahar atau kawan-kawannya, jangan sampai dipijak kepala.

Duduk di taman seorang diri, Mawar sedang membaca buku novelnya. Hari ini masih tiada kelas kerana keputusan pengasingan kelas belum ditentui. Saja Mawar membelek buku novelnya, dia mendengar kriuk, kriuk, kriuk. Seperti ada seseorang yang menghampirinya. Mendengar seseorang itu mendekat, Mawar bersuara. "Kau nak apa?".

"Hi Mawar" Mawar menoleh ke arah pemilik suara. Kahar.

"Mm, kau nak apa" dengan wajah yang tiada perasaan, tidak mengalihkan pandangan dari novelnya.

"Saja nak berborak ngan kau. Nampak kau seorang diri so why not teman kau."

"Aku tak perlu peneman"

"Alah kau ni. Dingin sangat ah" Kahar duduk sebelah Mawar.

"Kau baca buku apa tu?"

"It Ends With Us by Colleen Hoover" (pretend the book was published in early 2000s HHH)

Kahar hanya mengangguk. Hanya mendengar angin yang meniup, Mawar menutup novelnya dan memandang Kahar, yang hanya memperhati raut muka Mawar yang cantik. Pipinya selicin pauh dilayang dan bibirnya yang semerah delima merekah.
Dia juga terpukau. "Oi" Kahar tersentap.

"Kau nak apa sebenarnya" kata Mawar, menghiraukan keadaan Kahar yang memperhatinya tadi.

"um aku sebenarnya nak berbaik dengan kau. tak nak lah bermusuhan semua. aku budak baru, aku harap kau bolehlah terima aku dalam sekolah kau." kata Kahar lalu memberi senyuman manis.

"ok, so?"

"Kita kahwin?"

"Apa?"

"Eh-" Kahar menampar mulutnya sendiri. "Maksud aku, kita kawan?" mukanya naik merah.

Mawar terdiam beberapa saat. Dia membuat muka seperti sedang memikir. "Hmm...ok"

Mata Kahar bersinar. Gadis cantik sudi menjadi kawannya. Melihat wajah Kahar yang teruja, Mawar tergelak.
"Comel gak kau ni."

Muka Kahar bertambah merah. Dia tergaru lehernya dengan rasa malu.

Di penjuru taman, terlihat Fakhri yang sedang memperhatikan mereka. Rasa geram menyelubunginya. Tangannya menggengam penumbuk, melihat pujaan hatinya bermesra bersama musuhnya.

Dalam perjalanan balik ke dorm, bahu Mawar disentuh menyebabkan dia menoleh ke belakang dengan terkejut.
"Lahh, kau rupanya. Ingatkan siapa tadi." kata Mawar terhadap Fakhri yang sekarang berada dihadapannya.

"Aku tak nak kau rapat dengan si Kahak tu."

"Tiber. Kenapa lak?" soal Mawar.

"Mawar, dia tu bukan budak baik. Kau sendiri tahu kan dia tu kapla kat Kudrat. Dia bukan macam kau tau, dia tu kapla sial. Silap-silap, dia rampas jawatan kau sebagai kapla kat Kalista ni." kata Fakhri dengan nada yang lembut dan risau. Ada sebab-sebab yang dia tidak mahu Mawar rapat dengan Kahar. Satu, dia takut Kahar akan mempermainkan Mawar. Kedua, merampas Mawar daripadanya. Mataharinya.

"Kau takyah risaulah. Aku takkan bagi sesiapa pun pijak kepala aku. Aku tahulah macam mana nak handle kalau dia cuba buat sesuatu. Tapi sekarang dia ok je. Takyah risau ok?" Mawar memberi jaminan kepada Fakhri. Fakhri rasa lega dan kecewa.
Lega kerana Mawar tahu mempertahan haknya. Kecewa kerana Mawar akan rapat dengan Kahar.

╔══ ❀•°❀°•❀ ══╗

hahhh kau, lagi 10min nak keesokan harinya baru aku update.
hehe sorry sorry, aku ni kuat procrastinate 😪
so hows this chapter?
BTW PRAKY NOTICE AKU TEEHEE
ok goodnight ebibodi, gue mahu baca fanfic yang lain

ok lub yall

| (• ◡•)|

PROJEK HIGH COUNCIL : KUDRAT X KALISTA ( slow update )Where stories live. Discover now