𝐁𝐚𝐛 1 : 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐝𝐫𝐚𝐭

1K 68 14
                                    

"Pada perhimpunan hari ini, saya ada sesuatu berita untuk dikhabarkan kepada anda semua. Saya tahu ada yang sudah tahu tentang berita ini sebagai khabar angin. Tetapi hari ini saya mahu mengumumkan secara rasmi...bahawa Kudrat akan digabungkan dengan Kalista High School. Saya tahu anda terkejut dengan berita ini. Sekolah lelaki akan bergabung dengan sekolah perempuan. Anda semua akan menjalani taklimat tentang menjaga adab dan tingkah laku apabila berada dalam satu sekolah bersama pelajar perempuan. Dengan itu, di sini saja perhimpunan pada hari ini. Sekian, terima kasih" umum Tuan Yusof pada perhimpunan sebelum cuti sem.

- time skip -
dewan makan

"weyy serius ah kita akan join dengan sekolah perempuan, tak sabar nya" kata Ayam dengan  teruja kepada kawan karibnya di hadapannya.

Fakhri berkerut dahi melihat kawannya yang teruja.

"Apa kau ingat aku cam ni aku takde nafsu. Aku pun nak ada awek" Ayam menjeling.

Fakhri tergelak kecil melihat rakannya.

"Jap, kalau kita join dengan sekolah lain, high council akan diteruskan ke?" Fakhri menyoal sahabatnya yang sedang melahap makannya seolah-olah dia tidak makan selama setahun.

"Mmm, sedapnya mee goreng ni. Tak pernah makanan kat dm sedap cam ni" Ayam menghabiskan makannya.

Ayam mendongak dan melihat Fakhri sedang memandangnya menunggu jawapan. Dia pun meneguk air sebelum menjawab.

"Entahlah. Tapi mungkin si kapla tu akan bawa high council ke sana kot. Kan dia sayang sangat dekat high council ni. Plus, high council ni pun tak boleh saja-saja dihapuskan macam itu jer" jawab Ayam.

Entah dari mana, Jay tiba-tiba duduk sebelah Ayam.

"Eh guys, sorry menyampuk. Tapi aku dengar dekat sekolah tu pun ada sistem high council" kata Jay.

Mata Ayam terbeliak. Fakhri juga rasa terkejut.

"Weyh, kalau gitu, lagi problem. Kalau kat situ ada high council, abis tu high council sini masuk sana tak ke ada masalah nanti" kata Ayam.

"Dia orang tak boleh berdamai ke. Dua-dua jadi kapla. Satu kapla perempuan, satu kapla lelaki " soal Fakhri.

"Apa, kau ingat dia orang nak share title sebagai kapla ke. obviously si kapla nak kan full kuasa. so expectedly dia orang akan bermusuh juga" kata Ayam.

"Tapi mungkin Kahar akan menang kot. Kapla kat sana kan perempuan. Kahar boleh senang2 jer rampas title as kapla kat sana" sambung Ayam.

"Woi kau jangan underestimate perempuan woh. Sekali perempuan kat sana kuat2 kau tak tahu" kata Jay melihat Ayam dengan wajah yang tegas, kerana dia mengingati  kembarnya yang bersekolah di Kalista High beritahunya tentang sistem di sana.

Fakhri hanya melihat kawan-kawannya di hadapan bercakap. Di dalam pemikirannya adalah bagaimana mereka semua akan bercampur di sekolah sana kerana mereka sudah selesa dengan suasan di mana semua lelaki.

- time skip -
dewan sekolah, malam

Form4 dan form5 berkumpul di dalam dewan.

Kapla dan ahli high council yang lain munculkan diri di atas pentas. ha...abang besar dah datang.

"Malam ini, kita berkumpul disini, untuk mengingati satu sama lain. Kita harus menegakkan tradisi Kudrat. Kita harus tunjuk kepada mereka, yang kita adalah anak jantan!"

dewan diam.

"woi sorak lah woi" kata Hakeem.

Seluruh dewan dipenuhi dengan sorakan. Kahar kemudian memberi isyarat untuk berhenti.

"Kita akan  join sekolah perempuan. Takkan kita nak tunjuk kita ni lemah. Aku percaya, korang semua sudah cukup jantan, setelah apa yang korang sudah lalui selama ini. Walaupun kita akan dikelilingi dengan pelajar perempuan. Kita patut teguh dan jangan lemah hanya kerana pelajar sana berinteraksi dengan kita. Jangan mudah digodai. Usha, usha juga, tapi jual mahal lah sikittttttt"

Dewan dipenuhi dengan gelakan para lelaki.

"and about menegakkan tradisi kudrat, aku akan bawa high council ke sana, so of course, rules stays the same. Yang berlesen buat cara ada lesen. Yang takde lesen buat cara takde lesen. Jangan nak ambik advantage kerana kita kat sekolah baru" selepas beberapa terangan tentang bagaimana mereka akan bawa diri di sekolah perempuan, sesi perjumpaan berakhir.

kelas, hari kemudian

"All of you are to respect them, show a good example, and show that the students of Kudrat are gentlemen...-" Puan Faniza menerangkan bagaimana pelajar Kudrat harus menjaga adat dan tingkah laku mereka apabila satu sekolah dengan perempuan.

╔══ ❀•°❀°•❀ ══╗

orait tak orait.
cer comment tentang bab first kite.

( ͡° ͜ʖ ͡°)

PROJEK HIGH COUNCIL : KUDRAT X KALISTA ( slow update )Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu