f i v e

104 24 5
                                    

•••

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.



Langit yang mula jingga buatkan Lili mendongak. Nampak ada sekawan burung yang terbang untuk pulang ke sarang. Macam Lili, dia pun mahu pulang ke rumah dari sekolah.

Lili sudah masuk sekolah menengah. Lagi dua tahun Lili tamat sekolah.

Langkah Lili terhenti.

Kapal terbang kertas yang terbang di langit tadi jatuh mendarat tepat di bawah kaki Lili.

Tanpa curiga segera kapal terbang kertas itu Lili ambil. Sekitar kawasan perumahan itu Lili mencari dari mana datangnya.

Berhenti Lili pada jendela satu rumah yang terbuka.

Dan di hadapan jendela yang terbuka itu ada tiga kuntum bunga lily putih di dalam pasu.

Senyuman terukir melihat bunga itu.

Buatkan dia teringat origami bunga lily yang pernah dia dapat dulu.

"Mana dia sekarang?" Soalan itu buatkan dia masih teringat dengan budak lelaki yang dia jumpa di taman.

Sampaikan dia dapat surat ke rumah.

Lili ingat lagi masa dia pergi taman selepas dia baik demam. Budak lelaki tu kata nak jumpa dekat taman. Dia tunggu Lili. Tapi bila Lili tunggu dia, dia pula tiada.

Budak lelaki tu merajuk dengan Lili ke?

"Awak!"

Ada suara memanggil.

Dan punca suara tu dari tingkap rumah yang terbuka itu tadi.

Lili mendongak.

Seorang lelaki sedang menjenguk Lili dari tingkap. Lambaian lelaki itu beri buat Lili.

Lili membalas.

"Boleh terbangkan balik ke sini?" Minta budak lelaki itu.

Lili hanya mengangguk dan mula terbangkan kapal terbang kertas itu kembali ke arah tingkap itu.

Tepat Lili terbangkan dan mendarat ke tingkap lelaki itu.

"Terima kasih," ucap lelaki itu separa menjerit untuk Lili dengar.

Berpusing Lili menghadap jalan untuk dia melintas. Rumah Lili berada berhadapan dengan rumah lelaki itu.

Sebelum dia melintas Lili dipanggil lagi, "Awak!"

Kembali Lili berpusing ke arah lelaki itu.

"Rambut awak cantik!"

Ada orang puji rambut dia.

Deja vu. Memori tentang budak lelaki yang dulu pernah puji rambutnya terimbas kembali.

Lili tertawa.

"Terima kasih!"




Tbc

Dear Lily ©Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz