o n e

199 32 5
                                    

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"HUWARGH!" Menangis kanak-kanak perempuan itu sambil dia terduduk di tanah.

Kedua rambut yang diikat toncang itu ditarik oleh dua budak lelaki nakal. Semua mata di taman hanya biarkan dan memandang sahaja.

Ketawa nakal dua budak lelaki yang masih setia menarik rambut Lili.

Orang dewasa di situ hanya biarkan sahaja dengan kata mereka, "Biasalah, budak-budak."

"Kau anak ahli sihir ke?" Soal budak lelaki berbadan gempal itu.

"Rambut kau putih macam orang tua!"

Bergabung tawa dua kawan itu.

"Sakitlah!" Jerit dan meronta Lili minta rambutnya dilepaskan.

Lili, kanak-kanak perempuan berambut putih. Dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Rambutnya putih, anak matanya biru dan kulit dia yang seputih susu.

Berbeza itu buatkan dia dibuli.

Meronta-ronta Lili sehingga terlepas genggaman dua budak lelaki itu. Sedikit helaian tersisa di tangan mereka.

"Ish, gelinya!"

"Buang, jangan bawa balik! Nanti bala ikut!"

"Lili tak macam tulah!" Marah Lili pada dua budak lelaki itu.

Berlari dua kanak-kanak lelaki itu jauh daripada Lili apabila dia berura-ura mahu mengejar. Tapi langkahnya terhenti.

Lili tahu yang mereka lari daripadanya sebab takut bukan mahu bermain bersama. Semua di taman permainan ini ada kawan. Hanya Lili duduk di kotak pasir bermain pasir berseorangan.

Air mata yang sedia jatuh dia seka dengan tangannya. Ibu Lili yang sedang berbual dengan rakan-rakan Ibunya pula Lili pandang.

Langsung tidak ambil kisah Lili menjerit tadi.

Kembali Lili duduk ke atas tanah.

Bahunya terasa diusik. Berpusing Lili memandang siapa yang menegur. Seorang budak lelaki sedang bersembunyi di belakang kaki ayah dia. Hanya mata yang menjenguk memandang Lili.

Ayah budak lelaki itu hanya lepaskan tawa lihat anaknya malu dengan Lili.

"Pergi jelah," ayahnya menolak tubuh budak lelaki ke hadapan sehingga dekati Lili.

Kepala budak lelaki itu masih menunduk.

Kini Lili mendongak memandang budak lelaki itu. Masih menunduk malu tanpa bicara. Tangisan tadi tu pun hilang sebab pelik lihat budak lelaki hadapannya itu.

"Nah."

Satu lipatan kertas kecil dihulurkan di hadapan Lili oleh budak lelaki tadi.

Lili ambil walaupun teragak-agak. Lili rasa budak lelaki ini tak berbahaya.

"Awak... jangan menangis tau," ringkas budak lelaki itu kata dan berlari kembali ke belakang kaki ayahnya.

Ayah budak lelaki itu tertawa lihat mereka.

"Awak okay? Ada luka?" Tanya ayah budak lelaki itu.

Lili menggeleng.

"Kalau dia orang buat jahat dekat awak lagi, lari pergi mama awak, faham?" Pesan ayah budak lelaki itu lagi.

Lili mengangguk.

"Pergilah main dengan kawan. Kata nak main pasir?" Arah ayah dia.

Tapi budak lelaki itu menggeleng dengan apa ayahnya suruh.

Setia mata Lili memerhatikan budak lelaki yang masih setia di belakang kaki ayahnya. Ada lagi budak yang lagi pelik daripada dia rupanya.

"Awak pandai baca?"

"Pandailah!" Marah Lili sampai terbangun.

Suka hati saja tuduh Lili tak pandai baca. Dia tujuh tahun tau tahun ni.

"Baca tau!" Jerit dia untuk berpesan. Tangan ayahnya pantas ditarik untuk pergi dari situ.

Pergi sahaja dua beranak itu, Lili pun buka lipatan kertas yang dia beri tadi.

Naik serentak kedua keningnya ke atas bersama senyuman pula kali ini.

Rambut awak cantik macam
bunga Lily putih
Jangan dengar apa orang kata.

Ada orang puji rambut Lili!

Panjang senyuman Lili terukir.

"Awak!"

Bangkit Lili pantas berlari ke arah budak lelaki itu untuk dapatkan kembali budak lelaki tadi.

Dia patut jadi kawan Lili.

Sekarang juga!





Tbc

Dear Lily ©Where stories live. Discover now