01 | hari pertama

4K 191 377
                                    

playlist ;
nearly near you | masdo

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

─────────────────

KAMI bertiga berdiri statik di hadapan pintu masuk KUDRAT. Masing-masing mempunyai riak wajah yang berbeza. Malia dengan muka jengkelnya memandang bangunan sekolah ini, Irish dengan mulut yang ternganga luas dan mata yang bersinar. Dan aku pula...

" Ya Allah, sesungguhnya aku pasrah saja di exchangekan masuk ke dalam sekolah tak guna ni."

Sepantas kilat, Malia dan Irish menoleh ke arahku. Memandangku dengan riak wajah jengkel mereka.

" Baru sekarang nak ingat tuhan?"

" Dah jadi macamni baru nak ingat tuhan?"

Hampir serentak, mereka berdua berkata.

Aku hanya mengeluh singkat. " Atleast aku ingat juga, okey." ujarku.

" Hmh, dalam banyak-banyak program, program ni la yang paling bangang sekali." Malia berkata.

" Setuju." ujarku.

" Tapi kan, sekolah ni boleh tahan lawa juga, eh?" Irish bersuara.

" Bolehlah..."

Sebaik sahaja kami bertiga menjejakkan kaki ke dalam Dewan Perhimpunan, hampir semua kepala tertala ke arah kami. Satu dewan pandang-pandang sambil berbisik-bisik kepada rakan mereka.

Sah, dia orang ni tak pernah tengok perempuan.

" Pandang-pandang. Aku cungkil mata sekor-sekor kang baru tau." Aku terdengar Malia menggumam sendirian.

" Garang naw, Kak Mal~!" Irish mengusik. Dia mencuit bahu Malia.

Kami mengambil tempat duduk di sebaris kerusi yang kosong. Aku mengambil tempat yang paling hujung sekali, which is bersebelahan dengan seorang lelaki. Aku hanya sempat memandangnya sekilas pandang saja sebelum terus melabuhkan punggung disebelahnya. Yang aku perasan, rambut lelaki tu kerinting.

Dapat aku rasakan yang pandangannya tertumpu kepadaku. Tapi aku hanya buat tak tahu dan terus pandang ke hadapan dan fokus mendengar pengetua sekolah ini berucap.

Adalah 30 saat saja aku fokus sebelum aku terus menundukkan kepalaku. Mataku pejamkan. Mengantukla dengar ucapan ni semua.

Tiba-tiba terasa seperti kepalaku dihempap oleh sesuatu. Terus aku buka mata.

Aku cuba untuk angkat kepala. Tapi tak berjaya sebab menatang yang pergi hempap kepala aku ni terasa makin beratlah pulak. Aku menggerakkan kepalaku ke kanan untuk melihat benda apa yang hempap kepala aku ni.

redamancy; a.kaharWhere stories live. Discover now