Bab 1 (Atok)

109 13 12
                                    

Aku Yameen Iskandar, aku dibesarkan oleh atokku bernama Kamaruddin. Dia seorang yang sangat disegani oleh seluruh penduduk Kampung Sentosa, Kedah dengan sifatnya yang tegas dan peramah. Ibu dan Ayahku menetap di bandar dan meninggalkan aku bersama atok di Kampung, meskipun aku tidak ingat mengapa aku perlu duduk bersama atok tetapi aku bersyukur kerana atok sangat menyanyangiku dan menjaga ku dengan baik. Aku gembira tinggal bersamanya, aku dapat menerokai pelbagai maklumat mengenai alam sekitar dan pengalaman baru. Atok juga mengajarkan aku seni bela diri dan pelbagai tatatertib sopan yang perlu diterapkan dalam diri sebagai manusia yang beriman.

Aku sangat sangat sangat sayang pada atok, kalau boleh aku mahu tinggal bersamanya selama - lamanya.

"Bye Aiman! Omar! Ravi! Ah meng!" Ucapku kepada kesemua rakan - rakan karibku yang sentiasa ada apabila susah dan senang. Mereka sentiasa menjadi rakan bermain dan belajarku yang setia. Kami digelar sebagai 5 budak nakal di Kampung Sentosa kerana cara kami bermain amatlah lasak dan mencabar. Setakat anggota badan bercalar balar tu bagaikan satu benda wajib bagi setiap perjalanan hari - hari kami.

Sekiranya cuti sekolah, kami pasti akan keluar bermain dari pagi sampailah petang. Begitu juga hari sekolah, dari pulang sekolah sehinggalah petang dan sentiasa pulang tepat pukul 6. Awal 30 minit sebelum senja. Kalau tidak pasti aku akan dimarahi oleh Atok. Yelah, orang dulu - dulukan banyak pantang larang. Atok tidak kisah kalau aku tidak pulang ke rumah dari pagi sampai ke petang tetapi dengan syarat mesti menunaikan solat fardhu dan balik tepat pukul sebelum pukul 6.30.

Aku pernah suatu ketika dulu pulang lambat 3 minit setelah 6.30. Teruk aku dimarahi sehingga perlu duduk bertapa di bawah rumah kayu atok sepanjang malam. Pelbagai bunyi hilaian dan benda - benda pelik yang telah ku dengar. Mustahil kalau aku mahu katakan yang aku tidak terlihat kelibat 'benda - benda itu' disekitar ku. Ada sahaja yang merenungku sehingga berkumandangnya azan subuh. Sejak dari itu, aku mula bertekad untuk balik tepat 30 minit sebelum bermulanya panggilan senja.

"Assalammualaikum Atok, yameen dah balik.." sapaku pada Atok di dapur.

"Ish ish ish, comotnya cucu atok ni"

"Hehehehe.." sengihku. Atok menghampiriku, tangannya yang basah setelah selesai mencuci pinggan mengusap wajahku yang sangat kotor. Aku memejam mata dengan sangat rapat agar tidak pedih mataku nanti.

"Ya allah, kotor.. pergi mandi dulu lepas tu kita makan.." kata Atok dan aku mengangkat tangan melakukan tabik hormat.

"Baik jeneral Atok!" Turutku dan bergegas memasuki bilik mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air yang berada di dapur. Sempat aku mengerling pada Atok yang mengeleng melihatku. Aku tertawa geli hati.

~~~~~◇~~~~~

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Kini aku dan Atok sudahpun bersiap - siap hendak ke masjid bagi menunaikan solat fardhu maghrib. Baju melayu dan kain pelikat berwarna biru menjadi warna pilihan ku untuk dikenakan pada badanku. Lebai yang berwarna putih menjadi kegemaranku untuk ke masjid pada setiap hari bersama atok. Begitu juga atokku yang mengenakan pakaian yang sama sepertiku juga dari segi warnanya. Barulah orang kata 'cucu ke?'. Biasanya orang akan mengangap kami sebagai pak cik 'random' dan budak yang sentiasa mengekori pak cik itu sebab warna kulit aku dan atok berbeza. Aku berwarna sedikit cerah dan sawo matang dalam masa yang sama. Manakala atok juga sawo matang tetapi lebih gelap sedikit.

Walaupun begitu, umum sudah mengetahui bahawa aku cucu kepada Pak Din selaku nama terkenal atok di sini. Ala, mula - mula je diorang cam eh oh eh.

"Atok" ujarku sementara kami sedang berjalan menuju ke masjid ditemani satu lampu suluh yang menjadi penerang jalan kami. Keadaan maghrib pada ketika ini sudah pun seperti malam.

YameenNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ