𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐌 (1)

524 47 11
                                    

ARQINA cuba melarikan diri daripada sekumpulan lelaki yang mengejarnya dari keluar sehinggalah pulang bekerja..

'Mana-mana aku pergi korang mesti ada! Apa malang sangat hidup aku?!' desis hati kecil Arqina cuba melarikan diri sepantas yang mungkin.

Langkah kakinya semakin lama semakin perlahan akibat dari kelelahan berlari. Tenaganya semakin lama semakin berkurang.

"WOI JANGAN LARI!" jerit salah satu Dari mereka setelah merasakan bahawa gadis itu lari terlalu jauh.

Selepas memastikan lelaki tersebut sudah terlalu jauh dari mengejarnya, Arqina tercungap-cungap mengambil nafas kerana lelah berlari dari sekumpulan 'lelaki gila'.

Gila? Ya gila! Gila akan dirinya!

Satu kereta jenama Audi datang tepat di hadapan Arqina membuatkan gadis itu tersenyum bahagia.

Yes! Heronya telah tiba!

 "Abang!" jerit Arqina membuatkan lelaki disebelahnya mengerut kening ketika merasakan suara nyaring adiknya itu. Lama lama macam ni boleh pekak aku kalau dia asik menjerit dekat telinga aku!

"Aku dekat sini je, tak perlu jerit-jerit. Aku belum pekak lagi untuk dengar suara kau, dik," ujar si abang membuatkan Arqina hanya senyum tidak bersalah terhadap abangnya itu membuatkan si abang Mengelengkan kepala sambil meneruskan perjalanan mereka pulang.

KRIKK..

KRIKK..

KRIKK..

Encik cengkerik telah memulakan kerjanya.

Keadaan dalam kereta terlalu sunyi dan hanya kedengaran suara dari radio sahaja yang memecahkan rasa sunyi dalam kereta tersebut.

 "Jadi mereka still kacau adik lagi?" Arqina hanya menganggukkan kepala bagi jawapan abangnya membuatkan si abang mengeluh.

Kacau? Ya! Sudah 5 tahun dirinya dikejar oleh seorang lelaki yang ia tidak kenali membuatkan hidupnya selalu rasa tidak tenang dan aman. Kerana apa? Kerana setiap kali dirinya keluar rumah pasti terasa ada yang mengikuti walaupun terasa selamat kerana mereka menjaga tapi tetap tidak selesa.

Selain itu, setiap kali keluar rumah, pasti ada yang ingin mengejarnya, menculiknya bahkan ada yang ingin membunuhnya tapi bernasib baik bahawa abangnya ini selalu ada ketika dirinya susah.

"Abang rasa, adik perlu tinggal dengan abang untuk keselamatan. Abang takut adik tinggal sendirian dekat rumah sewa adik," ujar si abang lagi cuba memberi pendapat membuatkan Arqina mengeluh..

Terlalu muak mendengar benda yang sama setiap kali berlaku benda yang sama. Acap kali mendengar benda yang sama dan kejadian yang sama tetapi dirinya inginkan kebebasan kehidupan!

"Boleh bagi adik masa lagi? Adik perlukan sedikit masa lagi untuk berpikir, Abang Naz." balas Arqina malas membuatkan Nazhrin Mengeluh. Sampai bila?

"Sampai bila dik? Sampai bila abang nak berikan masa untuk kau berpikir? Kau ingat mereka hanya boleh mengejar kau sahaja? Mungkin lebih teruk, dik," kata Nazhrin bersungguh-sungguh.

Kata-kata Nazhrin sedikit sebanyak membuatkan Arqina buntu dan percaya terhadap abangnya katakan tentang itu kerana Arqina tahu bahawa dirinya sedang dalam bahaya...

Terlalu bahaya!

Sampai sahaja Dirumah sewanya, Arqina terus sahaja mengunci pintu pagar rumahnya sebelum masuk kerana takut pengejarnya itu akan masuk ke rumah ketika ia sedang lalai. Siapa boleh jangka masa hadapan kita?

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐌 ( CS )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora