26 | Punca kemalangan

ابدأ من البداية
                                    

Diego yang mendengar sudah mengangguk. Memang dia tahu itu kerana semua tahu yang kelemahan seseorang itu terletak pada orang yang mereka sayang separuh mati dan kerana itu, nyawa Medina Haura dipertaruhkan.

"Arissa tak selama tinggal di sini. Take her somewhere safe untuk sementara waktu ni. Papa akan hapuskan siapa saja yang berani cederakan mama tapi papa tak nak mereka cari Arissa pula." Kata Elvis lagi.

Baru saja Diego ingin membuka mulut, satu suara dari muka pintu kedengaran nyaring.

"Jadi kemalangan ni berlaku because all of you?! Because you stupid dark side things?! Because of your stupid mafia things?! And keluarga Arissa yang jadi mangsa?!" Suara Arissa meninggi. Mata gadis itu jelas tergambar riak sedih, kecewa dan marah dengan apa yang jadi

Dia datang ke sini untuk mencari tandas tapi tak sangka pula dia mendengar perbualan dua beranak ni.

Arissa melangkah berani ke arah Elvis. Ditolak kasar dada Elvis.

"Abang Elvis tak sepatutnya letak kak Medina dalam bahaya and now ibu Arissa terpalit sama dengan kerja bodoh dunia gelap korang ni?!" Tengking Arissa emosi.

Sekali lagi dia cuba nak tolak Elvis tapi cekap dan pantas saja lelaki bermata hijau indah itu menangkap pergelangan tangannya.

"Arissa Dania, if it's not because of me. Kau dengan keluarga kau dah lama mati tau. Jangan cabar aku lebih-lebih. Mind you language when you speak to me." Tegas Elvis lalu ditolak kasar tangan Arissa dari genggamannya.

Mata hijaunya menikam mata Arissa yang sudah mendiamkan dirinya.

Aura Elvis terasa cukup membunuh sekarang ni hingga Arissa tidak berani untuk bersuara lebih.

Elvis merengus kecil. "Bawa dia keluar dari Malaysia as soon as possible, Diego. Papa tak nak dipersalahkan atas kematian dia pula." Getus Elvis kesal sebelum melangkah meninggalkan Diego dan Arissa.

Diego hela nafas berat. Wajah Arissa, dia pandang dengan tak puas hati.

"Kau tak tahu apa-apa jadi boleh tak jangan nak main sembur je bila bercakap?"

Arissa merengus kesal. Dia pandang Diego geram. Menyampah betul mamat ni!

"Jadi beritahulah saya hal yang sebenar! Apa penyebab mama dan kakak saya kemalangan sekarang ni! Awak ingat saya bodoh ke tak dengar apa yang dia cakap dengan awak tadi?!" Suara Arissa meninggi.

Inilah sebabnya kenapa dia benci dunia gelap! Orang lain yang buat salah tapi orang yang menerima hukuman!

Bila melihat Diego yang masih lagi mendiamkan diri, gadis itu merengus kesal.

"Keputusan yang saya buat adalah tepat. Saya tak nak ada kaitan dengan dunia gelap dan saya putuskan hubungan kita." Kata Arissa. Baru beberapa langkah dia membalikkan badan, Diego tarik tangan dia. Menghalang dia dari keluar dari ruangan tu.

"Jadi kau nak lupakan cinta kita macam tu je?"

Arissa lepaskan tawa sinis yang singkat. Cinta? Bullshit!

"Cinta kita?! Pernah ada cinta ke antara kita atau hanya saya yang bertepuk sebelah tangan?! Dahlah! Cinta tu akan mati disebabkan sikap awak sendiri! We're done!"

"I'm not done yet, Arissa Dania!" Marah Diego, dia tarik tangan Arissa hingga gadis itu terlanggar dadanya.

Arisa cepat-cepat tolak Diego, menjarakkan hubungannya dari Diego.

"Suka hati awaklah. Sama ada awak Setuju atau tidak, hubungan kita dah pun putus. Berambus dari hidup saya dan keluarga saya!"

Diego lepaksan tawa sinis. Dia menggeleng kecil. Wajah cantik Arissa dia pandang dingin.

"Senang macam tu je kau buat keputusan? Kau dah lupa apa yang kau janji dengan aku? Senang macam tu je kau nak mungkir janji kau?" Soal Diego. Dia betul-betul benci dengan manusia yang tak berpegang dengan janji!

"Lupakan jelah janji bodoh tu! Saya buat janji tu sebab saya tak tahu awak orang jahat!"

Arissa meringgis kecil bila Diego tiba-tiba saja tolak dia ke dinding hospital. Tangan lelaki itu mencengkam bawah dagunya dan sebelah lagi menekan tangan kiri dia ke dinding.

"I don't fucking care about your assumptions to me! Kau dah janji dengan aku yang walau apapun yang jadi, kau pilih aku dan kau akan pilih untuk percaya aku!" Bentak Diego buat Arissa kaget.

Ini pertama kali dia lihat Diego bersikap begini. Arissa telan liur yang terasa kesat.

"Diego, sakitlah!" Arissa cuba merontan namun pegangan Diego terlalu kuat. Kata kelabu lelaki itu menikam pandangan mata Arissa. Sedikitpun tidak dikalihkan.

"Betul cakap papa, if aku tak boleh dapat kau dengan cara yang baik, aku perlu dapatkan kau dengan cara yang kasar even aku terpaksa kurung kau sekalipun, I don't care!" Terus saja Diego tarik tangan Arissa menuju ke motorbike miliknya.

Dia tak peduli dengan pandangan orang lain atau rontaan Arissa. Dia terus saja heret gadis itu ke hospital yang biasa dia kunjungi.

"Diego! Awak nak bawa saya pergi mana ni?! Saya nak jumpa dengan ibu saya!" Marah Arissa. Dia sudah rasa macam ingin menangis saja sekarang ni.

Diego cengkam pergelangan tangan dia kuat sangat sampai Arissa rasa perit.

"You will meet her soon but buat masa sekarang ni, aku tak akan lepaskan kau dan kau akan ikut cakap aku." Tegas Diego. Dia ketap gigi bila Arissa menolak kasar helmet yang dia hulurkan hingga terjatuh ke atas jalan tar.

"Awak ingat awak siapa ha?! Awak tak ada hak nak buat saya macam ni!" Bentak Arissa. Lebih baik dia berambus saja dari sini! Rimas!

"Dan kau tak ada hak nak mungkir janji dan putuskan hubungan kita tanpa persetujuan aku!" Marah Diego pula.

Suka hati saja Arissa buat keputusan tanpa persetujuan dia. Suka hati saja gadis itu berbahagia selepas apa yang jadi.

"Arissa, kau dengar sini baik-baik. Kalau kau nak jumpa dengan Ibu kau lagi, you better listen to me or else, aku tak akan bagi kau jumpa ibu kau lagi." Ugut Diego. Hanya dengan cara ini saja yang dia dapat ikat Arissa untuk sementara waktu.

"Diego!" Arissa ingin memprotes tapi bila dia lihat pandangan tajam Diego tu buatkan Arissa telan liurnya yang terasa pahit.

"You're not Diego I used to know." Getus Arissa perlahan. Entah kenapa dia rasa kecewa dengan Diego yang dia kenal sekarang ni.

"There's more than meets the eyes, My Arissa. Don't expect the best from your partner when you can't even be the good one." Getus Diego sebelum dia angkat Arissa untuk duduk di atas motorbikenya.

Arissa yang mendengar kata-kata Diego itu terus saja terdiam seribu bahasa.

×××

Ayok, Diego nak jadi red flag sebab Elvis yang ajar hekhekhek

Diego D Angelo | Wattpad Version حيث تعيش القصص. اكتشف الآن