Pulang

50 3 0
                                    

Sudah dua hari Darma dan Arjuna berjalan pulang menyelusuri hutan belantara untuk pulang. Syukur Puteri Baiduri tidak apa-apa. Baginda sudah ditempatkan di tempat khas. Semoga baginda cepat sembuh.

"Ah, aku sudah penat." Rungut Arjuna sambil melabuhkan punggung di bawah sebatang pokok besar.

Darma hanya tersenyum mengiakan. Dia juga sudah kepenatan. Kantung dibelakang diletakkan atas tanah. Satu bungkusan makanan dikeluarkan.

Ada roti dan buah-buahan di dalamnya. Membulat mata  Arjuna melihatnya. Wah, ada makanan! Sejak bila lelaki itu membawa makanan?

"Sejak bila kau bawa makanan? " Dia menjongket kening sambil mengunyah buah.

"Bakawali yang beri untuk bekalan kita tempoh hari."

Puteri Bakawali? Terus lebar sengihan Arjuna. Macam ada sesuatu sahaja ni.

"Eh kau ni! Aku tak ada apa-apalah dengan dia!" Jeling Darma sambil menyumbat roti ke dalam mulut sahabatnya itu.

Baru diam!

"Hff..hff.. Eleh.. Macam aku tak tau..." Dengan susah payah Arjuna mengunyah roti itu. Nasib kau kawan baik aku, kalau tak memang dah kena rembat dah.

Darma hanya menggeleng. Memang dia tak ada apa hubungan pun dengan anak sahabat ayahandanya itu.

"Rugilah kau. Sudahlah cantik, ayu, sopan, lemah lembut. Kalau terlepas pada putera lain, berputih mata kau."

Darma hanya tergelak kecil. Dia baring dan menyilangkan tangan dikepala dan mendongak.

Suasana petang itu sangat baik. Langit cerah membiru tanpa kepulan awan.

"Ah, biarlah. Aku mengembara ini bukan untuk mencari pasangan, tetapi untuk mencari tahu tentang masa silamku yang gelap."

"Eh apa salahnya menyelam sambil minum air? Mesti baginda gembira, kau pulang dengan kebenaran kisah silammu dan juga bakal menantu..hehe.."

"Aduh!"

Arjuna mengaduh apabila kepalanya terasa sengal diketuk dengan ranting kayu.

"Apa yang kau merepek ni!"

"Aduhduh, aku hanya beri cadangan yang bernas sahaja."

"Itu bukan bernas namanya! Itu gatal merenyam!"

Mereka berdua serentak ketawa. Suasana sudah makin gelap, mereka mula mencari kayu api untuk menghidupkan api.

"Kita bermalam di sini?"

Darma hanya mengiakan dan mula mengutip daun kering.

"Esok pagi lepas solat subuh, kita teruskan perjalanan."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now