Crush | Prolog

318 16 3
                                    

PROLOG

2022

CRUSH. Perkataan dari bahasa Inggeris yang bermaksud menghancurkan sesuatu benda. Itu dari segi literalnya. Tapi apa maksud crush untuk menggambarkan rasa suka terhadap seseorang? Crush as in love language? Maksudnya mempunyai satu rasa rindu dan angau yang boleh membawa kepada satu rasa romantik kepada seseorang. Rasa ingin memiliki dan ingin memerhatikan orang yang dipuja secara dekat mahupun jauh.

Ada yang kata, crush ini tak berkekalan kerana mudah berganti. Ya, crush saja pun. Bukan terus dapat dan masuk ke fasa perhubungan sebagai pasangan kekasih. Tapi apa akan jadi bila perasaan itu tak berubah dan tetap utuh sehingga beberapa tahun akan datang? Walaupun orang yang kita crush itu kita tak tahu rupa parasnya setelah sekian lama tidak bertemu.

Bercakap soal hati dan perasaan, hanya dua benda itu yang mampu mengawal rasa suka dan sayang kita kepada seseorang. Boleh jadi hati tidak mahu move on, perasaan tetap mahukan seseorang itu supaya menjadi milik kita. Tahu-tahu jatuh cinta dan membuahkan rasa ingin memiliki.

Namun, takdir Tuhan itu indah. Dia sudah menentukan segala-galanya. Kalaulah takdir kita dengan seseorang itu sudah tertulis, maka terjadilah ia. Kalau tidak, mungkin perlu berdoa agar Tuhan Maha Pengasih mendengar doa kita.

Hmm, mengarut sampai ke situ pula. Hey Hannah Insyirah, kita kan nak definisikan tentang maksud 'crush', kenapa dah melalut ke arah lain? Eh-eh dia ni.

Hannah menggelengkan kepalanya, satu senyuman terukir di bibirnya. Skrin laptop peribadi terbuka software Microsoft Words. Siang tadi dia mendapat tugasan untuk menulis artikel di ruangan Soal Hati terbitan Majalah Si Gadis yang menjadi tempat mencari rezekinya sejak enam bulan yang lalu. Ini semua sebab ketua editornya, Kak Masrina yang mahu dia belajar menulis artikel sendiri kerana sebelum ini dia menjadi protege kepada senior di bahagian editorial majalah tersebut. Sudahnya Hannah memulakan penulisannya selepas selesai makan malam tadi. Sempat juga dia membuka Google untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai topik artikelnya.

Hannah menongkatkan dagunya ke meja kecil yang dikhaskan untuk dia melakukan kerja jika dia malas nak duduk di meja studi yang ada di dalam bilik tidurnya. Lampu kecil khas dinyalakan untuk mengelakkan suasana terlalu gelap, Hannah sedikit takut akan tempat-tempat gelap kerana sejak kecil pernah mempunyai sejarah trauma, dia sanggup tidur bertemankan cahaya lampu dari tidur dalam kegelapan.

Telefon pintar miliknya dicapai dari tepi bantal, skrin telefon dihidupkan. Tiada mesej yang masuk. WhatsApp juga tiada notifikasi baru. Tiba-tiba rasa macam sunyi pula kehidupan sebagai seorang wanita dewasa yang sudah bekerjaya. Hannah melepaskan satu keluhan kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

"Kenapalah nak mengeluh Hannah? Kau kan wanita berkarier? Walaupun tak berjaya macam diinginkan," Ujar Hannah sendirian.

Dia kini sudah berusia 25 tahun, baru saja memulakan langkah di alam pekerjaan. Walaupun agak lari sedikit dengan apa yang dipelajari sewaktu di peringkat universiti tetapi dia bersyukur. Demi sesuap nasi dan secawan air kopi kayangan seperti Starbucks, ZUS Coffee dan jenama rantaian kedai kopi lain yang menjadi kegemarannya, Hannah sanggup menimba pengalaman dalam bidang lain.

Hannah beralih pula ke arah skrin laptop yang sudah gelap. Dia menggerakkan tetikus untuk menghidupkan semula skrin laptop. Dia menutup semula fail dokumen Word sebelum menekan shut down. Cukuplah untuk malam ini. Esok pulalah dia sambung menulis artikel tersebut.

Hannah bangun dari katilnya untuk meregangkan badan setelah lama duduk. Dia berjalan setempat di kawasan bilik sewanya sebelum duduk semula di katil. Jam loceng miliknya yang berwarna merah jambu sudah menunjukkan ke pukul 10:00 malam. Hendak tidur awal? Malam masih muda dan hari ini hari Jumaat malam Sabtu.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now