EIDLAN-LALLAINA | 28

17.7K 1.1K 61
                                    

Kelopak mata dibuka perlahan sebelum tangannya terus naik bertindak mengurut dahinya apabila merasakan kepalanya sedikit berdenyut. Sakit. Dia mula bangun perlahan dari baringnya dengan tangan masih setia mengurut dahinya. Berkerut keningnya apabila dia sudah berjaya menyandarkan tubuh dan kepalanya semakin kuat berdenyut.

Akibat banyak menangis semalam mungkin.

Lallaina mengeluh kecil, Tangannya dialihkan sebelum dia memandang kearah jam yang elok tergantung dibiliknya. Sudah hampir waktu untuk dia pergi kerja.

Dia mula mengesot ketepi, Sakit macam manapun penat macam mana pun dia perlu juga kerja. Tak kerja habis dia kena dengan daddy dia. Lallaina mula berjalan kehujung biliknya tetapi sewaktu lalu dihadapan cermin dia berhenti, Dipandang kosong kelibat dia sendiri dihadapan cermin itu.

Cangkungnya dia. Mata bengkak betul-betul kelihatan menangis teruk.

Nampaknya dia pergi kerja kena pakai cermin matalah ni. Satu Keluhan dilepaskan lagi sebelum dia kembali meneruskan langkahnya untuk kehujung bilik mengambil tualanya. Kepala yang semakin berdenyut dihiraukan. Lain lagi perut dia yang terasa sakit disebabkan dari kemarin tidak makan apa-apa langsung.

Selasai mengambil tualanya Lallaina terus saja menghilangkan diri masuk kedalam bilik air, Paip sinki dihidupkan dan Lallaina menampung tubuhnya disitu sambil menghadap cermin dihadapannya. Terkebil-kebil kini melihat dirinya dipantulan cermin itu.

Lama dalam keadaan begitu sehinggalah sinki tersebut sudah penuh malah airnya sudah mengalir jatuh kebawah, Lallaina perlahan menjatuhkan kepalanya melihat air yang memenuhi sinki tersebut tubuhnya ditegakkan kembali sebelum dia berundur kebelakang perlahan. Dia berundur sehinggalah merasakan belakangnya sudah bertemu dengan dinding bilik airnya. Tidak menunggu lama Lallaina melorot jatuh kebawah, Lutut ditarik merapat sebelum wajahnya dijatuhkan kesitu dan kedua tangannya mengambil alih mengurut dahinya yang semakin kuat berdenyut dan sebelah menjalar menyentuh perutnya sendiri.

Sakit.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan, Berulang Lallaina melakukan itu. Dia kembali mengangkat kepalanya sebelum diturut disandarkan kedinding bilik airnya. Matanya kembali melihat kearah aliran air dari sinkinya itu.

Tangannya sudah mengusap perutnya cuba mengurangkan sakit yang dirasainya sekarang.

Semalam pun dia duduk dalam ni dan kembali melepaskan semua tangisannya dalam ni, Entah pukul berapa dia tertidur yang penting sampai ketengah malam.

Semalam tiada sudah panggilan daripada Eidlan yang selalu mengacau waktu tidurnya, Yang selalu menemani dia sebelum tidur. Inikan panggilan chat apa-apa daripada Eidlan juga sudah tiada.

Dia nak harap apa?

Dia sakitkan lelaki itu, Dia dah kecewakan Eidlan masakan Eidlan masih mahu menghubunginya setelah apa yang sudah dia buat dekat lelaki itu semalam.

Mesti Eidlan tengah kecewa sekarang mungkin juga Eidlan yang selalu menghiburkannya sudah bertukar kepada Eidlan yang membencikannya.

Memikirkan itu Lallaina tersenyum tawar, Malah matanya yang membahang berusaha dikedipkan. Entah kenapa dari semalam saja dia sudah senang mahu menangis, Terpikir pasal Eidlan sikit mesti terasa nak nangis.

Percayalah.

Bukan sebab Eidlan yang selalu ada dengannya bukan juga sebab Eidlan yang selalu berusaha dengannya tapi.

Sebab dia dah mula sayangkan lelaki itu, Mungkin juga cinta. Dia sakitkan Eidlan semalam. Dia turut merasakan sakitnya. Sakit sangat.

Bibir Lallaina tersebik.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now