EIDLAN-LALLAINA | 12

19.2K 1.2K 42
                                    

Lallaina melangkah keluar daripada perut keretanya. Kini dia sudah berada dihadapan syarikat milik keluarganya, Keluar saja terus dia menyerahkan kunci keretanya kearah bodyguard perempuan yang menjadi upahan daddy nya. Seperti biasa gadis itu akan membawa keretanya ketempat parking yang telah disediakan untuknya dibasement syarikat ini.

Matanya hanya memerhati gadis itu yang sudah melangkah memboloskan diri masuk kedalam perut keretanya. Prinsipnya. Hanya gadis ini saja yang dibenarkanya membawa kereta miliknya. Bodyguard lelaki mana pernah dia henarkan.

That's her baby.

Taknak dibawakan oleh lelaki nak perempuan saja. Itupun gadis ini saja yang dia benarkan. After that no more. Nasib baik dia malas nak pusing-pusing kebawah lagi kalau tidak memang dia sorang saja yang merasa naik keretanya itu.

Jujur dia katakan. Tak suka orang sentuh kepunyaan dia. Inikan sentuh berkongsi pun tak suka.

Bad side of Lallaina Chú.

Mengaum kereta kesayangannya itu sebelum meninggalkan dia disitu. Kereta yang sedari tadi mengikuti dia juga turut meninggalkan dia disitu. Hilang saja kesemua kereta itu diruang matanya. Lallaina kembali meneruskan langkahnya yang ingin masuk kedalam syarikat milik keluarganya.

PIN !

Baru berapa langkah Lallaina terhenti apabila secara tiba-tiba gegendang telinga disapa dengan bunyi hon kereta entah siapa-siapa. Tidak menunggu lama terus dia berpusing kebelakang. Tidak semana-mana kening dia berkerut apabila kini matanya sudah dihiasi dengan kereta mewah berjenama mercedes itu.

Erk.

Siapa?

Seakan mahu mengetahui siapa gerangan pemilik kereta itu Lallaina hanya berdiri ditempatnya. Kini jelas kereta mewah tersebut sudah berhenti betul-betul dihadapan syarikat milik keluarganya lebih tepat dihadapannya.

Seketika dia terkelu dan tanpa sedar terundur setapak. Pada saat itu jugalah jantung dia bagai direntap dan kini sudah semakin laju berdegup.

"Hai Assalamualaikum." Ramah suara gerangan tersebut memberi salam sebagai tanda menyapa gadis dihadapannya. Pintu keretanya ditutup lalu dia menyandarkan belakangnya disitu. Tangan naik membuka rayben dan senyuman senget terbit dibibirnya. Tidak cukup itu tangannya naik melipat ke dada bidangnya.

Cool. That's him.

Kelihatan bergaya dan semakin tampan saja dengan posisinya sekarang ini.

Semakin dia menarik satu senyuman apabila melihat gadis dihadapannya yang jelas terkaku malah tidak mengalihkan pandangan daripadanya. Kelihatan raut wajah cantik itu yang terkedu melihatnya.

Eidlan Iskandar.

Gerangan dihadapannya adalah Eidlan Iskandar. Liur ditelan payah. Lallaina seakan hilang arah malah matanya tidak mampu mengalihkan kemana-mana melainkan hanya menatap wajah tampan dihadapannya.

Sumpah dia betul-betul tidak menyangka. Kejadian hari itu baru 2 hari berlalu dan melupakan kejadian itupun belum dia lupakan. Dan sekarang? Tanpa disangka-sangka lelaki ini sudah berada dihadapannya lagi.

"Hey. Lallaina relax." Kedengaran Eidlan yang tergelak kecil. Sumpah lah semakin lama melihat wajah cantik itu semakin menjadi-jadi kerutan diwajah Lallaina. Agaknya terkejut betul melihat dia dekat sini.

Seakan tersedar Lallaina terkebil-kebil. Kini bebola matanya sudah bergerak melihat penampilan jejaka tersebut.

Pilot!

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now