PULANG

146 1 0
                                    

desa sudah mula menyepi
penghuninya melarikan diri
meninggalkan rumah kosong
sunyi
bunga di halaman
sudah mula layu

tiada lagi gelak tawa
tiada lagi gurau senda
yang tinggal hanya sisa
berlabuh pergi tanpa duga
tanda tanya menjadi ketua
kampung halaman
tinggal kenangan

tidak sanggup lagi aku
menahan perit kesakitan
menjelajah tanpa tujuan
petualangan ku ini hanya sia sia
aku mahu pulang
ke ruang hati yang sebenar

sayang
ku kira dirimu itu rumah
tempat berehat ketika penat
tempat mengadu ketika aduh
sambutlah kepulangan ku ini
dengan tangan terbuka
dengan hati yang rela

16/3/2021
7.35 pm

SHAWhere stories live. Discover now