EIDLAN-LALLAINA | 27

Start from the beginning
                                    

Betapa sakitnya hati dia melihat raut wajah dihadapannya. Boleh nampak lelaki dihadapannya jelas tersakiti dengan kata-kata yang baru habis dia lontarkan.

"Laina."

"I tak bersedia lagi, And you know what Eid? I rather to lost you then I lost everything i have right now." Sambung Lallaina lagi, Tidak langsung memberikan peluang untuk Eidlan bercakap malah dia terus menerus menembak lelaki dihadapannya dengan kata-kata yang semestinya mampu menghancurkan sekeping hati orang dihadapannya.

"I'm sorry but." Lallaina menghentikan percakapannya sebelum menelan perlahan liurnya dan dia mengalihkan pandangan kearah lain, Matanya dipejam sekilas cuba menghalang sesuatu. Malah tangannya sudah bergetar akibat cengkaman kuatnya.

Dia melepaskan nafas paling kecil sebelum dia membuka kelopak matanya dan kembali menatap anak mata Eidlan.

"You're the only thing I can throw away Eidlan."

You're the only thing I can throw away.

Terngiang terus kata-kata yang baru dilontarkan Lallaina kepadanya, Jatuh juga akhirnya bahu Eidlan, Bagai dirobek hati dia mendengar kata-kata yang baru Lallaina lepaskan. Hati dia bagai disiat-siat sekarang ini.

Boleh dia rasakan matanya sudah memerah menahan sesuatu. Terdiam dia kini tidak mampu membalas apa-apa. Lagi-lagi melihat wajah tak berperasaan Lallaina semakin sakit dadanya.

"So I'm done here. Jangan datang jumpa I lagi lepas ini. Because I will hate it. Ujar Lallaina lagi lalu dia mula mengundurkan diri, Sempat senyuman nipis dia ukir sebelum dia mula berpusing membelakangkan Eidlan, Pada saat itu juga Lallaina menggigit kuat bawah bibirnya apabila tiba-tiba merasakan tubir matanya membahang, Laju dia berjalan mendekati kereta miliknya.

Eidlan masih terkaku ditempat dia berdiri malah hanya menatap kepergian Lallaina yang sudah berjaya memboloskan diri masuk kedalam kereta. Dia seakan tidak mampu untuk menghalang gadis itu pergi kerana.

Gadis itu telah berjaya menyakiti dia, Mengecewakan dia.

Sakit.

Sumpah sakit sangat.

Merasakan dia sudah memandu terlebih jauh daripada tempat dia tinggalkan Eidlan tadi, Lallaina memberhentikan kereta miliknya secara mengejut sampaikan dia terdorong kecil kehadapan, Pernafasannya dikawal perlahan, Kedua tangannya semakin teruk me...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Merasakan dia sudah memandu terlebih jauh daripada tempat dia tinggalkan Eidlan tadi, Lallaina memberhentikan kereta miliknya secara mengejut sampaikan dia terdorong kecil kehadapan, Pernafasannya dikawal perlahan, Kedua tangannya semakin teruk menggigil, Lallaina menjatuhkan tangannya daripada terus mengawal streng keretanya.

Dia sudah menyandarkan belakangnya dengan mata terpejam rapat, Dan pada saat itu kata-kata yang dia lontarkan semua tadi kepada Eidlan mula masuk kedalam mindanya.

Mata yang terpejam dibuka apabila tiba-tiba merasakan sesuatu mengalir daripada hujung matanya, Tangannya yang menggigil teruk naik perlahan menyentuh hujung matanya.

Lallaina terkedu apabila merasakan basah dijarinya.

D--dia nangis ke sekarang?

Dibawa kehadapan tangannya dan Lallaina terkedip menatap tangannya yang sudah basah, Tiba-tiba dia terasak sesak sebelum dirasakan air matanya semakin deras mengalir malah pandangan dia sudah kabur.

Sekian berapa lama tidak menangis akhirnya hari ini dia tewas.

Boleh ke dia menangis?

Dia cuba menghalang tetapi dia gagal apabila pecah juga esakannya, Semakin kabur penglihatannya dan kini ruangan yang sunyi itu dipenuhi dengan suara tangisannya.

Semakin kuat bayangan wajah Eidlan tadi.

Tuhan.

Betapa kejamnya dia tadi terhadap lelaki itu, Bagaimana dia terus menerus melontarkan kata-kata yang berjaya menghancurkan hati lelaki itu. Malah terngiang raut wajah sayu dan kekecewaan Eidlan tadi.

Semakin mengonggoi Lallaina menangis kedua tangannya naik memeluk streng kereta miliknya sebelum dia menjatuhkan wajahnya ditengah-tengah itu. Bergetar kini seluruh tubuh dia akibat tangisannya yang kian meneruk.

Sumpah demi Allah dia turut sakit dengan perbuatannya tadi, Sakit melihat Eidlan tadi, Lelaki itu mungkin sudah betul-betul kecewa dengannya.

Tergeleng Lallaina.

Kata-kata dia tidak semuanya tidak betul, Hanya mahu menyakiti Eidlan dan membuat lelaki itu membencinya.

Dan dia tahu.

Mungkin dia sudah berjaya.

Eidlan sudah membencinya.

"Ma--maafkan I Eid, I'm tr--truly sorry, I didn't me--mean it. I di--didn't really mean it." Payah suara Lallaina kedengaran, Semakin mengonggoi dia menangis, Dilepaskan semuanya disitu.

Baru kali ini dia sakit menangis begini, Dan dia boleh rasa dengan menangis begini semakin terasa sakitnya tapi dalam masa yang sama terasa dia sudah melepaskan apa yang sedang ditanggungnya.

Dalam tangisannya kini nama Eidlan tidak habis-habis dia seru.

Adakah kehidupan dia akan kembali gelap seperti mana Eidlan belum muncul dalam kehidupannya? Akan dia merasai sekali lagi dunia gelapnya dan merasakan tiada siapa yang berada disisinya melainkan hanya dia dengan segala bayang-bayang hitam mengelilinginya.

Jujur dia sudah tidak mampu lagi ingin merasakannya kembali, Malah mungkin sudah tidak akan sekuat seperti sebelum ini.

Dia tidak inginkan merasakan kehidupan dia itu lagi.

Tapi mampu ke dia?

Mampu ke dia pertahankan orang-orang yang mewarnai kehidupannya untuk kekal bersamanya tanpa mereka berjaya dihancurkan oleh daddy nya.

Tak mampu.

Dan dia tiada pilihan lain.

Malah dia perlu terima dia akan kembali dengan kehidupan lamanya.

Kehidupan tanpa adanya Eidlan lagi.

Eidlan yang selalu ada.

Eidlan yang sudah berjaya membuat dia merasakan dihargai.

Eidlan yang membuat dia merasa disayangi.

Eidlan yang selalu menghiburkannya.

Dan Eidlan yang tidak pernah berputus asa dengannya.

Malah dia sudah menghancurkan orang yang sebaik Eidlan.

Tuhan.

Sesungguhnya.

Dia sudah menyakiti orang sebaik Eidlan

Terbukti bahawa dia betul-betul tidak layak bersama Eidlan.

Tbc

Mengapa tuhan pertemukan kita yang tak mungkin menyatu~~~

Wkwkwk

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now