𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟓

Začít od začátku
                                    

Aku menjadi musyikil. Adakah Theo?

"Aunty ingat number plate tak? naik motor atau kereta?"

"Kalau number plate tu tidak ingat, yang aunty tahu dia datang dengan kereta model vios, warna hitam."

Refleks mataku membulat besar. Teringat akan kejadian beberapa bulan lalu, Afiera pernah bertanya mengenai perihal kemunculan kereta asing yang selalu terpacak di depan rumah sewa kita orang dulu. Qaswar pun pernah tegur sewaktu hari dia hantar aku balik dari Force. Persoalannya, kenapa orang itu cari aku? kenapa selalu depan rumah?

"Rissa dengar tak ni?"

Lamunanku terhenti. Lambat lambat aku ukir senyum paksa. Hati sudah dilanda kerisauan. Allahu..

"Mungkin Rissa dah lupa.. em tapi aunty ada bagitau apa apa kat orang tu?" Soalku ingin tahu.

Dalam hati berharap aunty ika tidak memberi tahu apa apa maklumat, Mahunya stalker, nauzbillah!

"Ada, aunty tak tahu tempat kerja Rissa kat mana tapi kedai bunga Fira aunty tahu. Jadi aunty suruh orang tu pergi jumpa Fira aje, takut penting kan. Itu yang aunty bagitahu aje." Boleh tak aku menangis sekarang ini???

Takut.

Aku terdiam berfikir.

Macam mana kalau... astaghfirullah! aku mengucap laju. Tak boleh buruk sangka! mungkin betul orang itu adalah kawan lama aku.

Yea.. kawan lama.

TOK! Tok! Tok!

"Come in."

Haedi melangkah masuk ke dalam bilik kerja Qaswar dengan tenang. Tanpa dipelawa gadis berambut lepas itu terus mengambil tempat dihadapan Qaswar. Haedi melihat sekeliling, takut kantoi seperti sebelum ini.

Oh.. kosong!

Line clear.

Haedi hela nafas pendek.

Menatap wajah Qaswar sebelum mula berbicara.

"Can we start it? " Soal Haedi lembut.

Angguk.

"Straight to the point." Datar Qaswar.

Haedi angkat bahu saja.

"Kau dah tengok envelope yang aku bagi sebelum ini?"

Qaswar menjatuhkan kepala. Envelope pemberian Haedi beberapa hari lalu disorongkan kedepan.

Qaswar diam. Menyandarkan tubuh pada kerusi empuk yang dia duduki seraya menatap Haedi yang membelek envelope yang dia hulurkan tadi.

"Aku tahu kau tak boleh sesuka hati ambik kes umum, tapi aku harap sangat yang kau jangan bertindak melulu. Aku boleh jamin keadaan masih terkawal, tapi.." Haedi berjeda seraya mengangkat kepalanya.

Pasang mata hitam miliknya bersambung dengan mata light brown yang sedia menatap dirinya. Tampak jelas yang muka lelaki dihadapanya itu kelihatan kusut.

Sekali Haedi melarikan pandangan. Bergetar jiwa gue.

"Eugh! nevermind. Everything still under control. Kau cuma tunggu dan lihat. Fokus dengan kerja kau, yang ini." Sampul coklat itu diangkat sekali. "Biar aku yang handle."

Qaswar mengaru hujung kening bersama anggukan.

Di sudut hati, otaknya ligat menghadam bait kata Haedi sebentar tadi. Betul! itu bukan bidang tugasnya. Dia berkhidmat mengikut protokol syarikat. Hanya bertindak berdasarkan langganan keselamatan yang terdaftar. Mahupun berkerjasama dengan dengan kepolisian negara, pihak mereka wajib ada perjanjian kerjasama mengikut persetujuan daripada kedua dua belah pihak. Kalau bertindak untuk mencari maklumat mungkin boleh, tetapi untuk menyerang penjenayah sudah pasti tidak. Silap hari bulan dia yang kena hadap mahkamah. Kerana melanggar protokol.

HELLO QASWARKde žijí příběhy. Začni objevovat