"Oh ya Trimple" Panggil Daniel

Trimple menoleh. "Jangan khianati aku"

Trimple tersenyum sinis. Terus melangkah masuk ke dalam portal dimensi yang telah dibuka.

Marviel mengangkat keningnya. Dia agak terkesima dengan respon Trimple.

"Mmm... Trimple tak merengus hari ni."

Daniel tersenyum. Dia membuka pintu dimensi sekali lagi.

+_=

"Bandar altos?" ujar Marviel setelah melihat keadaan sekeliling. Bandar yang terletak di dunia elf. Bandar Altos terkenal gelaran Bandar tersembunyi. Sebab Bandar itu merupakan cela bagi dunia Elf kerana reputasi jenayah yang tinggi. Sepastinya tempat sebegitu ramai peniaga haram.

"Yup," Daniel mengangguk. "Kita perlukan darah Bloody Wolf. Bahan posyen untuk jubah"

Marviel mengangguk. Walaupun dia tidak mempelajari ilmu posyen tetapi dia tahu, kebanyakan posyen yang digunakan ke atas benda bukan hidup selalunya bersifat sementara.

Daniel berhenti melangkah. Marviel memandang Daniel dengan hairan. Wajah sahabatnya kelihatan teganng.

Tanpa berkata apa-apa, Daniel menarik tangan Marviel dan mula berlari. Marviel tanpa banyak soal cuma mengikut rentak Daniel.

"Jangan pandang belakang" ujar Daniel. Dia pantas melarang apabila Marviel cuba mengenal pasti keadaan.

Belum sempat Marviel berfikir panjang, anak panah meluncur laju, sipi-sipi mengenanya.

Kini Marviel tahu yang mereka dikejar oleh seseorang. Panik menyerangnya. Dia tidak pernah dikejar sebegitu. Biarpun dia selalu mengikut Daryan mengejar penjenayah. Tetapi dia tidak pernah menjadi sasaran.

Daniel menyedari kegusaran sahabatnya. Melalui sentuhan, dia mengetahui dengupan Marviel semakin tidak teratur.

Daniel menggigit jarinya sehingga berdarah. Darah itu disapunya ke badan Marviel.

Daniel yang mengembalai arah tuju mereka, memasuki ke lorong sepi. Dia pantas menyeru pintu portal, dan pantas menolak Marviel ke lorong lain, titik buta bagi penyerang mereka.

Tubuh Marviel berputar hilang dari pandangan. Memang itu salah satu cara yang salah untuk membuka portal sebab orang yang disapu dengan darah akan mengalami simptom mabuk, migrain dan sewaktunya,sangat tidak ideal untuk berteleportasi. Tetapi kali itu Daniel tiada pilihan.

Daniel menarik kertas pentagramnya, dia meletupkan kawasan sekitar sebelum melompat dan menyeru pentagram terbang. Letupan itu mematahkan beberapa penyerangnya yang tidak menjangka serangannya tetapi tidak salah seorang dari mereka

Penyerang itu lebih bijak dari yang lain bahkan dia juga melakukan perkara sama dengan mewujudkan pentagram terbang.

Sihir pentagramnya dipatahkan menyebabkan Daniel mendarat dibangunan terdekat. Ada hikmahnya dia sering menggunakan posyen pengubah muka, Daniel menarik topeng mukanya lantas melontar ke arah penyerangnya sebelum meletup. Ya, dia banyak menyimpan sejata pada tubuhnya.

Penyerangnya bijak mengunakan sihir pelindung.

Daniel pantas menggunakan sihir pentagram untuk menyerang. Namun penyerangnya menggunakan sihir tongkat mematahkan satu demi satu pentagram yang melayang.

Daniel menarik juga tongkatnya. Dia menyeru sihir serang balas tepat pada waktu penyerang membuat perkara yang sama.

Masing-masing teguh mempertahankan sihir masing-masing. Dari tentangan itu Daniel dapat menganalisi penyerangnya.

Penyerangnya adalah lelaki dan susuk tubuhnya lebih kurang sama saiz dengannya. Walaupun bertopeng, dia dapat rasakan penyerang itu tidaklah setua mana. Serangannya masih naif dan ada kala sihirnya agak rapuh.

Daniel membuka kecil lubang portal, dia menghantar pentagram menyerang belakang lelaki itu.

Lelaki itu tiba-tiba menguatkan serangannya, memutuskan kedua-dua sihir dan dia pantas menoleh mematahkan sihir pentagram Daniel.

Daniel terkesima. Bagaimana lelaki itu tahu serangan hendapnya.

Lelaki itu mengambil kesempatan dengan keadaan itu, pantas menyerang lagi.

Daniel yang lambat tersedar, cuma dapat mengelak sedikit. Cukup untuk melindungi anggota penting. Darah yang mengalir di bahunya, dia sapu. Dia menyeru lebih kurang 7 hingga 8 pentagram menyerang dan menghantar ke portal berlainan untuk menyerang lelaki itu dari pelbagai arah yang tidak diketahui.

Daniel memerhati situasi itu sebelum dia melompat ke demensi lain.

Dalam kegelapan demensi antara dimensi. Daniel memasuki bilik utamanya di Featherave. Marviel yang terpinga-pinga menunggu dibilik itu terkejut dengan kehadiran Daniel yang cedera.

Dalam banyak-banyak serangannya, hanya dua mengena lelaki itu. Itu pun, serangannya tidak mengena mana-mana anggota penting. Lebih mengejutkannya, lelaki itu tidak terkejut pun dengan serangan sebegitu. Seolah-olah...

"Daniel!"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now