"Tadi nuna terpijak remote tu." Minha menunjukkan remote yang berada diatas lantai itu.

"Okay, biar Hae yang buat. Nuna, jangan lupa bernafas." Minha hanya membalas dengan jelingan.

Haerim mengambil remote itu lalu menyelongkar semua rakaman yang ada di dalam tv itu. Minha duduk diatas sofa yang masih terdapat tompokan darah yang sudah kering itu. Air matanya yang hampir kering dilap menggunakan lengan baju.

Dia hanya melihat Haerim yang masih struggle mencari apa yang mereka perlukan.

"Nuna, I found it." Setelah lama menunggu akhirnya Haerim sudah menjumpai rakaman itu.

Minha cepat-cepat memandang televisyen itu. Tanpa menunggu lagi Haerim terus memainkan rakaman cctv pada hari Puaan Bae dibunuh.

Haerim terpaksa fast forward rakaman itu kerana tiada apa-apa yang aneh berlaku pada mulanya. Setelah sekian lama menunggu kelihatan Puan Bae bersama-sama dengan Kevin duduk diruang tamu. Berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tidak menunggu lama bermulalah aksi kejar-mengejar antara Kevin dan Puan Bae. Tanpa belas kasihan Kevin menikam Puan Bae sehingga dia tak mampu melawan lagi.

Minha menutup matanya, tak mampu melihat rakaman tersebut. Firasatnya betul, memang Kevin yang bersalah. Jantungnya berdegup kencang, kalau Kevin ada dihadapannya, memang dah lama arwah manusia itu.

"Nuna, tunggu sini Hae nak ambik pendrive dalam kereta then kita sama-sama bawak rakaman ni pergi balai secepat mungkin."

ଘ♡ଓ

"Hae lambat lagi ke?"

"File ni besar sangat, jadi kena tunggu lama sikit."
Minha menongkat dagunya. Jam di dinding ditilik lagi. Sudah menunjukkan 7:34 pagi. Selagi dia tak muncul depan balai polis dia tak akan tenang. Jarum jam pada waktu itu laju sahaja bergerak.

"Hukuman Jacob hyung bila?"

"Kalau tak silap rasanya pukul sembilan."

"Entah sempat ke tak..." Minha tergelak kecil, fikirannya betul-betul dah barai. Tak mampu nak tenangkan diri. Dia menangis sekali lagi.

"Nunaaa..." Haerim duduk disebelah Minha.

"I'm sorry I can't control myself." Minha mengelap air matanya, kerjanya nangis je. Sikit-sikit nangis.

"It's okay, kita mesti sempat punya." Haerim menggengam erat tangan Minha. Minha hanya mengangguk perlahan. Pandangannya hanya dihalakan pada kakinya yang bersarumg stokin putih.

"Nuna dah siap, kaja!" Haerim bangun dari sofa lalu mencabut pendrive yang disambungkan pada televisyen itu.

Minha menghembus nafas lega. Kunci keretanya diambil dan dia belari keluar dari rumah itu. Tanpa menunggu Haerim yang menutup semua lampu dan kipas, Minha terus cuba menghidupkan keretanya itu.

Dua tiga kali dia cuba hidupkan kereta, tapi tak berjaya.

"Nuna wae?"

"Nuna tak tahu, dari tadi cuba hidupka-"

"Minyak habiss!!" Minha menangis lagi. Penat sudah dia dengan semua benda ni. Kepalanya dilentokkan pada stereng kereta.

Haerim yang berada ditempay duduk penumpang gelabah. Dia tak kan sempat sampai kat balai tepat pada masa kalau macam ni. Jam sudah menunjukkan pukul 8:05. Kalau tunggu Taxi pun belum tentu sempat sampai.

"Okay nuna calm down. Kita mesti sempat punya mungkin ada alternatif lain." Haerim cuba tenangkan Minha yang sudah menangis-nangis itu.

"Howw?"

"Phone nuna mana kita boleh email kat diorang je."

"Habis bateri."

"Ouh." Balas Haerim perlahan. Otaknya pun sudah stuck. Tak tahu apa lagi yang perlu mereka lakukan.

"KENAPALAH AKU TAK BAWAK LAPTOP AKU NI EYY GERAMNYA AKU!"

Haerim keluar dari kereta Minha.

Dia menunduk sambil mengusut-ngusutkan rambutnya.

"Nak buat apa ni?" Soal haerim sambil memandang sekeliling.

Pandangnnya terhala pada satu objek. Dia tersenyum gembira.

"NUNA!" Panggil Haerim. Minha hanya memandang Haerim tanpa bersuara. Dia dah tak mampu nak bercakap pada waktu itu.

"Ada basikal!"

ଘ tbc ଓ

guys sorry kalau banyak sangat typo, sumpa bukan minha je barai aku pun barai jugak aargjejj ffuh seteresh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

guys sorry kalau banyak sangat typo, sumpa bukan minha je barai aku pun barai jugak aargjejj ffuh seteresh

badcobWhere stories live. Discover now