17.

52 14 41
                                    

author's

"HAEEE!!" Haerim yang sedang ralit menonton televisyen itu terkejut. Terbatuk-batuk dia apabila popcorn yang masih bersisa di dalam mulut tersekat dikerongkongnya.

"Nuna kenapa nii??" Haerim memandang kearah pintu utama rumah. Dadanya ditepuk-tepuk.

'Nasib baik aku tak mati.'

"KITA TAK ADA MASA DA HAE JOM IKUT NUNA!!" Minha terus menarik tangan Haerim, mengheretnya keluar dari rumah tanpa dia sempat mematikan televisyen.

"Kalau ya pun bagilah Hae tutup tv dulu, nanti eomma marah!" Haerim cuba masuk kedalam rumah semula, tetapi ditahan Minha.

"Kita dah takde masa Hae..." Air mata Minha mengalir. "Pleaseee..."

Haerim sudah gelabah. Boleh pulak Minha ni menangis kat sini.

"Okay nuna, listen. Hae tak tahu apa yang jadi and mana nuna nak bawak Hae tapi sekarang bagi Hae tutup tv dulu kunci pintu rumah apa semua, Can I?" Ujar Haerim lembut, cuba untuk tidak bergaduh dengan Minha yang masih menangis-nangis itu.

Minha hanya mengangguk perlahan.

Haerim menepuk perlahan bahu Minha sebelum masuk ke dalam rumah, mematikan suis televisyen dan mengunci pintu rumah.

"Nah, ambil ni. Kita pergi rumah Jacob sekarang jugak!" Ujar Minha sambil menghulurkan kunci kereta kepada Haerim.

"Whyy?"

"Pleaseee..."

"Okay."

ଘ♡ଓ

"Nuna kita buat apa kat sini?" Soal Haerim sebaik sahaja mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Nuna kenapa nuna nangis lagi ni?" Haerim segera mendapatkan Minha yang sudah teresak-esak menangis.

"Whyy?"

"Jacob tu sumpah bebal." Minha mengesat air matanya yang masih lagi mengalir. Nafasnya naik turun, menahan diri dari marah. Kedua tangannya digenggam erat.

"Nuna..."

"THAT ********* SUMPAH BEBAL NAK MAMPOS!" Laung Minha sebelum menghentak-hentakkan kakinya. Minha menghembus nafas berat sebelum memasuki rumah keluarga Bae yang kelihatan tidak terurus itu.

"Jantan tu memang bebal..." Haerim hanya mengikuti Minha dari belakang. Terhinjut-hinjit bahu Minha menahan dirinya daripada menangis lagi.

Haerim memegang kedua bahu Minha sebelum memusingkan badan Minha supaya menghadapnya.
"Nuna can you tell me kenapa kita kat sini?"

Minha mengelap air matanya yang bersisa dipipi. Dia menelan air liurnya sebelum menghembus nafas.

"Jacob."

"Dia baru bagitahu nuna yang..."

"...rumah dia ada cctv." Ujar Minha sebelum mengetap bibirnya. Mata Haerim membulat.

"Betul ke nuna? Kat mana?"

"SUMPAH ********!" Carut Minha sebelum menumbuk-numbuk dada Haerim.

badcobWhere stories live. Discover now