14.

38 13 16
                                    

author's

"Eomma, Minha pergi dulu!" Minha terus berlari menuju ke pintu utama rumah. Belum sempat memegang tombol pintu namanya dipanggil Tuan Yoo.

"Yoo Minha." Minha memusingkan badannya. Kelihatan Tuan Yoo sedang berjalan menuruni anak tangga sambil tangannya memegang kemas telefon pintar.

Minha hanya memandang pelik kearah Tuan Yoo. "Kenapa appa?"

"Sampai bila kamu nak melawat budak bermasalah tu?" Minha mengetap bibir. Rahsianya dah bocor.

Dia menunduk, memandang lantai rumahnya.

"Mulai hari ini, appa taknak kamu jumpa budak tu!" Bahu Minha terhinjut dek jerkahan Tuan Yoo. Tanpa berfikir panjang, Minha terus keluar dari rumah tersebut.

"Yoo Minha!"

ଘ♡ଓ

"Itu sahaja hujah saya Yang Arif." Ujar Peguam Kim. Jacob hanya bermain-main dengan pen merah yang berada di tangannya. Tidak ambil kisah dengan apa-apa yang dibahaskan oleh peguam-peguam tersebut.

Dia sudah buat keputusan. Tiada apa lagi yang perlu dia pertahankan.

"Tertuduh Bae Joonyoung." Sebaik sahaja namanya dipanggil, Jacob terus bangkit dari kerusinya dan duduk ditempat saksi.

"Soalan terakhir untuk kamu." Ujar Peguam Kim sambil memandang sinis kearah Jacob. Jacob hanya memandang Peguam Kim tanpa reaksi.

Dia sudah penat dengan semua ini.

"Bae Joonyoung, adakah kamu yang membunuh Puan Bae Joori?" Jacob hanya mendiamkan diri. Dia memandang sekeliling kawasan seolah-olah tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Peguam Kim.

"Tertuduh Bae Joonyoung, sila jawab soalan saya." Peguam Kim berkata dengan nada suara menahan marah. Jacob tersenyum sinis sebelum tergelak kecil.

"Bae Joonyoung sila jaga tingkah-laku dalam mahkamah!"

"Okay." Balas Jacob sebelum membaiki postur duduknya dan memandang tepat ke dalam anak mata Peguam Kim.

"Tertuduh Bae Joonyoung, adakah kamu yang membunuh Puan Bae Joori?" Peguam Kim menyoal Jacob sekali lagi. Tanpa teragak-agak Jacob Jacob merapatkan bibirnya ke mic yang berada diatas meja itu.

"Ya."

Suara para hadirin yang berada dalam mahkamah itu memecahkan suasana sunyi di dalam mahkamah itu.

"Aku dah kata dia yang bunuh mak dia!"

"Anak tak kenang budi!"

"Oh my oh my god!"

"Para hadirin sila senyap." Tukul kayu diketuk dua kali membuatkan semua hadirin mendiamkan diri. Suasana mahkamah kembali sunyi, seperti sedia kala.

"Keputusan akan dikeluarkan pada jam tiga petang."

ଘ♡ଓ


"Tertuduh Bae Joonyoung telah didapati bersalah dalam kes ini. Dengan ini, Bae Joonyoung akan dijatuhkan gatung sampai mati."

ttok ttok.

Hampir kesemua hadirin yang menonton perbicaraan itu bersorak, gembira dengan keputusan muktamad hakim.

Minha hanya menunduk sambil bermain-main dengan jarinya. Haerim yang berada disebelah Minha menekup mulutnya tidak percaya dengan apa yang terjadi ketika itu.

Jacob yang berada disebelah Peguam Lee hanya tersenyum kecil.

"Maafkan saya, saya dah cuba sebaik mungkin untuk tolong kamu." Peguam Lee menundukkan badannya sebaik sahaj mereka keluar dari mahkamah itu.

"Terima kasih sebab sudi tolong saya." Ujar Jacob sambil mengukir senyuman kepada Peguam Lee.

Peguam Lee mengukir senyuman tipis. "Saya tahu kamu orang yang baik, walaupun apa-apa yang jadi, teruskan jadi baik." Peguam Lee menepuk bahu Jacob.

Jacob hanya membalas dengan senyuman.

"Saya minta diri dulu." Jacob menunduk hormat pada Peguam Lee untuk kali terakhir sebelum dirinya dibawa pergi oleh pegawai yang mengawalnya dari tadi.

ଘ♡ଓ

"Kau tak penat ke hari-hari jenguk aku?" Soal Jacob kepada Minha yang hanya menayangkan wajah muramnya sejak dia muncul disitu.

"Kenapa kau mengaku yang kau buat benda tu?" Soal Minha, nada suaranya tinggi tapi masih dikawal.

Jacob tergelak kecil sambil menggeleng perlahan kepalanya. "Because I did it?" Balas Jacob membuatkan Minha mengeluh perlahan.


"Kau tipu."

"Macam mana kalau memang aku yang bunuh dia?" Soal Jacob, anak matanya memandang tepat kedalam anak mata Minha.

"No... You don't." Minha menunduk, tak mampu berbalas pandangan dengan Jacob.

"Apa yang buat kau percaya sangat kat aku?"

"Your love for her. You'll never did that to her. You can't even hurt her. I believe you. Pergilah mana-mana pun, you always talk about her. How she treat you, how she take care of you."

"You won't hurt someone you love." Sambung Minha lagi sambil memandang Jacob dengan mata yang berair.

Jacob menunduk.

"But that's not enough untuk buktikan aku tak bersalah." Jacob berkata perlahan. Minha hanya mendiamkan diri.


"Kau tak nak cakap pasal Kevin?" Soal Minha secara tiba-tiba. Jacob memandang Minha.

"Kevin?"

"Yeah, dia tipu kan masa peguam tu soal dia?" Minha menyoal kembali.

"Macam mana kau tahu?"

"Your reaction, plus dia aneh." Jawab Minha sambil bermain-main dengan wayar telefon itu.

"Kenapa aku rasa dia buat semua ni?" Soal Minha lagi tanpa memandang Jacob, masih fokus pada wayar telefon yang hampir terbelit.

"Cukuplah Minha, mungkin dia menipu sebab dia takut. Lagipun untuk apa dia buat semua ni?" Kata Jacob. Nada suaranya semakin perlahan.

Minha hanya mendiamkan diri. Fikirannya ligat memikirkan cara untuk membuatkan Jacob percaya akan firasat anehnya ini.

"Tapi, kau tak rasa dia tu-"


"Eomma love him too, ain't no way he would kill someone who loves him." Jacob terus menjawab. Riak mukanya jelas menunjukkan dia penat dengan masalah yang tiada penyelesaiannya ini.

"Ada kemungkinan." Jacob mengeluh perlahan. Keras kepala betul manusia dihadapannya.

"Let's just stop. I already accept my fate."


ଘ tbc ଓ

badcobWhere stories live. Discover now