Ditembak

64 2 0
                                    

Drttt!

Pesanan ringkas masuk. Sambil memandu, Edric membuka handfonnya.

"Azra" serunya kaget. Dia membuka lokasi yang diberikan isterinya. Dalam masa yang sama, dia menghubungi pihak polis dan memberitahu lokasi dimana Azra berada.

Edric memandu laju melintasi sempadan Istanbul. Dia perlu bergegas kesana seberapa segera. Dia tahu tahap kemampuan Ilhan bagaimana. Dia tidak mahu Azra di apa-apakan.

Edric tiba di sebuah rumah ladang. Dia melompat turun dari MPVnya dan berlari ke arah lokasi handfone Azra.

Edric masuk ke kawasan gudang. Dia menjelajah ke seluruh kawasan, tiada sesiapa. Seketika matanya tertancap pada satu objek yang tergeletak di atas tanah, handfone Azra. Edric mengambil lalu melihatnya. Skrin handfone Azra retak tapi mujur sahaja handfonnya masih berfungsi.

Edric berlari keluar dan meninjau ke seluruh kawasan. Dia melangkah ke arah sebuah rumah penginapan. Perlahan dia cuba berjalan menghampiri jendela dan mengintai ke dalam.

"Aarggh, lepas!"

"Azra" panggilnya perlahan. Edric mencari pintu masuk.

"Ilhan, jangan! Argh!" Azra menolak tubuh Ilhan dengan kedua tangannya.
Kudrat Ilhan terlalu kuat sehingga tidak sedikit pun tubuh lelaki itu berganjak dari terus menindih tubuhnya.

Prakk!!! Baju Azra dikoyaknya sehingga mendedahkan dada Azra yang masih berselindung di sebalik bra.

"Kau memang setan, Ilhan!" Bentak Azra sambil menumbuk-numbuk tubuh Ilhan kuat.

Ilhan bertindak mencengkam kedua tangan Azra lalu diangkat diatas kepala Azra. Tangan Azra terkunci dengan ikatan tangan Ilhan yang kuat. Satu tangannya lincah menanggalkan butang kemejanya.

"Setan kau Ilhan!!" Satu tumbukkan singgah di wajah Ilhan. Tubuh Ilhan jatuh ke lantai.

Azra lantas bangun, bersandar di kepala katil. Dia menarik bajunya lalu menutup bahagian tubuhnya yang terbuka. Wajah Azra yang ketakutan tadi sedikit mereda saat melihat Edric ada disitu.

Ilhan bangun. Edric sudah bersedia menerima pukulan dari Ilhan. Ilhan melayangkan pukulannya ke wajah Edric dengan pantas Edric mengelak dan Edric menyiku perut Ilhan kuat sehingga tubuhnya terbentur, membongkok menahan kesakitan.

"Errghhhh" erang Ilhan sambil memegang perutnya.

"Tak guna kau Edric. Kau jangan ingat yang kau akan lepas dari aku" Ilhan berlari ke arah Edric. Tumbukkannya sekali lagi melayang ke arah Edric. Edric sekali lagi mengelak lalu menendang tubuh Ilhan dari belakang sehingga tubuhnya tersungkur ke lantai.

Edric menerkam lalu menumbuk wajah Ilhan bertubi-tubi.

"Edric, sudah!" Jerit Azra

Edric tersedar. Dia lantas bangun dan berlari ke arah Azra. Tubuh Azra dipeluknya erat.

"Sayang ok tak ni, hurm?" Edric memandang ke seluruh tubuh isterinya. Kemudian dia menatap ke wajah Azra yang lebam dan luka. Perlahan tangannya menyentuh wajah Azra.

"Arkh!" Azra mengerang sakit saat Edric menyentuh wajahnya.

"Thank God" Edric memeluk Azra erat ke dalam dakapannya. Azra rasa tenang saat berada dalam pelukkan Edric. Matanya terpejam rapat.

Perlahan matanya terbuka. Azra terbeliak memandang Ilhan yang bangun lalu mengacukan pistol ke arah Edric.

"Ilhan, jangan!!!!!" Jerit Azra lantang.

Duar!!!

Keadaan jadi hening seketika. Telinga Azra berdesing dan gegendang telinganya terasa mahu pecah akibat tembakkan yang dilepaskan.

Endless LoveWhere stories live. Discover now