Menerima

121 2 0
                                    

"ben geldim (I'm coming)" Sapa Ece yang baru pulang dari kerja. Sudah seminggu dia berkerja di tempat baru.

Dia meletakkan tas tangannya lalu duduk di sofa berhampiran Azra.

Azra leka menonton tv sambil mengunyah kuaci.

"Merhaba" Huri pula muncul di muka pintu hadapan.
"Merhaba" Sapa Ece dan Azra serentak.

"Azra, kau nak tahu siapa yang datang kat ofis aku tadi?" Azra menjungkit bahu.

"Ish, kau teka la siapa yang datang kat ofis aku tadi.." geram Ece yang melihat Azra begitu acuh tak acuh.

"Aytac Sasmaz" teka Azra.

"Kau ni.. Aytac Sasmaz tu selebriti. Yang datang kat ofis aku tu bukan selebriti" omel Ece geram dengan sikap Azra yang tak serius.

"Manalah aku tahu" Azra malas untuk meneka. Dia sendiri pun tidak tahu siapa yang datang ke ofis Ece kalau Ece tidak memberitahunya.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Huri menghampiri Azra dan Ece di sofa. Dia duduk di sebelah Azra.

"Kau tahu, tadi Ilhan dan Ezgi datang ke ofis aku. Dia nampak aku je, terus dia tanya pasal kau." Mata Azra terbeliak.

"Habis, kau cakap tak?" Tanya Azra tidak sabar.

"Memang taklah! Azra, satu lagi aku nak beritahu kau.. baru-baru ni bos aku ada tanya pada semua staff kalau-kalau ada yang kenal dengan event planner. Aku petik la nama kau, sorry.. Sekarang, bos aku nak hire kau untuk event bulan depan. Sorry Azra..aku tak tahu yang Ilhan dan Ezgi akan ikut sama" rengek Ece rasa bersalah.

Azra memicit kepalanya.
"Aku rasa, lebih baik kau cari event planner yang lain." Ujar Azra. Dia tidak mahu bertemu dengan Ilhan lagi.

Azra bangun. Namun Ece dengan pantas menarik tangan Azra, lalu Azra terjatuh semula di atas sofa.

"Ala Azra.. kau tak kesiankan aku ke? Apa bos aku cakap nanti. Please.." rayu Ece bersungguh-sungguh.

"Azra, semalam kau cakap Edric mintak kau berlakon jadi kekasih dia kan? Ok, apa kata kau pulak minta Edric untuk berlakon jadi kekasih kau." Cadang Huri mula mencelah.

"No, no.. Aku pun tak terima permintaan dia, macam mana dia nak terima permintaan aku?" Idea Huri memang tak masuk akal.

"Kau terima jelah pelawaan Edric tu. Edric tu dah la hensem. Aku pasti, Ilhan pasti cemburu bila lihat kau dengan Edric." Ece bangun lalu duduk di sebelah Huri.

"Aku tak sangka, aku ada kawan yang bijak" Ece mencubit kedua belah pipi Huri.

"Kan, idea aku bernas kan!?" Ujar Huri gembira bila Ece menyokong cadangannya.

"Kau ni Ece, kau bukan saja menyusahkan diri kau saja, tapi kau libatkan aku dengan Edric" geram Azra lantas berlalu masuk ke dalam bilik.

"Azra, sorry!!!" Jerit Ece sambil mencebirkan bibirnya.

..

Azra masuk kerja seperti biasa.

"Azra. Kau dah nak balik ke?" Azra mengangguk sambil tangannya ligat mengemas semua buku-buku di atas meja kerjanya. Dia mengambil tas tangan lalu digalasnya pada bahu kanan.

"Jom kita pergi minum dulu nak? Dah lama kita tak minum sama-sama" ajak Fatos.

"Boleh juga."

Mereka singgah di sebuah cafe. Azra hanya memesan cappuccino.

Dalam ligat berborak mengenai hal falkulti,

"Dah lama tunggu?" Sapa Tarik yang sudah berdiri di sebelah Fatos.

Endless LoveWhere stories live. Discover now