Pembelot

48 2 0
                                    

Sudah sebulan Azra berkerja di Filiya. Dia semakin sibuk menguruskan projek terbarunya bersama beberapa orang pekerjanya.

"Puan Azra, elok kalau kita masukkan elemen kecantikan. Yelah, wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Kalau kita sebut saja kecantikan, orang akan membayangkan sesuatu terhadap seorang wanita. Kalau kita guna elemen ni, mungkin kita akan berjaya" Lara cuba memberi pendapat. Semua yang berada di ruangan bilik mensyuarat mengangguk setuju.

"Maksud kamu? Kecantikan ni subjektif. Banyak yang boleh kita ambil kalau melibatkan topik kecantikan ni. Contohnya supliment, skincare, makeup, fesyen." Azra bersuara selaku ketua.

"Apa kata kalau kita pilih fesyen?" Celine cuba memberi cadangan.
"Wanita dan fesyen berpisah tiada. Tambah lagi kalau melibatkan beg tangan berjenama, kasut, jam tangan, kaca mata hitam..banyak kalau kita nak ambil nih" tambahnya lagi sambil tersengih.

"Bagus jugak cadangan tu Celine. Yang lain?" Tanya Azra seraya memandang ke arah pekerjanya yang lain.

"Makeup, Puan" Sinan bersuara lantang. Semua mata memandang kearahnya.
Sinan terkedu. Dia sekadar memberi pendapat, salahkah? Dia akui, wanita dan makeup tidak boleh dipisahkan. Jadi, tak silaplah jika dia memberi pendapat yang sedemikian, kan?

Kesemua mereka ketawa melihat riaksi Sinan yang tiba-tiba terdiam.

"Bagus, Sinan. Saya tertarik dengan pendapat awak" ujar Azra menyokong pendapat Sinan.
Lelaki itu menegakkan tubuhnya lantas kedua tangannya ligat membetulkan kolar bajunya. Dia rasa bertuah kerana pendapatnya tadi mendapat pujian dari Azra.

"Ada cadangan lain?" Tanya Azra lagi.

Yang lain terdiam.

"Baiklah. Sekarang, saya nak undian dari kamu semua." Azra mengangkat kotak kecil yang berada dihadapannya.

"Di sini saya dah sediakan kotak. Saya nak kamu buat undian, pilih iklan yang sesuai yang melambangkan kecantikan seorang wanita. Kita akan teruskan projek kita yang seterusnya setelah kita memilih undian yang paling tinggi." Azra menilik jam tag Heuer ditangan kirinya.

"Kita rehat sekejap. Dalam masa 5 minit, semua berkumpul disini pula. Kita lihat keputusan undian. Ingat ya, undian ni rahsia. Dilarang membuat perbincangan." Tekan Azra tegas.

"Baik Puan" kesemua mereka keluar. Masing-masing sudah punya pilihan. Mereka hanya perlu menulis pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam kotak.

5 minit kemudian,

Semua pekerja sudah siap menunggu Azra di ruangan bilik mensyuarat.

"Baiklah, kamu semua dah bersedia?" Tanya Azra seraya memandang ke arah 6 orang pekerjanya.

"Sedia Puan" balas Sinan yang sudah tidak sabar. Dia yakin, dia akan menang.

"Baiklah. Saya akan mengira keputusan undian sekarang"
Azra membuka kotak lalu mengira beberapa pilihan yang telah dibuat oleh pekerjanya.

"Baiklah, disini saya lihat ada 2 orang memilih fesyen, seorang memilih skincare dan 3 orang memilih makeup. Jadi, pemilihan kita untuk elemen kecantikan kali ini adalah makeup"

Gina, Lara dan Sinan bertepuk keriangan kerana undian mereka dapat mata tertinggi.

"Baiklah. Guys, dengar tugasan kamu semua. Saya nak kamu semua bincangkan alatan makeup apa yang harus kita iklankan nanti. Dapatkan sponsor. Sinan, Celine dan Lara, saya nak kamu bertiga cipta logo menarik untuk elemen ni. Dalam masa lima hari, kita jumpa semula disini jam 8pagi. Terima kasih semua. Good luck and all the best!" ujar Azra panjang lebar lantas berjalan keluar.

Celine, Lara dan Sinan bersorak gembira. Mereka tidak menyangka, undian mereka paling tinggi.
"Korang, jom kita ke bilik bawah. Kita perlu fikirkan logo terbaik untuk present nanti. Saya nak Puan Azra kagum dengan kita."

Endless LoveHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin