"Kalau dia gigit nuna, nuna gigit kamu semula!"

ଘ♡ଓ

Jacob hanya menunduk, bermain-main dengan jarinya. Sedikitpun tidak mendengar apa yang dibahaskan oleh orang sekelilingnya.

Tiba-tiba bahunya dicuit perlahan. Pandangannya kini pada Penguam Kim yang berada disebelahnya.

"Jangan tunduk macam tu dalam mahkamah." Bisik Penguam Lee.

Jacob terus mebaiki posisi duduknya, kedua tangannya kekal dibawah meja. Matanya fokus memandang seorang peguam yang sedang menyampaikan hujahnya.

"Saya ada soalan untuk Bae Joonyoung." Ujar peguam itu sambil memandang hakim.

Jacob menelan air liurnya. Anak matanya bergerak-gerak mengikuti langkah peguam yang semakin menghampirinya itu.

"Selain kamu, siapa lagi yang tinggal didalam rumah tersebut?"

Jacob memandang sekeliling. Bibirnya diketap kuat sebelum tangannya mencapai mikrofon yang berada dihadapannya.

"Eomma dan kawan baik saya, Kevin." Ujar Jacob, Terketar-ketar dek pandangan peguam yang seolah-olah mahu membunuhnya ketika itu.

"Kamu ada bertengkar dengan dia?"

"Tidak."

"Puan Bae Joori?" Jacob menggeleng laju, lidahnya kelu. Tak mampu bekata apa apa ketika itu.

"Baik, ini sahaja soalan saya yang arif." Ujarnya sambil memandang hakim.

Pandangan Jacob masih lagi pada peguam itu.

"Berdasarkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan tadi, tidak mungkin rakan baiknya Kevin cuba membunuh Puan Bae Joori seperti apa yang dikatakan oleh Peguam Kim sebentar tadi."

Jacob memandang Peguam Kim yang berada disebelahnya. Sepanjang dia termenung dari tadi, peguam yang berada disampingnya cuba jadilkan kevin sebagai suspek lain?

"Saya bantah yang arif!" Peguam Kim bangkit dari tempat duduknya. Peguam yang berada di tengah-tengah mahkamah itu memandang kearah Peguam Kim sebelum kembali ke tempat duduknya.

"Tidak semestinya pergaduhan yang akan selalu menjadi punca kepada kes pembunuhan."

"Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan." Tambah Peguam Kim lagi. Jacob yang berada disisinya hanya mendiamkan diri.

"Objection!" Kini giliran Peguam itu pula membantah hujah Penguam Kim.

"Kalau begitu Peguam Kim, sila beri keterangan tentang ini!" Peguam itu Mengeluarkan plastik lutisinar yang berisi pisau berbekas darah darah kering dari bawah mejanya.

"Pisau ini yang telah digunakan oleh tertuduh untuk menikam Puan Bae Joori. Pihak forensik telah mengeluarkan Statment bahawa cap jari yang ada pada pisau ini 100% sama dengan cap jari tertuduh."

Jacob hanya menunduk.

"Mungkin terdapat kemungkinan lain selain dari hujah peguam Lee, yang arif."

"Sila sampaikan hujah anda, peguam Kim." Kata hakim sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada Peguam Kim.

"Saya percaya bahawa tertuduh, Bae Joonyoung tidak bersalah dalam hal ini. Mungkin dia telah diperangkap."

"Saya bantah yang arif!"

"Kalau benar tertuduh diperangkap,mengapa dia tidak terus menghubungi polis? Mengapa dia tidak menghubungi ambulan ketika itu?"

Jacob tersedar. Ya, dia tidak sempat menghubungi ambulan atau polis ketika itu.

Jacob menunduk. Kesal dengan diri sendiri.

"Tiada bantahan yang arif." Peguam Kim bersuara sebelum duduk di kerusinya semula.

"Saya ada soalan untuk tertuduh." Jacob mengangkat kepalanya, memandang Peguam tersebut.

"Mengapa kamu tidak hubungi ambulan atau polis ketika itu?"

"Sa-saya terlalu takut."

"Kamu takut kerana kamu bersalah?" Jacob menggeleng laju, sinar harapannya yang cuba dikumpulkan lesap begitu sahaja.

"Yang arif, peguam Lee cuba manipulasi anak guam saya!"

ttok ttok.

"Sila bertenang."

"Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada minggu depan jam 3 petang pada hari yang sama."

ଘ tbc ଓ

aku tak reti sia buat court scene hikseu :( dulu pernah tengok one ordinary day, try la search kat youtube manatau bole jadikan contoh, tapi jumpa benda lain :(( tacod

badcobWhere stories live. Discover now