Sampainya mereka di tingkat 3, Aireen terus mengambil semua barangnya yang berada didalam bilik lain untuk dipindahkan ke dalam bilik Darian.

Aireen mula mencabut semua jarum peniti, crown, veil dan banyak lagi la yang ada dekat kepala dan badannya. Rasa berat pulak pakai semua ni.

Sebelum Darian masuk, Aireen sudah selamat berada dalam bilik air.

Aireen keluar dari bilik air.

Tipu la kata kalau Darian tak terpegun melihat rambut Aireen yang panjang itu. Nampak cantik dan lembut! Tak terlalu lurus, tak terlalu kerinting atau lebih dikenali sebagai rambut ikal mayang.

' Subhanallah, cantik betul ciptaan Allah. Ha angau dah aku ni... ' bisik hati Darian.

"Darian?" panggil Aireen sambil memetik jarinya di hadapan muka Darian.

"Hah?" Darian bagai tersedar.

"Pergi la mandi lepastu solat" ujar Aireen lembut.

"Okay" ujar Darian dan terus masuk ke dalam bilik air.

Dia memegang dadanya.

' Aku dah start jatuh cinta ke? takkan la..Dia kawan baik aku kot walaupun dia isteri aku... ' bisik hati Darian. Rasa pelik pulak, tak habis-habis jantungnya itu tak reti duduk diam jika melihat Aireen dari jarak dekat.

Selesai mandi, Darian keluar. Dia mendengar alunan merdu ayat Al-quran yang dibaca oleh Aireen.

"Sadaqallahul'adzim" Aireen mencium Al-quran itu dan meletakkan ditempat yang tinggi.

Aireen pusing belakang.

3...

2...

1...

"ARGHHHH TENGKU DARIAN ENRIQUE! PERGI LA PAKAI BAJU!" jerit Aireen. Terkejut dia melihat Darian yang keluar dengan tuala masih dililit dipinggangnya. Rambut masih basah lagi dengan six pack nya terserlah, Fuh...cair hati.

Eh?

"Kenapa? suka ke?" tanya Darian sinis.

"Ya Allah...tolong lah pakai baju Darian..." rayu Aireen perlahan. Tak kuat melihat Darian begitu

Darian tertawa sinis. Dia terus masuk ke dalam walk in closet.

Aireen terus membuka telekungnya dan melipat semula.

Aireen keluar dari bilik untuk mengambil angin malam.

Dia balkoni tingkat 3 itu berhadapan dengan kolam. Jika nak terjun, sila fikir 10 kali jika sayang nyawa anda.

"Pendek, kau buat apa dekat sini sorang-sorang?" tanya Darian sekadar membuka bicara.

"Saja ambil angin" ujar Aireen tanpa memandang Darian.

Aireen memejam matanya.

"Esok pergi rumah mama nak?" tanya Darian setelah mengambil tempat duduk disebelah Aireen.

Bersinar mata Aireen.

"Betul ke?" tanya Aireen teruja.

"Yes, anything for you" ujar Darian sambil merenung ke dalam anak mata Hazel milik Aireen.

"Yeah! Thank you Darian!" ujar Aireen lalu memeluk Darian.

Darian terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Perlahan-lahan dia membalas pelukkan Aireen.

Aireen bagai tersedar apa yang dia lakukan.

"Sorry..." ujar Aireen perlahan.

Darian tersenyum.

"Jom la packing baju" ujar Darian.

"Tak apa, aku boleh buatkan" ujar Aireen dah terus bangun.

Darian menghantar langkah Aireen dengan ekoran mata.

"Ya Allah...kenapa dengan jantung aku ni?" ujar Darian. Jika dia berhadapan dengan Aireen, semestinya jantungnya akan berdebar. Perkara ini terjadi sejak dia ajak Aireen untuk menemaninya shopping.

"Dah nak mampus ke? astaghfirullahalazzim. Tak baik tak baik" ujar Darian lalu menepuk-nepuk mulutnya.

Darian masuk ke dalam bilik. Kelihatan Aireen sedang mengemas baju mereka. Rambut Aireen pula sudah diikat kemas gaya messy bun.

"Rajinnya isteri Darian" ujar Darian lalu duduk ditepi Aireen.

"Kena la rajin, nanti dia tu kata kita malas pulak" ujar Aireen yang masih menyusun baju mereka.

"Bukan ke kau memang malas?" tawa Darian. Makin galak dia ketawakan Aireen.

"Ish!" ujar Aireen lalu mencubit bahu Darian.

"Aduh! Aduh! Okay! I'm sorry!" ujar Darian dengan sisa tawanya.

"Nak lagi?" ujar Aireen sambil memandang tajam kearah Darian.

"Tak tak..." ujar Darian dengan senyuman.

Entah apa yang ada difikiran Darian, Darian mencium bau leher Aireen.

Wangi!

Aireen seperti terkena renjatan elektrik kerana bibir Darian menyentuh lehernya.

"Darian?" panggil Aireen.

"Hm?"

"Apa kau buat ni...?" tanya Aireen perlahan.

"Wangi...kau pakai perfume ke?" ujar Darian yang masih lagi mencium bau leher Aireen.

"Tak lah, aku pakai sabun rose je" ujar Aireen.

"Patut wangi" ujar Darian lalu mencium leher Aireen.

"Darian...apa kau buat ni?" tanya Aireen. Risau lihat Darian yang hanyut dengan bau lehernya itu.

"Leher kau wangi, rasa macam nak gigit" ujar Darian lalu berura-ura ingin menggigit leher Aireen.

"Darian!" Aireen terkejut. Ni kalau aku sepak ni, apa pun tak jadi.

Nampak macam...bangang. HAHAHAHA. (Random from author)

"Haih la, besar pulak nyamuk yang nak gigit leher aku ni ya?" ujar Aireen.

"Nyamuk tu mesti hensem kan?" ujar Darian tanpa rasa bersalah.

"Ye eh?" ujar Aireen.

Darian mendekatkan lehernya.

"Untuk apa ni?" tanya Aireen.

"Gigit la, aku tak dapat gigit kau, kau la gigit aku. Aku pun nak jugak..." ujar Darian.

"Ish! Gatal la kau ni!" ujar Aireen lalu memukul peha Darian.

"Ala buat la... pleaseeeeee" ujar Darian meleret.

"Tak nak!" ujar Aireen tegas. Pelik la dengan Darian. Sumpah rasa nak lempang dia sekarang ni.

Darian pasrah.

"Nakal eh kau Darian" ujar Aireen.

"Nakal dengan kau tak apa hehe" ujar Darian lalu tersengih.

"Dah jom lah tidur" ujar Aireen.

Darian hanya menganggukkan kepalanya.








Done chapter 5✅

Fuh, agak mintak kaki ya HAHAHHAHA

Ok ni last, sebabnya saya rindu nak update hshshsh

Mrs. Darian [Hiatus]Where stories live. Discover now