"Aha! Yes! aku tau nak masak apa dia!" Kini tangan milik merlina berkerja memasak masakkan yang dia tahu itu..

"Nenda kenapa layan merlina macam tu kesian dia"kata Izz kepada nendanya itu. Nenda nya pula sudah memandang Izz tajam.

"Aku tahu lah apa yang aku buat kamu diam aje"kata nya membuatkan izz mengangguk dia tahu bercakap dengan nenda memang dia takkan pernah menang malah di sembur lagi adalah dengan nenda nya itu.

Kini setelah beberapa jam berperang di dapur seorang diri kini masakkan yang dimasak oleh merlina telah pun siap dihidangkan oleh merlina di atas meja.

"Yes perfect merlina! Harap harap lah semua sedap kene dekat tekak nenda."Kata merlina di dalam hati. Kini dia menuju ke ruang tamu untuk memanggil mereka makan.

"Izz dah siap masak tu panggil lah semua orang makan"kata merlina kepada izz secara berbisik.Izz menganggukkan kepalanya.

Tidak lama kemudian semua sudah berada di meja makan .Nenda memandang semua masakkan milik merlina termasuk merlina.
Mata helang milik nenda tajam menikam merlina.

"Merlina ke masak semua ni?"soal datin marina sambil memandang semua juadah yang terhidang di atas meja itu.Merlina mengangguk kepalanya sambil tersenyum

"Tak sabar nak makan mesti sedap kan"kata Izz pula terliur dia melihat masakkan merlina.Sebelum ini tidak pernah merlina memasak sebanyak ini.

"Jemput lah makan" kata merlina kepada mereka. Kini mereka menikmati juadah itu dengan berseleranya tapi tidak dengan merlina. Dia masih risau dengan nenda. Nasi di dalam pinggan nya serupa tidak terusik sahaja..

"Sedap kan mak?" soal dato izz malik kepada Puan Sri Rosmidah. Merlina pula sudah cuak darah nya sudah tidak teratur.

"Hmm Sedap kene dengan tekak"kata nenda dengan nada mendatar.Merlina pula sudah tersenyum.Dirinya berjaya memasak buat kali pertama dengan masa yang singkat.

"Mama dah siap ke tu?" soal mikhail kepada mamanya itu. Dirinya pula sudah lengkap dengan tuxedonya rambutnya kiranga cukup perfect.

"Ye dah siap ni sekejap ye " jawab datin aminah. Mikhail menilik jam tangan miliknya. Jam sudah berganjak kepada 8

"Dah jom cepat nanti lambat pula!" Kata datin aminah lalu memasuki kereta BMW tersebut.Kini mikhail memasuki kereta tersebut. Kini kereta tersebut keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

Malam yang sunyi ditemani dengan bunyi cengkerik sungguh menarik perhatian merlina. Kini merlina duduk diluar rumah tersebut. Mata nya memandang langit. Minda nya teringat akan memori manis yang lalu

"Jangan lah Sya! Sakit!"kata merlina lalu menepuj tangan milik merlina yang mencubit pipinya itu.

"Hahaha tu la siapa suruh tembam sangat kan dah kene"kata merlinsya kepada merlina.merlina pula sudah memuncung.

"Alah jangan muncung nanti tak cantik tau tak?"kata merlinsya kepada merlina.

"okeylah kalau merlina merajuk sya pun merajuk lah macam tu"katanya lalu memuncungkan bibirnya tanda merajuk

"okey okey lah merlina tak merajuk dah alah sya senyum lah"kata merlina.Merlinsya yang muncung tadi tersenyum kembali.

"Tapi Merlina kene janji satu benda dengan Sya"kata merlinsya membuat merlina mengangkat kening.

"Nanti andai kata Sya tak panjang umur jaga diri merlina kena happy selalu.Sebab Sya nak merlina tahu tak kira merlina sedih,marah,happy, kecewa sya tetap ada dengan merlina tau"katanya membuatkan merlina memeluknya dengan kuat.

"Kenapa Sya cakap macam tu ha? Kita tak akan berpisah Kita kembar never kita tak akan berpisah.Merlina sayang Sya"katanya dengan tersedu sedu.rambut milik merlina diusap.

"Sya tahu kita kembar..tapi merlina..Sya nak merlina tahu nyawa kita ni bila bila masa sahaja boleh kene ambil. Jadi kita mesti la bersedia terima qada dan qadr.sekarang ni merlina tak boleh sedih"Kata nya lalu mengelap air mata milik merlina.

Kini air mata milik merlina mengalir secara tiba tiba apabila teringat akan memorinya bersama kembarnya itu.

"Sya merlina rindu kat Sya. Merlina tahu Sya ade  dengan merlina dekat mana mana pun. Kenapa Sya yang pergi dulu bukan Merlina."kata nya seorang diri.

"Kau cakap dengan siapa?"soal izz secara tiba tiba di belakang merlina. Merlins yang terkejut akan kehadiran izz segera mengesat air matanya itu.

"Mana ada aku cakap apa apa"tipu merlina. Izz pula sudah mengangkat kening.diambil tempat bersebelahan merlina.

"Kenapa tak masuk dalam?"soal Izz merlina menggeleng.

"Tak aku cuma ambil angin malam tenang dekat sini.Aku suka dah lama aku tak balik kampung"Kata merlina.Izz pula memandang muka milik merlina.

"Kau terasa ke dengan nenda?"soal izz membuatkan merlina tertawa kecil

"Ish tak ade lah. Terasa sikit pun tak biasalah orang tua cerewet sikit"kata merlina sambil tersenyum. Tangan milik merlina diambil digengam erat tangan bidadari nya itu

"Aku minta maaf sangat apa yang nenda buat.Aku tau dia terlebih kasar.Tapi aku nak kau tahu nenda buat macam tu bersebab"kata izz.merlina pula sudah tersenyum lalu mengagguk. tangannya yang sebelah menepuk lembut tangan milik izz

"Tak apa aku okey je"kata merlina sambil tersenyum kepada izz.

"Mikhail right?"soal seorang perempuan yang berpakaian menjolok mata. Dress ketat bewarna merah paras pehanya dengan bibir yang bewarna merah terang.Mikhail menilik perempuan ith atas bawah.

"Handsome juga you ni i teringin sangat sangat nak jumpa you finally i jumpa jugak you malam ni btw you datang seorang ke?"kata perempuan itu dengan gediknya.Mikhail tanpa berfikir panjang terus meninggalkan perempuan tersebut. Miang sungguh

"Hei tunggu lah Mikhail!" Katanya sambil mengejar mikhail.mikhail yang mendengar suara perempuan itu melajukan langkahnya.Sedang dia lajukan langkahnya dia telah melanggar seorang

"Oh my god i'm so sorry"kata mikhail kepada perempuan itu.perempuan itu bangun dari duduknya akibat jatuh tadi..

"Oh senang senang je awak minta maaf sakit tahu tak ! awak jalan mata letak mana? awak letak dekat lutut ke?"soal perempuan bertudung marron tersebut kepada mikhail.

"Miss i'm really sorry saya tak sengaja"kata lelaki tersebut.Tiba tiba perempuan tersebut terkejut

"Ya allah awak mikhail khairil right?"soal perempuan bertudung itu.mikhail pula sudah menjeligkan biji matanya ke atas

"Awak lupa saya ke?"soal perempuan itu.mikhail pula sudah pelik.

"awak...Izzarah?Kakak izz?"soal mikhail berhati hati hati . izzarah terus mengangguk laju.

"Saya betul betul minta maaf izzarah saya nak cepat tadi that way saya terlanggar awak"kata mikhail.Baru sahaja izzarah ingin bertanya seorang perempuan berbaju merah menghampiri mereka.

"Mikhail kenapa awak lari?!"soal perempuan tersebut.Mikhail pula menjeling perempuan tersebut.Izzarah pula sudah pelik

"Who are you?" soal perempuan berbaju merah itu kepada izzarah.Izzarah pula makin heran

"saya? saya.."belum sempat izzarah menghabiskan ayatnya mikhail meintas laju.

"Izzarah my future wife aku datang sini dengan bakal isteri aku izzarah"kata mikhail kepada perempuan itu tadi.Perempuan itu memandang tidak percaya. Izzarah pula sudah cuak tapi ditenang kan diri.

"Betul ke you future wife mikhail?"soal perempuan tersebut.Izzarah menghela nafas.Lalu mengganguk

"Yes Izzarah future wife mikhail khairil. Kenapa ya? ada masalah ke?"soal izzarah kepada perempuan tersebut.Tanpa berkata banyak perempuan tersebut terus pergi dari sana.

"Sorry sekali lagi izzarah"pinta mikhail kepada izzarah.izzarah menggeleng sambil tersenyum

"Are you serious mikhail? Future wife? " Soal datin aminah dari belakang.Mikhail pula sudab cuak.Izzarah pula sudah kaku.

"Mati lah kau mikhail!"kata nya di dalam hati.

TBC

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now