Prolog

402 9 0
                                    

Pintu kedai itu dikuak dengan perlahan.Senyuman manis diberikan kepada cashier lelaki tersebut sebelum kaki mula melangkah untuk mencari sesuatu yang ingin dibeli.

Tangannya mencapai sebekas mi segera dan sebotol air coca cola. bibirnya dijilat lembut. Matanya tertatap pada gambar mi segera yang ditampal elok di bekas tersebut. Untuk seketika perutnya berbunyi.
Lapar.

Setelah membuat pembayaran di kaunter, dia menuju ke keretanya dan memandu pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang dia dapat merasakan seseorang mengikutinya dari belakang kereta. Did someone follow me? Dia memandu dengan laju dalam keadaan jantungnya berdegup laju.

Sampai sahaja dirumah, dia dengan segera masuk dan mengunci pintu rumah. Dapur dituju untuk mencapai segelas air bagi melegakannya. Setelah lega, dia mula masak mi segera dan memakannya dengan segera. Selesai makan dia terus masuk tidur dan tidak mahu memikirkan situasi yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Sementara diluar rumah gadis itu ada sebuah kereta hitam yang memerhati dari jauh dan tersenyum nipis.

Till we meet again mia cara (my pretty)

[OG] MRS.TENGKU HAZIM HAKIMIOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz