Chapter-1

10 0 0
                                    

Pagi yang indah bersama bunyi nyanyian merdu yang dibuat oleh burung-burung di luar apartment Ella.
Ella meminum air teh 'o' panas yang dia buat sebentar tadi sambil memandang ke luar tingkap.

"Eh kejap, stok makanan aku tinggal sikit kan? Better aku pergi beli nanti", kata Ella pada dirinya sendiri.

Selepas sahaja dia habis meminum airnya, Ella terus ke biliknya dan bersiap-siap untuk keluar membeli barang dapur.

-

Selesai membeli barang, Ella terus menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba dia perasan ada seorang gadis yang kekurangan wang. Orang-orang di belakang gadis itu ada yang memarahinya.

"Lain kali bawa lah duit cukup-cukup!" - Unknown 1

"Pakai baju branded, nak bayar RM56.20 tu pun tak boleh ke?" - Unknown 2

"Tak ada card ke?" - Unknown 3

Ella menghampiri kaunter itu.

"Nah RM56.20. Saya bayarkan semua untuk dia" - Ella

Cashier perempuan itu mengambil wang yang Ella beri.

"Puan dan tuan, lain kali kalau nak cepat, tolong orang tu instead of kata buruk. Kalau puan tuan sendiri terjadi macam ni pun, tuan puan mesti dah tak boleh nak fikir apa-apa kan?" kata Ella.

Mereka semua terdiam.

Mereka berdua keluar dari kedai. Gadis itu meminta maaf dan berterima kasih kepada Ella. Dia janji yang dia akan membayar duit Ella semula, tetapi Ella menolak.

"It's OK, saya halalkan" kata Ella dengan suara yang lembut.

-

Sekarang ialah waktu rehat untuk Ella. Ella bekerja di sebuah cafe yang tak terlalu jauh dari rumahnya.

Hari ni ada pekerja baru kan? Aku tak jumpa dia lagi lah, kata Ella dalam hatinya.

Ella cuba untuk mencari pekerja baharu itu. Selepas beberapa minit, Ella terjumpa pekerja itu. Mukanya sangat familiar bagi Ella. Dia seperti pernah jumpa pekerja itu di suatu tempat.

Ella menegur pekerja itu.

"Hai, pekerja baru kan?" - Ella

"Oh, hai. Iya, saya pekerja baru" - ???

"Macam mana kerja hari ni? Penat tak jadi waiter?" - Ella

"OK je, tak ada lah penat sangat" - ???

"Jom lah minum air sama-sama, nak tak?" - Ella

"Boleh ke?" - ???

"Of course lah boleh!" - Ella

"Kalau macam tu, OK lah" - ???

Selepas mereka tentukan air untuk mereka minum, Ella membawa pekerja itu ke dapur untuk memesan air. Anehlah kalau mereka memesan dari counter. Jadi pekerja-pekerja disini akan order dari dalam dapur. Kalau bukan dari dapur, mereka akan order menggunakan phone masing-masing.

"Weh Ren! Iced Chocolate with cookies dua!" jerit Ella kepada salah satu pekerja yang bekerja di bahagian membuat air, iaitu Ren.

"Kau ni kan, buat lah sendiri. Kau tu bukannya tak pandai buat air sendiri! Arahkan orang je kerja kau" Ren merungut. Memang dia yang selalu buat minuman untuk Ella. Bukannya tiada pekerja lain, tapi semua pekerja mesti hilang pada waktu rehat Ella.

Ella ketawa kecil. Ren membuat muka menyampah.

Sementara menunggu air mereka untuk siap, Ella mengajak pekerja baru itu ke meja yang selalu Ella duduk.

"Wait, kita tak berkenalan lagi kan? I'm Ella, orang selalunya panggil 'El'. Umur 24, single but dah ada rumah sendiri" Ella memperkenalkan dirinya.

"Nice to meet you El. Saya Emy, usually orang panggil saya 'Em'. Sebaya, still single juga tapi tak ada rumah lagi. Rumah sewa ada lah." pekerja itu memperkenalkan dirinya.

"I'm sorry kalau tersalah orang, tapi...kita pernah berjumpa ke?" Soal Ella.

Emy menepuk tangannya pantas. "Jadi betul lah itu awak! Terima kasih sangat-sangat sebab dah tolong saya semalam. Saya sendiri tak tahu nak buat apa masa tu".

"Ah...jadi betul lah..." kata Ella. Ella mengukir senyum di mulutnya.

Mereka berkenalan lebih lanjut sambil menunggu air mereka sampai.

"Ni kau punya" kata waiter yang bekerja di situ, iaitu Noah.

"Kau ni, bagi lah elok-elok sikit. Layan lah macam kitaorang ni pelanggan" rungut Ella.

Noah mengeluh. "Wahai puteri-puteri cantik, manis, dan jelita, ini minuman kalian", kata Noah dengan suara lembutnya.

"Weh, tak payah lah sampai macam tu sekali! Geli!" marah Ella. Emy ketawa kecil melihat perangai mereka. Ella dan Emy mengambil air mereka.

Selesai minum, mereka berdua kembali bekerja.

-

Ella mengeluh. Hari ini dia terpaksa kerja hingga malam kerana ada pekerja yang tidak hadir. Ella terus pergi ke biliknya untuk mandi dan menunaikan solat Isya'.

Selesai solat Isya', Ella baring di atas katilnya.

...

"Sunyinya kalau tak duduk dengan family....Kalau lah family aku still rapat"

Ella bangun dari baringannya. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di tepinya.

Aku call Emy je lah, fikirnya. Selepas beberapa saat menunggu, Emy menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, kenapa El?" - Emy

"Waalaikumusalam, tak ada apa-apa yang penting pun. Saje nak call." - Ella

"Oh... hm... By the way, saya ada nak tanya something" - Emy

"Tanya apa? Oh ye, tak perlu nak sopan sangat pun dengan aku. Kau guna je panggilan yang kau selesa" -Ella

"OK. Jadi macam ni, aku daritadi nampak korang bertiga macam rapat. So aku just nak tanya lah, memang pekerja kat situ rapat sangat macam tu ke?" - Emy

"Bertiga? Orang yang buat minuman and yang hantarkan minuman kita tu ke?", Ella menyoal untuk mendapat kepastian.

"Ha'ah" - Emy

"Tak lah, Dengan pekerja lain, kitaorang semua tak ada lah rapat sangat. Cuma aku, Noah dan Ren dah berkawan dari sekolah rendah. Itu yang rapat. Eh ta-", tidak sempat Ella menghabiskan ayatnya, Emy sudah menjawab.

"Oh.... Bukan apa, cuma rasa macam lain je. Kalau dekat tempat kerja aku dulu tak ada lah sampai rapat macam tu" - Emy

Ella membatalkan niatnya untuk menyambung ayatnya tadi. Mungkin Emy tidak dengar yang dia ingin cakapkan sesuatu. Fikirnya. "Kau dulu kerja kat tempat lain eh? Kau kerja dekat mana?", soal Ella.

"Dekat xxxx" - Emy

"Oh... tempat tu aku selalu pergi dengan kawan sekolah aku dulu. Sekarang dah tak pergi, sebab tempat tu jauh dengan rumah aku. Tapi tak perasan pula ada kau" - Ella

"Aku baru masuk 5 bulan lepas. Lepastu aku quit sebab bosan dengan pekerja sana. Hehe" - Emy

"Macam tu pun boleh ya, hahaha" - Ella

Mereka berdua meneruskan perbualan mereka hingga mereka rasa ngantuk.

Red RosesWhere stories live. Discover now