-waalaikumsalam. awak
yakin ke awak tunang saya?

Betullah kan? Mana tahu dia salah tunang. Kan dah malu sendiri.

typing...

Dengan sabar aku menunggu dia mengetik papan kekunci. Jari gemuk ke apa sampai lambat sangat menaip pun?

-HAHAHAHA, betullah
tunang saya, cik Nurdarya
-Saya tak cuai lagi nak
salah orang

Aku mengecilkan mata. Dia sedang merendahkan aku ke? Sekejap, dia kenal aku ke? Ish mustahil.

Mudahnya dia terhibur.

-mana awak dapat
number saya?

Aku berbalas chat dengan lelaki yang dikenali sebagai encik tunang itu biarpun jantung mulai bertukar rentak menandakan adrenalin sedang memainkam peranan bagi mengepam darah laju.

Mungkin hormon apabila berhubungan dengan berlainan jantina. Syukurlah masih normal.

-Mama awak. Ibu saya
yang minta dekat mama
awak number ni

Oh.. betul juga. Maksudnya, lelaki ini pun tidak mengenali aku lah kan? Nombor aku pun dia dapat daripada ibu dia.

Hmm

Kenapa kau macam kecewa?

Suara hati mulai berbisik. Aku menggeleng kepala. Kecewa? Atas dasar apa aku mahu kecewa?

Tiada sebab.

Nama! Aku tak tahu lagi nama dia. Laju jariku menaip di papan kekunci bagi menanyakan namanya.

-nama awak?

Agaknya nama dia sedap atau tidak?

-Curious, aren't you?
-Sabarlah, tunggu hari
akad kita baru awak tahu
nama saya, okey?
-Be patient, cik tunang.
Encik tunang awak tak lari
pun

Aku berkerut dahi. Frust!

CEO ke apa sampai nama pun mahu disembunyikan daripada aku?

-Panggil Am
-Selamat malam, cik
tunang

Dan akhirnya dia menjawab biarpun bukan nama penuh. Am?

Ammar? Ke Amir?

Ah, abaikan sajalah. Kenapa tiba-tiba aku sibuk mahu mengambil tahu nama dia ni?

Banyak lagi kerja lain yang kau kena siapkan Arya. Esok client dari China pula sampai ke office. Takkan kau nak buang masa fikir pasal nama dia saja.

Rambut yang berwarna coklat keperangan aku sanggul tinggi bagi memudahkan kerja. Rimas jika dibiarkan mengurai.

Grab client ni sampai dapat Arya!

TUMIT kasutku yang berdetak di lantai pejabat membuatkan seisi ruangan pejabat ini yang tadi bising kini sunyi sepi tanpa sebarang suara.

Aik?

Tadi dari luar bukan main bising. Sakan berborak serupa pasar malam. Bergosip sana sini.

"Miss Darya, saya dah prepare bilik mesyuarat untuk client tu masuk kejap lagi. Mr Wang pula sedang berada di waiting room." ujar Sara.

Sara. Personal Assistant aku sendiri. Sebelum terlambat untuk memberitahu, aku merupakan seorang pemilik syarikat hartanah. Tidaklah syarikat ini semegah syarikat diluar sana.

Hanya bangunan tiga tingkat yang mampu memuatkan 150 orang staf dan pekerja.

"Dah tahu ada client dekat waiting room, kenapa pejabat bising serupa pasar malam? Where's your manners. Kita ada client. Apa pandangan dia kalau dia tengok suasana kurang disiplin macam ni?" nada aku tegang manakala mataku mencerlung ke segenap ruang.

Aku mementingkan adab dan disiplin. Bagaimana jika sikap ini membuatkan client lari? Tidakkah malu dan jatuh nilai syarikat AR Property ini?

Semua menunduk.

"Sara, bawakan coffee ke meeting room. Three cups, dan jemput Mr Wang masuk ke sana," aku memberikan arahan ringkas.

Aku membetulkan long coat berwarna coklat terang ini sebelum berjalan menuju ke arah lif. Ini merupakan tingkat dua dan meeting room terletak di tingkat tiga bersama office aku sendiri.

Sengaja setiap hari aku lalu ke tingkat ini bagi memantau staf yang lain. Lihatlah tadi, bising. Jika tiada client tak apa kerana pejabat aku terletak di ruangan atas. Cumanya aku risau apa kata orang apabila melihat keadaan bising seperti tadi.

Aku menuju ke kerusi utama dan mengambil tempat, tidak lama kemudian Mr Wang masuk ke ruangan ini.

"Shall we start, Miss Darya?"


chill dulu

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now