Bab 3

7K 482 16
                                    

"Apesal besar sangat rumah ni?" Tanya Jye Jin di depan pagar rumah baru mereka. Suho memandangnya kecik besor kecik besor je.

"Ko ni, orang nak rumah besar-besar yang kau nak rumah kecik-kecik pehal?" Sinisnya. Dia membuka pintu rumah itu. Sekali lagi Hye Jin tercengang.

"Besar sangatlah. Kita pindah apartment je lah. Lagipun yang duduk sini kita berdua je. Yang kemas rumah ni pun aku sorang je. Penatlah" dia mengeluh.

"Kau ni menolak rezeki betullah. Kalau penat nak kemas rumah, jangan buat sepah. Selama ni aku duduk sini ok je" Suho membebel. Banyak alasan betul perempuan ni. Dia meletakkan beg di tepi tangga.

"Ni rumah kau?" Hye Jin seakan tak percaya. "Yelah! Kau ingat rumah siapa?" Tetiba je dia ni. Dah sampai sini baru nak tanya ni rumah siapa. Kalau aku cakap ni rumah Woobin cam ne?

"Aku ingat ni rumah bapak kau hadiah kat kau" dia berkata sinis sambil melihat ruangan dapur. "Eh, mak cik. Kau ingat aku ni sengkek sangat ke sampai semua nak mintak bapak aku?" Perli Suho.

"Manalah tahukan? Kau kan anak bapak..." Hye Jin mengekek ketawa melihat muka Suho yang seperti cicak tertelan ubat gegat dengan sindirannya.

……………………………
"Wow!" Han Hye Jin tercengang melihat keindahan balkoni rumah itu. Ditambah lagi pada waktu senja. Tak sangka dia ni pandai jugak pilih rumah.

"Cantikkan?" Tanya Suho dari belakang. Hye Jin mengangguk. Ini kali pertama dia melihat matahari terbenam. Nampaknya tiap-tiap hari dia boleh menikmati keindahan ini.

Mana taknya, rumah ni terletak di tepi pantai. Sebelah kirinya pulak hutan. Nampak macam tak tebal je hutan ni. Tapi takut jugaklah duduk sebelah hutan ni.

"Eh, mak cik. Pergi masak. Aku dah lapar ni" perintahnya sebaik matahari terbenam. Hye Jin menjelingnya. "Mak cik-mak cik. Habis kau tu, atuk?" Dia memulangkan paku buah keras.

"Sesedap mulut je kau panggil aku atuk eh?" Suho membuat gaya mahu mencekik. "Memang atuk pun. Siapa suruh warnakan rambut warna putih" lawannya. "Ni fesyen lah" bals Suho." Fesyen tak fesyen. Atuk...!" Hye Jin memanggil Suho dengan panggilan atuk lalu berlari ke dapur.
"Mak cik...!" Jerit Suho.

……………………………
"Masak sedap-sedap" Suho menjengah dapur. Hye Jin terperanjat. "Hish, kau ni. Aku ketuk pakai sudip jugak kang!" Dia menunjuk sudip yang dipegangnya.
"Pergi duduk depanlah" halau Hye Jin.

"Biarlah. Aku nak tengok kau masak. Aku nak saksikan perang dunia ketiga dengan mata kepala aku sendiri" sindirnya. 'Perghh! Sedap kau cakap eh. Perang dunia ketiga? Perang dunia ketiga bukan antara aku dengan dapur ni, tapi dengan kau!!!' Mahu saja dia mengeluarkan kata-kata itu tapi disimpannya. Yelah, bergaduh dengan dia ni bukan boleh menang. Menyakitkan hati je.

Kringgg... telefon bimbitnya berbunyi. Dia keluar dari dapur untuk menjawab panggilan.

Dalam hati Hye Jin sedikit lega. Walau sesiapa pun yang telefon tadi tu, thanks to him. Sebab dia lah Suho keluar dari dapur ni.

15 minit kemudian...

"Awak, jom makan" panggilku. Kejap 'awak' kejap 'kau' ' aku'. Haih entahlah.

Tiada jawapan.

"Awak?" Panggilnya lagi.

Tiada jawapan.

Mana dia pergi ni? Dijenguk dalam bilik, tak ada. Dekat ruang tamu tak ada. Tengok dekat luar, kereta dia dah tak ada. Cis!

Hye Jin merenung steak yang dimasak.

"Buat penat je aku masak!" Kedua-dua kepingan daging itu dimakan olehnya. Ni kalau Suho nampak betapa gelojohnya aku makan, tak mengaku bini dia.

Selama ni dia mengaku ke aku ni bini dia?

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now