Setibanya saja di hadapan office, Tengku Fareeq memberhentikan keretanya secara mengejut. "bakk". Fareeq terlanggar orang. Dia segera keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan orang itu.

"aduhhhh..." wanita itu mengadu kesakitan.

Tengku Fareeq segera menghampiri wanita yang baru saja dilanggarnya tadi. "cik tak apa ke?" Tanya Tengku Fareeq lembut. Sungguh dia kasihan melihat perempuan itu tersungkur akibat hentakan keretanya tadi. Tengku fareeq mencangkung di hadapan wanita itu.

"saya tak apa. Saya okey" jawab firah sambil memegang kakinya. Sebenarnya kaki dia sakit tapi disebabkan dia tidak ingin hal itu berpanjangan dia menahannya. Dahlah dia kena cepat jumpa client kalau lambat sampai memang sia-sia la kerja yang dia usahakan selama ini.

"cik tak okey ni." Tengku fareeq cuba untuk memegang kaki wanita itu. Firah mengangkat wajahnya sambil mengerang kesakitan. "eh... kau!!!." Dia menunding jari kearah lelaki di hadapannya lalu menepis tangan lelaki itu.

"kau buat apa dekat sini?. Ooo ..... kau sengajakan langgar aku." Firah cuba untuk berdiri tapi tak dapat. Geram firah dibuatnya. Masa-masa begini ni juga kau nak sakit apa kau ingat ni cerita hindustan. Bebelnya di hati.

" dah tahu kaki tu nak patah ada hati nak bangun. Kau ni memang bodoh sombong kan." Marah tengku fareeq sambil membantunya bangun. Minah ni kan memang tak dapat hidup senang kalau tak tuduh orang.

"apasal pula. Dah kau memang suka nampak aku macam ni. Kau lagi suka kalau aku mati terus kan" tuduh firah lalu menarik tangannya daripada di pegang.

"Eh! minah ni bukan main sedap lagi mulut kau tuduh aku. Aku nak tolong kau bangun pun salah. Iyalah kalau aku tak tolong nanti susah pula kereta aku yang mahal ni nak lalu." jelas Tengku Fareeq dengan lantang. Firah mencebik. Tengku Fareeq sekali lagi membantu Firah namun di halang oleh PA nya.

" Tengku apa yang berlaku ni?" soal haziq. Bukan main risau lagi dia bila dapat dengar yang CEO baru langgar orang depan company sendiri.

Waktu hari pertama turun pejabat dah macam-macam benda yang jadi.

"hah. bagus jugalah kau datang. ni hah aku terlanggar minah mana entah dah macam beruk aku nampak" jelas fareeq bila melihat haziq muncul. Lega juga sebenarnya malas nak layan minah kepoci di hadapannya itu.

"Tengku tak apa-apa?" soal haziq sambil meliarkan matanya melihat keadaan Tengku Fareeq. Mampus haziq kalau kes ini sampai ke Tengku Arif dan Tengku Marina. Tengku fareeq ni anak kesayangan diorang.

"aku okey. Minah tu yang tak dapat bangun. Kaki dia kena cium dengan kereta aku." Selamba sahaja Tengku Fareeq menjawab tanpa memandang wajah firah. Tiada perasaan simpati langsung.

" Takpe. Tengku masuk dulu. Biar saya yang selesaikan hal ini" ujarnya lalu menolak tengku fareeq perlahan masuk ke dalam bangunan.

"emm...baguslah aku pun malas nak urus minah ni. Buang masa." katanya lalu beredar dari situ. Dia sempat memperbetulkan kotnya lalu meninggalkan Firah yang masih terduduk dekat situ.

"Dia ni kan memang suka tinggalkan aku lah. Lepas dia yang langgar aku. Takde adab langsung!!!" katanya dengan marah. Firah lupa akan kehadiran Haziq disebelahnya.

"maaf ye cik." Haziq membantu firah untuk bangun. "cik okey tak?" tanyanya risau.

"kau nampak aku okey ke?" jelasnya dengan nada marah.

"Maafkan bos saya cik. Cik jangan risau biar saya yang bawa cik ke klinik segala kos perbelanjaan saya yang bayar" pujuk Haziq risau nanti wanita ini membuat ragam di situ. Maklumlah sekarang ni bukan boleh percaya ada macam-macam cara nak dapat duit dengan mudah. Dia sudah cukup masak dengan cara ni semua ada juga yang sanggup buat begini untuk mendekati Tengku Fareeq. Entah-entah wanita di hadapannya ni juga ada agenda sendiri.

Perjalanan Cinta KitaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin