EIDLAN-LALLAINA | 11

Start from the beginning
                                    

"ARGH!"

Bergema suara Eiffie diruang tamu rumah milik Eiyadh. Terbuntang luas matanya memandang Eidlan dihadapannya. Dipandang tak percaya wajah beku milik abang keduanya itu. Tangannya juga sudah naik memegang pipinya yang menjadi mangsa tangan Eidlan.

Ditampar! Sakit siot!

Jatuh rahang Eiyadh melihat tindakkan Eidlan, Bersilih ganti dipandang kedua adiknya itu. Tamparan itu bukan perlahan tau! Padu tu!

Eiffie mengetap kuat rahangnya. Dengan tangan masih setia memegang pipinya dia menoleh kearah Eiyadh yang jelas terkejut itu. Eiffie mula berdiri sebelum mendekati abang sulungnya. Terus tangannya menarik tangan Eiyadh.

"Kau pegang aku Yadh kau pegang aku." Dipaksa Eiyadh untuk memegang tangannya dan Eiyadh yang sudah terpinga-pinga itu hanya menuruti arahan adiknya. Terus digenggam tangan adiknya itu.

Eiffie kembali berpusing menghadap Eidlan yang hanya menayang reaksi kosong kearah mereka itu.

"Kau! Nasib baik Eiyadh halang aku tau! Kalau tak pecah muka kau ni!" Separuh menjerit suara Eiffie kedengaran. Melihat wajah abangnya itu terasa mahu ditumbuk-tumbuk saja. Geram. Nasib baik abang dia.

Boleh jatuh reputation dia kalau begini. Dahlah selamba tampar. Bukan perlahan kuat woi!

Berbisa betul tamparan orang angau ni ye. Jangan dibuat main.

Eiyadh sudah mengecilkan pandangannya kearah Eiffie. Macam lain je.

Dia halang ke?

Manakala Eidlan sudah menjulingkan matanya keatas. Sempat dijeling wajah tampan adiknya yang sudah beriak garang. Acah garang sebenarnya. Eiffie nak marah? Dari lahir budak tu mana berani lawan dia dengan Eiyadh.

Kau sakitkan dia macam manapun. Eiffie mana pernah melawan. Alasannya. Nasib abang.

Eleh.

Cakap jelah sayang abang. Hormat abang aduh.

"Kau diam. Sekali lagi kau buka mulut. Aku campak kau masuk kolam sana." Mendatar saja suara Eidlan kedengaran. Masih merajuk dengan Eiffie. Semua salah Eiffie! Kalau budak ni tak munculkan diri mesti dia boleh lama-lama bercakap dengan gadis kesayangannya itu. Tapi! Eiffie kacau!

Berdendam dia dengan Eiffie!

Eiffie mencebik. Kurang asam betul si angau ni.

Eiyadh bertindak merentap tangan Eiffie sampai terduduk adiknya itu disisinya. Sebenarnya dia masih tidak faham dengan kedua adiknya. Ada apa-apa yang berlaku ke? Sedari balik beli ais dilihat keduanya ini sudah berperang mulut.

"Kenapa? Kenapa dengan Eid?" Soal Eiyadh dengan gaya berbisik. Sempat dia mencuri pandang kearah Eidlan yang kembali mendiamkan diri dan kelihatan adik keduanya itu sudah memejamkan kelopak mata sambil memeluk tubuh.

Dah kenapa!

Sekali lagi Eiffie mencebik mendengar soalan Eiyadh. Dia menjeling Eidlan dihadapan sebelum dia menoleh kearah Eiyadh. Dipandang abang sulungnya. Dia pun tak tahu sangat kenapa Eidlan marah-marah.

Dan semua sebab perempuan tadi. Masalahnya siapa perempuan tu gila?

"Tadi ada perempuan. Eid terlanggar lepastu sambut lepastu aku tegur lepastu dorang terkejut lepastu perempuan tu main lari-lari lepastu Eid ala-ala hindustan pergi kejar tinggal aku sorang-sorang tau. Sampai hati hmm. Lepastu aku pun ikutlah kejar lepastu aku jerit lepastu know-know perempuan tu hilang masa Eid pandang aku ha lepastu sanalah Eid bangang tu marah-marah aku." Terjuih-juih mulut Eiffie menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Panjang lebar dia bercakap dengan gaya berbisik.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now