Bab-47: Preparation

Beginne am Anfang
                                    

      Nighh!

      Selang beberapa minit, ketiga-tiga kuda tersebut berdesup dengan laju meninggalkan perkarangan spirit forest yang kian menjauh di belakang.

       Setelah beberapa jam perjalanan ditambah dengan waktu berehat daripada perjalanan, mereka tiba di Istana Wonderland seraya itu memberhentikan kuda di hadapan pagar besar.

      "Rin!" Jeritan suara Daryan memanggil nama Irene kedengaran sayup.

     Setelah mendapat mesej tentang kepulangan Irene dan yang lain pada hari ini, Daryan terus ke Istana utama  untuk menyambut kehadiran Irene. Memandangkan Irene perlu menyampaikan keputusan daripada tugasnya terus kepada Emperor Luke.

      "Daryan? Mana Darwin?" soal Irene apabila mendapati Darwin tiada bersama Daryan. Biasanya berkepit sahaja kembar tu.

     "Entah lah. Tadi kami baru aje habis latihan pedang. Mungkin dia tengah rehat kut," balas Daryan sambil mengesat peluh di dahi. Penat berlari hanya untuk mendapatkan Irene.

      Irene pula hanya mengangguk faham. Pandangan Daryan daripada Irene dikalihkan ke arah Raikarl dan Rael yang setia berada di kiri dan kanan Irene.

     Rael pula hanya mengangkat tangan kanannya dan digerakkan perlahan seperti lambaian secara perlahan. Bibirnya pula mengukir satu senyuman yang memperlihatkan baris giginya.

      "This is Rael?" tanya Daryan meminta kepastian. Irene angguk.

     "Look so decent. Even I'm more handsome than him," sambung Daryan lagi.

     "Oi, kau jangan sampai aku ubah diri aku jadi Naga. Nanti kau yang lari tak cukup tanah. And, I am your ancestor. I use to watch your father since he's a embrio," ujar Rael yang menahan amarah dari terletus disitu. 'Sampai hati dia kata aku tak kacak? Biasa aje? Hello, aku boleh tukar penampilan bila-bila masa jika aku mahu!' Rael bermonolog sendirian.

     "Why is he so grumpy?" gumam Daryan perlahan.

     "Agree." Raikarl mencelah. Daryan memandang Raikarl pula.

    "And why are you here?" Daryan menayangkan muka menyampah.

        Sejak dia mendengar khabar bahawa Raikarl merupakan jodoh Irene di masa hadapan nanti, Daryan tidak senang duduk. Dia tidak mahu Irene bersama dengan mana-mana lelaki yang baru dikenali. Dan Daryan tidak mahu Irene menyakiti hatinya sendiri kerana cinta. Kerana Daryan juga sebenarnya seorang playboy! Dia tahulah tindakan dan tujuan seorang lelaki tu bagaimana.

       "Sudah lah tu. Rin kena jumpa uncle Luke sekarang," kata Irene.

     "Sekarang ke? Besok lah, lagipun Rin baru aje sampai kan? Tak penat ke?" soal Daryan mencuba menyedarkan Irene bahawa dia juga manusia biasa.

     "Haih, okey." Irene melangkah masuk ke dalam Istana tersebut. Kemudian dia berpaling apabila mendapati Raikarl tidak mengikutinya.

     "Kenapa tak ikut?" soal Irene kepada Raikarl.

     "Huh? Dia kan dah besar. Pandai lah jaga diri sendiri," sindir Daryan. Irene memijak kasut Daryan kuat.

    "Aduh!"

    "Iyan, jaga mulut tu sikit. You are the crown prince," balas Irene dengan geram. Kalau nak diikutkan walaupun Darwin itu muda daripada Daryan dan kelihatan bodoh tapi Darwin lagi matang dalam tutur kata dan tindakan.

      "Tak. Aku ada tempat lain aku perlu pergi. See you next time," ujar Raikarl sebelum berundur diri. Rael pula hanya mengangkat kedua bahu dan mengikuti Irene daripada belakang.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt