|D•26|

60 2 2
                                    

Dua pasang mata hazel tidak lepas dari memerhati satu-satunya susuk dewasa yang berdiri di antara sekumpulan kanak-kanak. Bait-bait bicara yang dilepaskan dari bibir ranum itu diamati. Rancak betul mereka berbual. Seolah-olah esok dunia akan berakhir. Entah berita sensasi apa yang dibincangkan.

Tanpa disedari, hal itu telah mengusik hati kecil Qayyum yang kemudian memunculkan tawa kecilnya. Namun, ianya cuma seketika. Beralih pula kepada kain rentang yang tergantung luas pada tiang, dengan tulisan "Rumah Harapan Kanak-kanak" (Home Of Home) tertera di atasnya. Membuatkan hati Qayyum pudar semula.

Keluhan berat dilepaskan. Ada beban yang ditanggung. Tetapi Qayyum lebih selesa diam. Fokus kepada tujuannya untuk tetap membahagiakan Medina. Sebagaimana janjinya kepada kedua orang tua isterinya itu sebulan yang lepas.

"Hai, gosip apa?" Sapa Qayyum. Sambil memeluk bahu Medina.

Riak wajah kanak-kanak tadi langsung berubah. Mungkin tertanya-tanya akan gerangan lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Ini suami akak. Dia ni memang suka menyibuk."

"HAHAHAHAHAHA!" Tawa kanak-kanak tadi memenuhi satu dewan.

"Hai! Nama abang, Qayyum. Boleh panggil abang Yum. Ini pula, isteri abang. Pendek kan dia?"

Jenaka itu mengundang pandangan tajam dari Medina. Berani dia menyentuh sensitiviti wanita berkenaan ketinggian?

"HAHAHAHAHAHA!" Sekali lagi mengundang tawa anak-anak kecil di hadapan mereka. Entah apa yang lucu, mereka juga tidak tahu.

"Akak Med dengan abang ni kelakar lah!" Jerit salah seorang budak perempuan. Bertocang dan berkaca mata. Comel sekali.

"Abang mengganggu ke?"

"Tak!" Masing-masing menggeleng.

"Ehem, dah lupa akak Med ke?" Sampuk Medina pula. Mungkin rasa terancam dengan kehadiran Qayyum yang cuba merampas takhta. Argh bercanda aja.

"Tak lupa!" Jerit anak-anak kecil tadi. Kelihatan bersemangat semuanya.

"Sekarang, siapa pula yang nak cerita?! Angkat tangan!"

"Saya saya saya!" Berebut-rebut semua ingin bercerita. Sehingga ada yang sampai panjat kerusi dan meja. Kecuali, seorang. Kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali namanya. Duduk diam menyepi di satu sudut.

"Adik yang belakang tu."

Semua mata menoleh ke arahnya. Budak perempuan itu masih kekal di tempatnya. Tidak berganjak walaupun sedikit.

"Nama awak apa?" Soal Medina, ingin tahu.

Perlahan-lahan budak tadi mengangkat kepala. Bibirnya mula digerakkan.

"Airisya."

Cantik budaknya, seperti namanya. Kulit putih pucat dengan rambut ikal mayang. Terikat kemas dengan reben kuning di kepala. Usianya mungkin kira-kira 5 tahun.

"Mari ke depan. Kawan-kawan semua nak dengar Isya cerita."

Airisya hanya menuruti. Kiri dan kanan langsung tidak dipandang. Hanya jalan menunduk sehingga tiba di posisi.

"Isya nak cerita apa hari ni?" Soal Medina lagi. Dengan suara penuh ceria.

Medina sempat memberi isyarat kepada Qayyum untuk merakam segala aktiviti mereka pada hari ini.

"Ibu." Hanya sebaris kata itu yang keluar dari mulut Airisya. Masing-masing diam, dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Airisya.

"Ibu tak sayang Isya."

DESTINYWhere stories live. Discover now