| D•06 |

91 6 6
                                    

"Tolong jangan tinggalkan saya! Saya merayu.."

"Berambus!" Otot kakinya yang kuat menepis kuat kepala si isteri, membuatkan wanita itu hilang separuh tenaga.

Rambut hitam panjang itu ditarik, sehingga menampakkan urat-urat di kepala.

"Eh betina, kau dengar sini baik-baik. Aku tak pernah dan takkan pernah cintakan kau. Sampai mati sekalipun, cinta aku hanya untuk Meera Alana. Kau faham tak?!"

Usai rambutnya dilepaskan, tubuh kecil itu longlai. Jatuh menyembah lantai.

"Nur Cahaya Medina binti Wan Hanif, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Hari itu, titik hitam dalam hidupnya. Mimpi paling gelap yang pernah dia alami. Ditinggalkan lelaki yang paling dia cintai. Merobek seluruh jiwa murninya. Kini, semuanya kosong.

Sudah dua kotak tisu habis. Gara-gara mengesat air mata yang meluncur laju. Dia memang kaki drama. Sejak di bangku sekolah, sampailah sekarang. Drama, drama, drama.

Ini sudah masuk kali kedua dia menonton drama yang sama. Tidak jemu. Tambahan pula, nama karakter utama wanita dalam drama tersebut adalah 100% sama dengan nama Medina. Lagi lah dia hanyut dibuai fantasi. Membayangkan dirinya berada dalam setiap situasi yang digambarkan.

Pintu bilik ditolak perlahan, susuk Qayyum masuk menghampiri.

"Medina? tak tidur lagi?"

"Ssuk..ssuk..belum..." Pandangan Medina dialihkan kepada Qayyum. Dengan matanya yang tidak kurang seperti puntianak. Merah macam saga.

"Lah, kenapa nangis ni?"

Jari telunjuk Medina menuding ke arah komputer riba yang masih menyala. Qayyum mengerling sekali sebelum menghela nafas perlahan. Sebelah tangan lagi masih mengesat sisa air mata.

"Drama lagi? Lah awak ni, saya ingatkan apa lah tadi."

"Hehe."

"Dah dah, tutup laptop tu. Tidur. Dah pukul berapa dah ni? Esok ada kelas kan?"

"Ada!" Medina angguk laju, riang.

"Tidur sekarang. Esok lambat pula bangun pagi."

"Okay suami saya!"

Sepantas kilat, komputer riba dilipat dan disimpan ke dalam laci. Rambutnya dilepaskan sebelum menyembab wajah pada bantal empuk. Selimut ditarik menutup separuh tubuh.

Qayyum bangun untuk menutup lampu. Hanya lampu tidur sahaja dibiarkan menyala. Dia tahu Medina tidak suka gelap.

Usai kakinya ingin melangkah pergi, terasa tangannya ditarik lembut oleh Medina. Membuatkan kepalanya auto menoleh.

"Suami saya taknak tidur ke?" Dengan mata terkatup rapat, Medina menyoal.

"Saya nak siapkan assignment dulu. Lepastu saya tidur. Awak tidurlah dulu."

"Jangan tidur lambat tau. Nanti mata awak jadi panda."

"Iya Medina."

"Awak!"

"Iya?"

"Dodoikan saya boleh? Saya tak boleh tidurlah."

Kerenah Medina, dia layankan sahaja. Isterinya memang manja.

"Dodoikan? Tapi..saya tak pandai nyanyi."

"Saya tak suruh awak nyanyi pun. Saya nak awak bacakan selawat yang awak selalu conduct kat kampus."

DESTINYWhere stories live. Discover now