2: MAAF

13.3K 123 4
                                    

Sejak kejadian itu, hubungan kami berubah. Kak Yana seperti cuba menjauhkan diri. Dia tidak lagi meminta pertolonganku jika hendak menjalankan program. Tiada lagi berbalas status WhatsApp. Dan aku perasan, dia selalu memilih jalan supaya tidak bertembung denganku. Mungkin dia berasa janggal. Kerana aku juga begitu. Bukan setakat bertegur sapa, nak bersua muka pun aku rasa kekok.

Aku rindukan hubungan seperti dulu. Jika ikutkan hati, nak saja aku ke bilik kaunseling dan berborak dengannya seperti tiada apa-apa pernah terjadi. Tapi aku bimbang kalau-kalau dia sebenarnya cuba menjauhkan diri kerana sudah labelkan aku sebagai lelaki miang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kalau tidak suka, kenapa dia tidak menolak pun sewaktu aku memeluk dan mengucupnya tempoh hari.  

Aku juga mangsa keadaan.

Sejak kejadian itu, aku sukar untuk fokus. Fikiranku selalu dipenuhi dengan babak pelukan dan cumbuan kami — pejal punggungnya, lembut bibirnya, rakus lidahnya bahkan harum tubuhnya pun masih segar di ingatanku. Secara jujurnya, aku mahu melakukannya lagi. Sehinggakan aku berimaginasi membawanya pulang ke rumah sewaku — kami berasmara, dia terbaring lemah di dalam dakapanku dan aku mengelus-elus lembut rambutnya.

Hubungan kami kekal dingin sehinggalah pada suatu hari. 

Ketika itu, aku ingin mengambil fail pelajar yang ingin pindah sekolah di dalam stor fail. Cuma kaunselor saja yang mempunyai kunci stor itu. Jika ingin masuk ke stor itu, hanya boleh masuk bersama kaunselor. Pada mulanya, aku telah membuat janji dengan kaunselor lain — untuk masuk ke bilik itu pada waktu rehat. Bila aku tiba di situ, mangga sudah dibuka. Dan bila aku menjengah ke dalam, Kak Yana yang berselendang dan berbaju kurung sedang terjingkit-jingkit menyusun fail pada rak.

"Assalamulaikum," sapaku, melangkah masuk.

Stor itu mempunyai dua pintu. Pertama, pintu kayu yang mempunyai mangga. Kedua, pintu kaca yang akan tertutup sendiri. Bila aku melangkah masuk, pintu kaca tertutup, dan sekaligus menjadikan keadaan di dalam stor itu sepi.

"Waalaikumussalam," jawabnya, berhenti menyusun fail seraya berpaling kepadaku. "Awak guru kelas apa?"

"3 Orked."

"3 Orked kat sini," ujarnya, menuding pada salah satu kompartmen di rak itu.

Ruang stor itu kecil dan sempit. Sebelah kanan terdapat sebuah meja panjang yang memenuhi sebahagian ruang. Sebelah kiri pula terdapat rak fail. Laluan di antara meja dan rak pula cuma boleh memuatkan satu orang. Apabila aku melangkah masuk, Kak Yana seolah-olah sudah terperangkap. Bimbang juga kalau-kalau ada orang lain yang masuk ke stor itu. Tak pasal-pasal nanti kami dituduh berkhalwat.

"Sini ke, kak?" soalku, menuding pada salah satu kompartmen sebelah atas.

 Kak Yana mengangguk.

Aku jingkitkan kaki dan panjangkan tangan ke kompartmen itu. Semua fail dicapai dan diletakkan atas meja di belakang. Satu persatu fail dibelek. Habis membelek semua fail, aku mengulangnya sekali lagi. Kak Yana cuma berdiri senyap di tepi. Mungkin tidak sedar dengan kelakuanku. Hanya selepas kali ketiga mengulang belek fail itu, dia tiba-tiba bersuara.

"Takde ke fail budak tu?"

Aku berhenti membelek dan berpaling kepadanya. "Kak Yana, saya nak mintak maaf."

Dia terlongo. Matanya tunak merenung wajahku. Riaknya tampak canggung. Mungkin tidak jangkakan aku akan meminta maaf di situ, pada waktu itu. 

"Kak Yana marah dengan saya kan?" dugaku, melangkah setapak menghampirinya.

Dia mengerling ke belakangku sepintas lalu. Barangkali bimbang jika orang lain akan masuk ke dalam stor itu. 

"Tak," ujarnya. "Akak tak marah pun dengan awak."

"Then, kenapa akak tiba-tiba menjauhkan diri dari saya?"

Kak Yana melepaskan keluhan seraya menunduk. Aku cuma mendiamkan diri menanti jawapan. Keadaan di dalam bilik itu bertukar sepi. Jantungku tiba-tiba berdegup deras. Tanganku ingin memegang bahunya — mendakap tubuhnya seperti tempoh hari. Tapi kali ini, aku boleh mengawalnya. Aku tak mahu lakukan kesilapan yang sama lagi.

Sedang leka memerhatikannya, tanganku tiba-tiba digenggam. Kak Yana mendongak dan merenungku dengan wajah gusar.

"Akak tak marah kat awak pun," jelasnya. "Akak sebenarnya nak sangat jumpa awak dan cakap terima kasih sebab tenangkan akak hari tu."

"Habis tu, kenapa akak cuba jauhkan diri dari saya?"

"Sebab awak keluar macam tu je hari tu." Matanya tiba-tiba bergenang. "Takde cakap apa-apapun."

Aku mengerutkan kening kebingungan. "Saya... saya tak faham."

Air matanya mula berlinang di pipi. Tak mahu terus mengasak dengan soalan, aku rebahkan punggung di atas meja dan menariknya duduk di pangkuanku. Kepalanya direbahkan di atas bahuku. Sebelah tanganku merangkul tubuhnya dari tepi. Sebelah lagi mengusap lembut wajah dan air matanya. Di dalam seluar pula, zakarku sudah menegang — meronta-ronta ingin bebas. 

"Shhh..." Aku cuba menenangkan. "Akak janganlah nangis..."

Sambil tersedu-sedan, Kak Yana dakapkan sebelah tangannya ke atas bahuku. Sebelah tangan lagi merangkul belakang tubuhku. Aku lekapkan hidung pada pipinya. Bau wangi tempoh hari sekonyong-konyong masuk ke dalam hidung. Lantas, aku muncungkan bibir — mengucupnya beberapa kali.

Sedang kami leka berdakapan, pintu tiba-tiba berkeriut. Dengan pantas kami leraikan dakapan dan berdiri tegak menghadap meja — berpura-pura seperti sedang membelek fail. Bila aku mengerling, terdapat kepala seorang wanita bertudung menjengah lewat bukaan pintu.

"Hoi," sapanya, kaunselor yang awalnya membuat janji denganku. "Dah dapat fail?"

"Dah," balasku, mengangkat salah satu fail secara rawak.

"Yana mana?"

Aku bergerak ke belakang sedikit. "Ada ni."

Kaunselor itu tertawa. "Kecik sangat... Tak nampak."

Aku dan Kak Yana turut tertawa. Kami berbalas pandangan. Sambil tersenyum sipu. 




Yana, Kaunselor GelapkuWhere stories live. Discover now