Dan kali ini, tiada cara lain. Qayyum mula bertindak agresif. Hanya itu satu-satunya cara untuk masuk ke dalam.

"Rilex Yum, you can do this.. In 1..2.." bisik Qayyum dalam hati.

"...3!"

*Pintu perlahan-lahan dibuka dari dalam.*

"MEDINA?!"

"QAY-!"

Hari itu bertukar tragedi apabila tubuh tegap Qayyum menimpa tubuh kecil Medina. Ini bukan drama, tapi realiti. Dan realitinya, situasi itu adalah sangat menyakitkan. Tidak semanis di dalam novel.

Tetapi Qayyum berjaya memainkan peranannya sebagai hero. Menyelamatkan heroin dari bahaya. Sempat sahaja tangannya merangkul pinggang Medina. Membuatkan posisi mereka bertukar serta-merta. Medina selamat dalam dakapan. Keadaan senyap seketika. Sebelum mereka kembali ke dunia nyata.

"M-Medina! Awak okay?!"

"Eee suami saya! Awak ni kenapa?!"

"Saya risau apa-apa jadi kat awak.. "

"Mana ada jadi apa-apa. Saya mandi je tadi!"

"Habistu kenapa saya panggil tak jawab!"

"Dalam tandas mana boleh bercakap!"

"Tapi sekarang pun kita tengah bercakap kan?!"

Medina diam. Tidak ingin membalas. Riak wajahnya terpancar rasa sakit. Tangannya tidak berhenti-henti menggosok siku dari tadi. Jelas kemerah-merahan, mungkin akibat terhentak dengan badan tab mandi semasa terjatuh tadi.

Tangan Medina dicapai laju oleh Qayyum Seperti doktor yang cuba merawat pesakit, begitulah lagak Qayyum sekarang.

"I'm sorry I'm sorry I'm sorry.. Is it hurt..?!"

"Hmm..." Balas Medina, ringkas. Matanya sudah mulai berkaca.

"I'm so sorry princess.."

Membahang wajah Medina apabila Qayyum memanggilnya dengan gelaran 'princess'.

"A-awak panggil saya apa tadi?"

Qayyum langsung tidak menjawab. Wajahnya juga sudah mula merah seperti tomato. Bukan kerana malu, tetapi sebaliknya. Kelopak matanya sahaja sudah redup memandangkan dia menangis. Iya, hati Qayyum memang lembut. Mungkin dia berasa serba salah menjadi asbab untuk Medina menanggung rasa sakit. Itulah sebab air mata jantannya jatuh.

Tanpa berkata apa-apa, sebuah botol legap di atas rak dicapai. Cecair di dalamnya dituang sedikit di hujung jari, kemudian disapukan kepada bahagian siku Medina yang sedikit kemerahan.
Gerak-geri Qayyum hanya diperhatikan. Medina diam tidak bersuara. Sebelah hatinya berasa terharu. Sebelah hati yang lain pula berasa lucu. Entah mengapa. Melihat Qayyum terlalu risau akan dirinya, membuatkan hempedunya terasa gatal. Ingin sahaja tertawa, namun harus ditahan. Medina perlu kekal dalam karakternya sebagai pesakit.

Medina dipapah perlahan ke katil. Sudah macam orang sakit kaki. Qayyum memang overprotective. Mungkin overcaring juga.
Medina lebih selesa diam. Membiarkan doktor tidak bergajinya melakukan melakukan kerja. Tidak mengapa. Apa salahnya cuci mata lama-lama? Bukan selalu dapat melihat wajah kacak suaminya.

"Okay, slowly...slowly...and done." Suara Qayyum penuh lega. Terasa seolah-olah berjaya melepaskan satu tanggungjawab yang besar.

"Medina, saya betul-betul minta maaf. Saya-"

"Shhh." Jari telunjuk Medina mendarat di atas bibir Qayyum. Menyuruh lelaki itu senyap.

"Maafkan saya Medina.."

DESTINYWhere stories live. Discover now