"Please tell him about we want to ask the wolf tribe to join this war. Can you?"

     Daryan ternganga. "What? Are you crazy?"

     "What's wrong with that?" Irene menyoal kembali. Kelihatan Daryan sudah mengeluh disana. Irene dan Raikarl berpandangan.

     "No, its okay. I will tell him later." Daryan memberikan senyuman. Irene pula hanya mengangguk. Satu kerja telah selesai.

     "Thankyou." Bebola kristal tersebut dimatikan.

       Daryan kelihatan termenung seketika. Belum habis lagi kesnya dengan puak Elf, sudah mahu campur tangan dengan puak serigala. Darwin yang baru sahaja masuk ke tempatnya semula dilihat. Sambil mengelap peluh di leher, Darwin mendekati Daryan.

     "Dah habis ke?" soal Darwin dan dibalas dengan anggukan oleh Daryan.

     "Kejap lagi Ayahnda datang ke sini. Dia baru sahaja habis berjumpa dengan pembesar-pembesar di dewan mesyuarat," ujar Darwin dengan tenang.

     "Kau rasa perang kali ni dahsyat ke?" soal Daryan. Darwin terdiam seketika.

    "Tak ada perang yang tak dahsyat. Tak ada, Iyan. Semuanya menghancurkan kecuali ada yang akan hentikannya," balas Darwin.

     "Kau nampak tak si Naga tu munculkan dirinya dalam bentuk manusia?" sambung Darwin lagi. Bibirnya tersengih hingga sudah sampai ke telinga. Teruja.

    "We can ask Bonda about that later. Aku pun terkejut. Nampaknya Rin memang akan jadi kuat dari kita dalam masa terdekat ni." Daryan ketawa kecil.

     "Kau pun tahu Rin memang dah kuat dari kecil," kata Darwin yang sudah membayangi nasib mereka berdua yang selalu dibuli oleh Irene dahulu. Daryan yang dapat mengetahui apa yang Darwin fikirkan, cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Tak ada rupa puteri langsung sepupu mereka yang seorang itu.

    "Okey lah, Iyan. Aku pergi dulu. See you later, crown prince." Darwin menayangkan senyuman lembut. Daryan pula hanya menghantar pandangan melihat adik kembarnya, Darwin pergi.

    "Okey, Awin."

     Beberapa minit kemudian Emperor Luke memunculkan dirinya di bilik kerja Daryan.

    "Awin kata Iyan ada benda nak beritahu?" selorohnya tanpa berkata banyak.

    "Perbetulkannya sedikit. Its actually Irene who wanted to tell you something."

      Daryan dan Ayahndanya, Luke duduk di sofa menghadap antara satu sama lain.

    "Hmm? Peliknya? Jarang anak buah kesayangan Ayahnda minta sesuatu. Mengapa tidak berterus-terang kepada Ayahnda terus sahaja?" Emperor Luke tersenyum nipis.

       Selepas bertemu dengan Irene di majlis hari kelahirannya dan selepas serangan tidak diduga itu berlaku, dia masih tidak berpeluang lagi untuk menjenguk anaknda kepada kakak kembarnya, Luna itu.

     "Nah... Ask her yourself. The thing she wanted to te you is actually suprising too." Daryan mula serius.

    "She wanted the tribe to join the war. She wanted your approval as the Emperor."

     Emperor Luke terdiam seketika. Ini kerana kaum manusia dan demon seperti ini sangat sukar untuk sebulu. Mereka memerlukan alasan yang cukup untuk mendapatkan kepercayan kaum tersebut.

    "Memandangkan kita sudah buka tentang perkara melibatkan mereka ini, I just got this issue at the meeting today." Emperor Luke kelihatan sedang cuba mencapai sesuatu. Daryan memanjangkan lehernya untuk mengintai apa benda yang dicapainya.

     "What is that?" soal Daryan. Tangannya mencapai huluran helaian kertas tersebut.

    "The wolf tribe just got a problem they need to deal as soon as possible. Someone just trying to sell the wolf cub as slave at the auction. You can tell Irene about that and solve it. Maybe it can help us get the trust from the tribe."

     Setelah selesai membaca maklumat yang tertera, Daryan menggepalkan genggamannya. "Ini sebabnya mereka tidak bercampur dengan kaum manusia, bukan?"

    Perlahan-lahan Emperor Luke mengangguk. Manusia terlalu kejam daripada binatang.

    "Thank you, father. I will tell Rin about this." 

     Selepas itu, Emperor Luke keluar daripada bilik kerja Daryan. Daryan hanya mengeluh perlahan. Apa lah nasib.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote



(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now