"Insya-Allah, Fira cuba kuat Anan."

Meligih lengan halus Widuri, segera dikepal kekura tangan erat membendung rasa.

"Fira akan cuba bertahan demi menjaga amanat Dia kepada kami. Asyraaf Satria, zuriat Fira dan suami."

Sayu iris meladeni rasa di jiwa, luruh laju berhadapan Anan dengan senyuman. Betapa menggebu rindu membalut hidup, didakap kasih segala kenangan yang ada sebagai kekuatan utama.

 Betapa menggebu rindu membalut hidup, didakap kasih segala kenangan yang ada sebagai kekuatan utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NYAMAN. Sungguh, ada sebak bertandang tiba-tiba kenangkan situasi merundumnya dia satu saat dulu. Namun disebalik itu, dia jumpa sebuah ketenangan. Di mana jauh daripada pandangan manusia, lari seketika berhadapan dunia nyata penuh durjana.

Kaki menapak makin hampiri, semakin kuat aroma ubat-ubatan menusuk terus ke rongga nasalnya. Bundar netra memanah figura perempuan membelakangi dia, kaku menghadap jendela dari biasan kaca. Entah apa dilihatnya, tumbuhan hijau subur dan mekar merayap sekitar kawasan. Malahan paling jelas ia terletak benar-benar membelakangi kesesakan bandar, hanya infrastruktur bertindih yang terletaknya hospital ini.

"Wawa, Anan datang ni."

Anan lorek senyum, terkedek-kedek perjalanan mendekati Najwa yang sudah menoleh kepadanya. Tanpa aba-aba, Najwa bingkas bangun dan menarik kerusi di sisi katil. Dia mencapai tangan Anan lalu membantu wanita yang sarat mengandung itu melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

Sebaik melepaskan lelah, seraut Anan jelas berkerunyut. Senak kerana berjalan jauh, Najwa sekadar memerhati tindak-tanduk Anan sebelum kembali duduk di birai kasurnya. Sepasang mata coklat Najwa bersinar indah, menancap perut mak buyung dengan perasaan teruja.

"Kak Anan dah gemuk. Baby dah besar ya dalam ni." Telapak tangan Najwa mendarat ke abdomen Anan, mengusap mesra. Sesekali bibir itu bergerak-gerak, berceloteh entah apa-apa seakan bercerita.

Anan redup menatap Najwa, luruh sejujurnya melihat keadaan dia sebegitu. Bilamana kondisi Najwa hilang memorinya akibat trauma, berubah meninggalkan sifat keanak-anakan dalam dirinya semata-mata. Apakah dayanya boleh membantu melainkan melawat Najwa untuk mengetahui perkembagan semasa.

Berdendam? Tidak walau sekali-kali. Anan sudah memaafkan Najwa, cuma bekas torehan itu masih tekal dan payah disental. Seakan sudah sebati, maka Anan akan cuba hidup dengan luka yang diberi.

Sedetik, terasa bintang kecil meragam dalam kandungan. Refleks, bibir Anan larik lebar senyuman.

"Eh, dia tendang lah kak. Dia suka-suka pula," kata Najwa sedikit kuat. Cukup menggeletek tangkai hati Anan, tawa hibur Anan meletus kedengaran.

Najwa usah dikata, mahu putus urat senyumnya sampai ke telinga. Alahai budak bertuah ni, tak tahu siapa terlebih suka tu sekarang ni?

"Kan Anan dah bagitahu, panggil aje Anan. Rasa macam tua sangat pula," canda Anan.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now