STK-02

8 2 0
                                    

Maria duduk bersila di atas katilnya. Satu bingkai gambar dan beberapa surat disimpan kemas di dalam sebuah kotak. Entah bagaimana dia sama sekali tidak tahu keberadaan kotak itu. Entah apa yang arwah suaminya sorokkan pun dia tidak tahu.

Bingkai tersebut dicapainya. Gambar mereka berdua semasa majlis perkahwinan. Sungguh indah ketika itu. Maria tersenyum sambil menahan air matanya jatuh. Terdapat banyak surat yang dia tulis. Dikira hampir 25 surat yang ditulis oleh arwah suaminya. Satu surat berwarna biru cair diambil lalu dibuka.

Dia membaca dengan berhati-hati sehinggalah satu perasaan marah terbit di hatinya. Surat itu dicampak lalu dia mencari sekeping gambar fetus yang seperti Kylie tulis dalam surat tersebut. Dia melihat belakang gambar fetus tersebut yang dia sangkakan Azrian ternyata bukan.

"21 tahun kau tipu aku macam tu je?" Suara seakan menahan rasa marah.

Air matanya terus mengalir laju di pipi tanpa dia menahan lagi. Kali ni, dia benar-benar tersakiti oleh orang yang dia paling sayang iaitu suaminya. Kylie yang dia sangkakan penyayang telah khianati dirinya. Maria simpan kembali semuanya di tempat asal dan berpura-pura kotak tersebut tidak pernah wujud. Dia segera mengesat air matanya.

Dia keluar dari biliknya dan menuju ke bilik anak bongsu. Kelihatan Afia, anak bongsunya sedang mengulang kaji di atas katil bersama dengan headphone yang dipakainya.

"Mama?" Afia terus menanggalkan headphones dari telinga dan mengalihkan timbunan buku ke bahagian sisi, memberi ruang kepada Maria duduk di atas katil.

Maria melabuhkan punggung di sisi Afia. Dia memandang sayu ke arah gadis itu. Kemudian dia terus memeluk erat Afia dan membuatkan gadis itu tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Mom, are you okay?" Maria mengangguk. Dia masih memeluknya.

"Mama saja nak peluk Afia," jawab Maria. Dia mengeratkan lagi pelukan itu.

Afia berasa pelukan Maria hangat lalu dia memeluk kembali. Teringat akan pelukan Kylie yang selalu dia inginkan dulu namun tidak sekarang. Hampir 4 minit memeluk akhirnya Maria meleraikan pelukan tersebut.

"Tidurlah. Esok kamu sekolah. So you need to rest now, darling," arah Maria.

Afia mengangguk faham dan menarik selimut lalu diselubungi sehingga paras dada. Maria tersenyum lalu satu kucupan kasih sayang dilabuh di atas dahi gadis itu. Perlahan-lahan gadis itu melelapkan matanya dan keadaan menjadi sunyi sepi.

Maria terus menunjukkan pandangan sayu. Dia menyentuh ubur-ubur rambut anaknya. "Biarkan kamu bahagia tanpa benci. Mama tak akan biarkan kamu tahu soal tu." Maria berinjak dari katilnya.

Buku-buku di atas katil diambil lalu diletak di atas meja.

Dia keluar dari bilik dan sudah tiba untuk dia tidur pula. Maria sempat menjenguh ke arah bilik Nessa. Mungkin gadis itu sudah pun tidur. Dia masih tidak faham kenapa dia benci kan Nessa sebegitu rupa. Dia masih tidak tahu apa yang terjadi ketika itu tatkala gadis itu sendiri tidak mahu membuka mulut.

Maria terus menuju ke biliknya tanpa berlengah lagi. Dia pun perlukan rehat yang secukupnya di usia begitu. Dia perlukan masa untuk hadam rahsia 21 tahun itu supaya dia faham apa yang sedang berlaku ketika itu.

8.00 pagi.

Nessa bergegas turun ke bawah setelah dia sudah bersiap. Tidak disangka Maria dan Afia bangun begitu awal. Dia tetap turun ke bawah dan bersarapan bersama mereka. Agak janggal namun dia perlukan makanan untuk alas perutnya sebelum dia pergi ke kelas.

"Duduklah," suruh Maria.

Nessa mengangguk ragu. Nasi goreng dia senduk lalu diisi di atas pinggan kaca. Azrian masih belum turun jadi dia tidak berani ingin bersua mata dengan Maria. Afia pula menuangkan air teh di dalam cawan.

"Ni untuk kak Nessa," ucap Afia tatkala cawan yang berisi teh di usung ke sisi pinggan milik Nessa. Nessa tersenyum.

Beberapa minit kemudian, Azrian pula turun dan bersarapan. Wajahnya agak terkejut melihat Maria duduk semeja dengan Nessa. Ada sesuatu yang dia terlepas ke?

"Awal semua bangun pagi ni," soal Azrian.

Kerusi di sebelah Nessa ditarik lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Nasi goreng yang telah disiapkan oleh Nessa dia ambil dan menyuapnya masuk ke dalam mulut. Mereka menikmati sarapan pagi tanpa sebarang masalah dan suasana agak damai di meja makan seperti dulu.

"Bang. Nessa berangkat ke kelas dulu." Nessa bangun dan mencium tangan Azrian.

Dia berpaling ke arah Maria. "Mama, Nessa pergi dulu." Maria hanya mengangguk.

Nessa terus beredar dan keluar dari rumah tersebut. Dia tersenyum lebar mahu terkoyak mulutnya kerana mamanya tidak marah. Mungkin hanya sedikit kesabaran yang ditunjuk olehnya.

Maria melihat ke arah Nessa yang berjalan keluar. Dia ingin memastikan bahawa gadis itu betul-betul hilang dari pandangannya.

"Mama rasa Nessa patut keluar dari rumah ni," ucap Maria.

Azrian dan Afia terkejut. Azrian ingin memberontak tetapi seperti tidak berguna.

"Masih alasan yang sama?" Azrian menjongket keningnya.

"Alasan yang mama mungkin tak boleh terima dia. Mama buat untuk kebaikan kamu berdua," jelas Maria.

Dia memegang tangan Afia. "Mama tahu kamu berdua rapat dengan Nessa. Mama memang tak boleh terima yang dia penyebab papa kamu meninggal. Hanya kerana dia yang tahu semuanya. Mama bertahan selama ni mungkin kerana dia juga."

"Mama pasti kamu tak nak tahu semuanya, kan? Mama cuma minta dia dapat berdikari sebab kita bukan keluarga kandung dia."

Maria menjelaskan sepanjang yang mungkin walaupun bukan itu yang dapat dijadikan alasan sesungguhnya. Cukuplah dia disakiti dengan harapan dan kasih sayang.

"Afia sukakan kak Nessa. Nanti Afia sunyi."

"Biar kamu sunyi daripada benci." Maria memjawab kembali.

Dia hairan kenapa anaknya tidak faham. Bukan tidak tahu, Azrian dan Afia pun bencikan gadis itu. Hanya sebab kasih mereka besar yang menutup perasaan benci daripada menguasai diri mereka.

"Mama bagi kamu masa untuk berfikir. Entah baik atau tidak terpulang pada masa. Mama nak naik atas dulu."

Afia dan Azrian saling berpandangan. Mereka buntu. Wajah masing-masing jelas ingin mengetahui alasan sebenarnya.

"Mama ada betulnya juga. Kita berdua pernah bencikan Nessa tapi kasih kita besar. Jadi sayang melebihi benci." Azrian memandang Afia.

Afia menunduk ke bawah. Dia tahu seketika itu dia pernah menyalahkan sepenuhnya ke atas Nessa. Dia bencikan gadis itu kerana dia tahu alasannya. Alasan yang membuatkan dia dan gadis itu agak renggang.

Semua Tentang KitaWhere stories live. Discover now