10 ㅡ fever.

74 14 1
                                    

      " Semua dah ready, kan? " Soal Jeon Wonwoo.

     Seperti yang dijanjikan, mereka akan pergi bercuti bersama-sama. Banyak beg yang dibawa oleh tiga belas orang jejaka itu.

     " Eh, tunggu! " Jeritan Seokmin yang sedang kalut menuruni tangga berjaya menarik perhatian mereka. Dengan beg bagasinya yang nampak berat.

    " Ha, semua dah ada ni. Jomlah masuk kereta. " Ujar Mingyu pula. Bagasinya itu dibawa keluar dan diletakkan ke dalam bonet keretanya.

     Mereka ada tiga buah kereta yang mampu membawa ketiga belas mereka. Sebuah kereta kepunyaan Jeonghan itu diduduki Jisoo, Seokmin dan Soonyoung.

     Kereta kedua kepunyaan Seungcheol pula diduduki oleh Jun, Mianghao, Chan serta Seungkwan.

    Kereta ketiga kepunyaan Mingyu pula diduduki oleh Wonwoo, Vernon dan juga Jihoon.

    Mereka bertolak untuk pergi ke Han river. Setelah sekian lama mereka tidak pergi ke sana, hari ini berkesempatan.

     Kereta yang dipandu Jeonghan sangat bising dan rancak dengan kehadiran dua orang introvert itu sementara Jisoo diam tidak berkutik.

     Kereta kepunyaan Mingyu sederhana saja. Lee Jihoon sudah lama ketiduran di tempat duduk belakang.

    Manakala kereta kepunyaan big hero itu sunyi sepi hanya bertemankan lagu yang diputarkan di radio. Chan dan juga Seungkwan berada di tempat belakang.

    " Hi hi hi. "

     Chan terdengar satu gelakan halus di sebelahnya. Kepalanya ditoleh ke kanan di mana Seungkwan berada. Seungkwan hanya termenung memandang ke luar tingkap.

     " Khayalan aku je kot. " Ujarnya itu sendirian.

     " Hu hu hu. "

    Kali ini dia mendengar satu tangisan kecil dan serta merta kepalanya ditoleh ke kanan. Keadaan Seungkwan normal, tiada tanda lelaki itu membuat bunyi.

     Dia menyentuh bahu Seungkwan.

     Bluek!

    Chan terkaku apabila memandang dia sedang memuntahkan darah dan haiwan kecil berbisa dengan banyak.

     " Chan-ah, gwenchana? " Seungkwan menyoal.

    Chan tersentak lalu mengangguk saja. Tidak mahu dia mengingatkan benda itu tadi, matanya dipejamkan. Tiba-tiba saja badannya rasa tidak sedap.

     Seungkwan memandang Chan hairan.

(⏳)

    " Yeay, kita dah sampai! " Soonyoung bersorak bahagia.

    Di hadapan mereka, terdapat rumah kayu moden yang cantik serta megah.

     " Wah, cantiknya rumah ni. Berapa ni untuk 3 hari 2 malam? " Soal Seungcheol kepada Mingyu.

     " Tak sampai beratus. " Balas Mingyu.

    " Chan, bangunlah. Kita dah sampai. " Ujar Seungkwan namun lelaki yang lagi muda darinya itu masih tidak bergerak. Dia perasan wajah Chan pucat lesi.

    Badannya pula panas. Tangannya itu dilekapkan pada dahi Chan. Matanya itu terbeliak dengan suhu badannya.

    " Hyungdeul! " Jeritannya itu mampu menarik perhatian mereka.

    " Chan demam. Badan dia panas betul. " Ujarnya membuatkan Jeonghan berlari ke arahnya. Tangannya dilekapkan pada dahinya, terlampau panas.

    " Chan, boleh buka mata? " Soalnya.

    Chan membuka matanya. Keadaan dia jelas kelihatan lemah sekali.

    " Kita bawa Chan masuk dalam rumah dulu. " Arah Jeonghan. Dia membantu si muda itu keluar daripada kereta.

     Seokmin memandang Chan dan juga Seungkwan bersilih ganti.

(⏳)

     " Macam mana? Dah kebah ke demam dia? " Soal Mianghao.

    Wonwoo meletakkan kain basah atas dahi Chan. Lelaki itu dan tertidur lama selepas diberikan ubat. Dia mengangkat kepala memandang Mianghao.

    " Syukurlah, demam dah kebah sikit. Imun dia kuat, mungkin lusa dia sihatlah tu. " Balas Wonwoo. Mianghao mengeluh lalu melabuhkan punggung di atas birai katil.

    " Chan kena kacau ke? " Soalnya.

    " Hm? " Wonwoo memandangnya agak pelik dengan soalan yang diutarakannya itu.

    " Demam Chan demam mengejut tau. Sebelum kita bertolak, dia paling sihat. " Jelasnya.

    " Aku pun tak tahulah, Hao. " Wonwoo mengeluh perlahan.

    " Aku tak tahulah tapi sejak kehadiran Seokmin dan Seungkwan, hidup kita tak macam dulu. Macam mereka berdua tu bawa sesuatu. " Sambung Wonwoo lagi.

     " Kau pasti, hyung? " Soalnya lagi.

     Wonwoo tidak membalas. Dia pun tak pasti apa yang terjadi kepada kehidupan mereka. Apa yang pasti mesti ada benda atau sesuatu yang mengikuti mereka.

    " Kami berdua ni dah menyusahkan ke? " Soal Seokmin perlahan.

    Sejak tadi, dia mendengar perbualan Wonwoo dan Mianghao. Niat sebenarnya untuk melawat Chan tetapi terbantutlah niatnya apabila mereka berdua berkata tentangnya dan Seungkwan.

     Tanpa sedar, Jisoo menjadi pemerhati Seokmin dan dia mendengar perbualan Wonwoo dan Mianghao.







To Be Continued ㅡ

[√] Mystikó : Black Shadow.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon