13

59 16 0
                                    

' I hate your voice. Please don't talk to me '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Jihyun, tolong bahagikan semua ahli kepada kerja masing masing"

...

"Jihyun?" Hyunjae mengangkat wajah memandang keliling bilik kelab yang terasa sunyi itu mencari kelibat Jihyun

Dia pasti gadis itu ada di dalam bilik tersebut meskipun Jihyun tidak duduk di sebelahnya

"E-erm... sunbaenim, Jihyun cakap okay" Narae bersuara sambil mengangkat tangan memandangkan mereka berada di tempat duduk paling belakang sekali. Terlindung daripada pandangan Hyunjae

Jihyun sedang menongkat kepala tunduk memandang buku catatan. Langsung tidak mengeluarkan sebarang kata kata

"Jihyun sunbae, kenapa tak duduk dekat depan?" Curiga Yeol, salah seorang ahli kelab itu

Jihyun angkat wajah sedikit memandang Yeol sebelum kembali tunduk

"Uhuk uhuk..." Batuk Jihyun lalu menyiku lengan Narae

"Dia kata dia tak sihat" Narae bersuara

"Sakit sampai tak boleh bercakap--"

"Tch shuhh!" Sindiran Juyeon dicantas dengan suara decitan Narae menyuruh dia senyap

Jihyun mencerlung kearah Juyeon. Pandang lelaki itu lama dengan mata helang. Langsung tak berkelip seperti mahu menelan Juyeon hidup hidup

Juyeon mengertap bibir. Seram melihat panahan mata Jihyun itu. Pantas dia alihkan pandangan

"Jihyun, kau sakit? Tak apa ke aku bagi kerja ni?" Soal Hyunjae dengan nada simpati yang risau

Jihyun diam. Tiada jawapan daripada gadis itu. Jelas sekali dia tak mahu menjawab pertanyaan Hyunjae

Hyunjae pandang kearah Narae. Narae pula sudah tergaru kepala. Tak tahu hendak menjawab apa memandangkan Jihyun tidak memberi sebarang isyarat

"Jihyun... O-okay je..." Balas Narae teragak agak

"kita... teruskan meeting kita..."

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now