17

68 16 2
                                    

"Bae Jihyun! Senyum senyum daripada tadi!"

Terus aku ketap bibir sembunyikan senyuman setelah suara Kang ssaem lantang memanggil nama aku

"Apa yang happy sangat awak harini? Bukan sejak akhir akhir ni awak murung?"

"Tak ssaem! Saya happy sebab dapat belajar dengan ssaem" Entah apa aku merapu

Sumpah otak aku tak function sekarang ni

Tak semena mena belakang badan aku ditepuk Narae

"Kau dah kenapa merepek ni??" Soalnya sambil sorokkan wajah. Second hand embarrassments agaknya

"Ada ada je awak ni Jihyun. Okay class, jangan lupa presentation tu esok. Okay?"

"Nae ssaem~"

"Saya keluar dulu" Kang ssaem melangkah keluar daripada kelas. Serentak itu, semua classmate aku mula berkemas kemas sebab nak balik

Aku pula, sambung senyum sorang sorang. Sampai tak sedar Juyeon dah berdiri dekat depan aku sambil sengih sinis

"Nampak sangat kau tak jadi nak moveon" Katanya. Barulah aku sedar ada Juyeon dekat depan

Bila nampak muka Juyeon, terus wajah aku berubah masam. Buku teks dicapai lalu aku bangkit dan ketuk buku tu dekat kepala dia

"Yah!!"

"Kau bagitahu dia!" Baru saja aku nak hempuk dia lagi sekali, Narae bingkas bangun dan halang perbuatan aku

"Tak baiklah pukul kepala orang" Narae berdiri depan Juyeon. Mendepakan tangan

"Aduhh... sakit... Bergegar otak aku..." Juyeon merintih dekat belakang Narae

Laju Narae pusing. Kepala Juyeon tempat aku hempuk dia sekuat hati tadi diusap Narae

Hm. Mulalah drama mangkuk berdua ni

Juyeon terkejut dengan tindakan Narae. Tapi merelakan juga walaupun telinga sudah merah persis baru kena piat dengan eomma dia

"Dahlah. Aku nak balik dulu. Narae jom"

"Oh... Aku stay kat sekolah" Dahi aku berkerut

"Kenapa pulak? Bukan kau tak suka stay lama lama dekat sekolah?"

"Presentation esok. Aku ngan Juyeon nak pergi library" Jawab dia nampak wajah malu malu

Sepet aku pandang diorang berdua ni. Sesuatu yang hanyir ye di sini...

"Okay..." Balas aku teragak agak masih memandang mereka curiga sambil berjalan keluar kelas

Dah lama tak balik awal macam ni. Fuh

"Jajangmyeon atau teokbokki?"

Aku menoleh ke tepi secara rekfleks kerana tersentak dengan suara manusia yang tiba tiba bercakap tu

Hyunjae sedang bersandar di tepi pintu. Pandang aku dengan senyuman

"Sunbae buat apa dekat sini?" Hairan

Kelas dia paling dekat dengan pagar sekolah. Apasal tak keluar lagi?

"Tunggu my girl"

"Oh..."

Siapa pulak my girl dia ni? Hati aku baru je nak sembuh. Takkan nak broken balik?

Aku tak tunggu lama lama dekat situ. Takkan aku nak interview dia mana satu 'my girl' dia pulak, kan? Dahlah kantoi. Semua sebab Juyeon. Patutnya sekarang aku lari daripada dia. Malu wohhh. Mana nak letak muka?

"So my girl, Jajangmyeon atau teokbokki?" Soal Hyunjae mata memandang aku dengan senyuman

Aku toleh ke belakang

Tak ada orang

Dia cakap dengan aku ke?

Aku tunding jari kearah diri sendiri. Bila dia mengangguk, terus terbeliak mata aku dibuatnya

LAH AKU MY GIRL DIA KE?! KENAPA TAK PANGGIL MY BABYGORL?! SHSHSHSHSHSHS

"Sunbae nak belanja saya ke?" Soal aku tanpa rasa malu

"Iyalah. Aku kan gentleman?"

"Kalau macam tu... kedai teokbokki ahjumma Shin"

"Dekat sana? Jom--"

"Hah! Nak pegi dating yaaaa???"

Muncul Narae di muka pintu dengan sengihan paling menjengkelkan di dunia

"Mana ada. Aku ajak Jihyun meeting je"

"Dekat kedai teokbokki?"

"Kau ni sibuk jelah! Ini hal pengerusi dan naib pengerusi kelab. Kau apa tahu?"

"Yelah sunbae. Yelah. Pergilah date dengan Jihyun"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now